Bab 1 - RIBA

867 41 4
                                    

Kampung Saka. Tahun 2016, sebuah perkampungan yang terletak di bahagian terpencil di Malaysia.

Menyimpan seribu rahsia yang hanya diketahui oleh sebilangan manusia sahaja. Mereka yang mengetahui kewujudan Kampung Saka dikira sebagai Manusia Bertuah! Maklumat berkaitaan Kampung Saka hanya boleh diperolehi melalui bahan bacaan seperti buku. Memandangkan pada era teknologi yang kian pesat, kewujudan buku sering dipandang rendah oleh sebilangan besar manusia. Mereka lebih tertarik pada alatan teknologi seperti Telefon Pintar, Komputer dan sebagainya. Kenapa buku? Ada apa dengan buku?

Kerana hanya dibuku 'Budak Kampung Saka wujud'~~~

Ini bukan sebuah cerita berkaitaan buku. Ini cerita Budak Kampung Saka. Kampung yang penuh muslihat. 

Siapa kata seorang 'budak' tidak mampu mengubah anda. Seorang budak Budak Kampung Saka akan membawa anda untuk menyelami kehidupan yang lebih indah dan bermakna. Ikuti perjalanan hidup seorang 'budak' yang mampu membantu anda dalam kehidupan sebenar. Saksikanlah...


*****


"Ibu, oh my ibu... Where are you?" Seorang budak perempuan memanggil seseorang.

"Mana ibu ni? perut Asya lapar ni." Budak perempuan itu mencari seseorang sambil memegang bahagian perutnya yang mula mengeluarkan bunyi, 

Kruk! Kruk! Kruk!

"Ibu belum balik dari sekolah lagi. Asya nak makan ke?" Seorang perempuan muda yang lengkap berpakaian sekolah keluar dari sebuah bilik lalu mendekati budak perempuan itu.

"Adik akak yang comel ni nak makan apa? Akak boleh tolong masakkan." Perempuan muda itu bercakap sambil membelai kepala budak perempuan comel itu.

"Tak nak akak masak. Tak sedap!" Budak perempuan itu menjelir lidahnya kearah perempuan muda itu.

"Bertuah punya budak! Nak makan cili ke?"

"Hahaha... Akak la yang makan cili tu. Kalau Asya yang makan tak rasa pedas mana pun. Kan ibu dah biasa bagi Asya makan cili masa kecil dulu sebab selalu tak nak dengar cakap." Budak perempuan bernama Asya itu mengambil sebiji cili lalu memasukkan kedalam mulutnya.

"Hmmm... Sedapnya cili ni... Akak nak cuba?" Asya mengambil sebiji lagi cili dari meja makan itu untuk diberikan kepada akaknya.

"Ish... budak ni memang nak kena! Tau la boleh makan makanan pedas!" Berkerut dahi perempuan muda itu.

"Dah, cukuplah itu Asya. Akak give up ok! Akak memang tak suka makan cili tu. Bukan sebab pedas, tapi sebab meloyakan tekak akak." Perempuan muda itu membuat mimic muka seseorang yang sedang muntah.

"Asya betul tak nak akak masak? Akak masak udang atau kamu nak akak masak sotong. Tak pun sayur bayam?" Perempuan muda itu cuba untuk mendapatkan kepastian dari adiknya Asya.

"Tidak mengapa akakku. Adikmu ini tidak perlu semua itu walaupun ia adalah makanan kegemaran adikmu." Asya berdialog seakan-akan seorang bangsawan zaman dahulu yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik. "Adikmu ini hanya akan makan masakan daripada ibunya sahaja."

"Ikut suka hati kamu la Asya. Kalau macam tu akak nak masuk bilik tidur dulu la." Perempuan muda itu membuka langkah menuju kembali ke arah bilik tidurnya. Namun perjalanan tiba-tiba sahaja dihalang oleh adiknya Asya.

"Ish... Kenapa kamu ni Asya? Nasib baik akak sempat berhenti tadi, kalau tak dah lumat kamu dilanggar akak." Perempuan muda itu terkejut dengan tindakan Asya itu.

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now