Bab Istimewa - ASAL USUL KAMPUNG SAKA

157 18 0
                                    


Kampung Saka telah ada sejak zaman dahulu lagi di Tanah Melayu. Ditemui oleh seorang pengembara perempuan dari Korea Selatan. Semenjak dia datang ke Tanah Melayu dengan menumpang kapal Saudagar Arab bulan lepas, sebuah tempat lapang yang mempunyai tasik yang luas itu adalah destinasi dimana dia bertemu dengan seorang budak lelaki yang mempunyai tatu bertulis 'SAKA' di bahagian belakang badannya.

Budak lelaki yang berseluar pendek paras bawah lutut, tidak berbaju dan berambut mengembung seperti Afro itu kelihatan begitu mesra berjalan bersama perempuan itu menempuhi kawasan yang sedikit berlumpur.

Pada muka budak lelaki itu terdapat satu parut berbentuk bunga Reflesia yang memenuhi wajahnya.

Pelik tapi benar. Dari jauh agak sukar untuk mengetahui sekiranya ia adalah manusia atau pokok. Mungkin semua itu bersebab. Sebagai perlindungan dari bintang buas. Perempuan itu tidak berapa kisah akan hal itu, asalkan ia tidak memudaratkan budak itu dan dirinya. Hampir terbenam matahari barulah mereka berdua berjaya keluar dari kawasan lumpur itu. Mereka berhenti rehat berdekatan dengan tasik.

Tidak berapa lama kemudian, perempuan itu mula suka akan budak lelaki itu. Lama-kelamaan hadir rasa Cinta diantara mereka berdua. Perasaan sayang mula menguasai diri. Mereka akhirnya berkahwin. Saudagar Arab menjadi saksi mereka disebabkan mereka berdua hidup sebatang kara. Hari berlalu begitu cepat. 

Perempuan itu akhirnya mengandung. Oleh kerana hanya mereka berdua yang tinggal di kawasan itu, dan sebab kasihan akan isterinya itu. Lelaki itu terpaksa meminta bantuan keluarga angkatnya yang tinggal didalam tasik itu. 

Ya, tasik yang kini dikenali dengan nama Tasik Saka. Perempuan itu sedih dengan tindakan mengarut suaminya namun tetap akur. Kerana sewaktu dia ingin bersalin, ada beberapa orang yang membantunya. Tidak diketahui siapakah mereka atau adakah betul mereka datang dari tasik itu. Perempuan itu selamat melahirkan 3 anak kembar, 2 lelaki 1 perempuan.

Selesai sahaja melahirkan anak, orang-orang itu semua menghilang. Maka tinggallah perempuan itu keseorangan bersama dengan 3 orang anaknya yang baru dilahirkan.

Kisah mengenai perempuan itu diketahui oleh para Saudagar Arab. Mereka bersetuju untuk membantu dan membuat keputusan untuk terus tinggal bersama perempuan itu di tempat baru.

Beberapa tahun berlalu. Tempat itu kini telah menjadi perkampungan Arab. Perempuan Korea itu dilantik menjadi Penghulu Kampung dan juga Ketua bagi Saudagar Arab, kerana dia satu-satunya perempuan yang ada dikampung itu. Dia menamakan kampung itu sebagai 'Kampung Saka'. Sempena tatu yang ada pada badan suaminya yang tercinta...

Cinta Saka~~~


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now