Bab 15 - PERTARUNGAN

151 18 0
                                    


Didalam kereta,

"Asya kamu bercakap dengan siapa tu?"

"Asya tak tau. Tapi rasanya macam dengan suara perempuan dekat pantai tadi."

"Haah? Mesti kamu baru bermimpi kan? Dah la... Baik kamu sambung tidur kamu tu. Lambat lagi nak sampai rumah." Kata Anis.

'Siapa akak tu? Nenek tua tu pula siapa? Macam mana Asya boleh dengar suara akak tu eh? Kenapa akak tu biadap sangat dengan nenek tua tu? Sakitnya kepala Asya! Suara yang amat pelik.' Asya menutup mata untuk menyambung tidurnya semula.


*****


Di pantai saka,

"Anastasia! Kamu bercakap dengan siapa tu?" soal Cairel.

"Rasanya dengan budak perempuan tadi tu."

"Budak perempuan bernama Asya tu ke?"

"A,ah kot? Entah la. Mungkin itu cuma khayalan je."

"Ada-ada je kau ni."

Perempuan tua itu geram melihat mereka berdua. "Kamu berdua boleh berhenti bercakap tak?Mari la lawan! Kata kuat sangat kan!"

"Baik jika itu yang kau mahukan." Satu Bebola Hitam keluar dari tapak tangan Anastasia. Diikuti dengan satu lagi Bebola Hitam yang sedikit besar.

Belum sempat Anastasia sempat berbuat sesuatu, Tongkat Hitam busuk perempuan tua itu mengenai perut Anastasia.

"Urrgg! Sakitnya... Tak guna betul nenek tua ni. Berani main kasar ya!"

Anastasia membaling Bebola Hitam itu ke arah perempuan tua itu. Satu daya Graviti yang kuat menarik perempuan tua itu kedalam Lubang Hitam yang dihasilkan oleh gabungan dua Bebola Hitam itu.

"Apa benda ni? Ke...kenapa aku tidak dapat bergerak?"

Anastasia kemudian mengeluarkan satu lagi pedang dan melemparkan tepat ke arah perempuan tua itu. Balingan kali ini kena tepat mengenai jantung perempuan tua itu

"Kau... Kau... Apa kau buat ni? Aku belum bersedia lagi! Ini tidak adil!" Perempuan tua itu disedut masuk kedalam Lubang Hitam itu bersama dengan Tongkat Hitamnya.

"GAME OVER!" Anastasia tersenyum puas.

"Kau memang hebat Anastasia!" Puji Cairel.

"Biasa-biasa je pun."


Kemunculan dua orang lelaki berpakaian Hitam Merah lengkap dengan topi jerami berwarna hitam itu melegakan hati Anastasia.

"Apa yang terjadi dekat sini?" soal lelaki berbadan gemuk itu

"Tiada apa-apa la Smoker. Everything under control."

"Betul ke? Nampak macam baru lepas gaduh je?"

"Anastasia baru je tewaskan nenek tua yang berbau busuk. Dengan sekali serangan je. Kau boleh buat ke Sniker?" soal Cairel kepada lelaki kurus itu.

"Betul ke? Kenapa kau tak tunggu aku sampai dulu Anastasia? Aku pun nak berlawan juga."

"Apa kau ingat ini cerita lawan-lawan ke? Korang lupa ke tujuan asal kita ada dekat kampung ni?" kata Anastasia agak tegas.

"Bukan macam tu la Anastasia. Kitorang cuma bosan je. Takde buat apa sangat. Hari-hari berjalan kesana-sini tanpa hal tuju."

"Tanpa hala tuju? Bukan ke kita kena pastikan kawasan Kampung Saka ni selamat?" Kata Anastasia lagi.

"Hurm..." Smoker dan Sniker mengeluh serentak.

Cairel memegang bahu Anastasia, "biarkan diorang. Lagipun kan semuanya selamat."

"Tapi..."

"Banyak lagi makhluk macam nenek tua tu kat kawasan Kampung Saka ni. Kita kena berhati-hati. Ada yang jauh lebih kuat dan bahaya dari dia." Pesan Cairel.

"Betul tu! Kalau perlukan bantuan, jangan segan silu ye Anastasia" Sniker tersenyum sinis.

"Agak-agak la... Rasanya korang berdua tu yang perlukan bantuan."

Hahaha.... Mereka berempat ketawa bersama sambil berjalan meninggalkan kawasan pantai itu


*****


Dari jauh, satu mata biru memerhatikan mereka, "Boleh tahan kuat juga Pendekar kampung Saka ni.

Tidak sia-sia aku menceroboh masuk ke Server Saka."

"Siapa kau? Jadi kau lah orangnya yang menceroboh Kampung Saka!" Anastasia tiba-tiba muncul di sebelah lelaki itu.

"Teknik Teleport ye? Tidak sangka kemahiran itu wujud."

"Teknik Teleport? Apa kau cakap ni? Aku kan memang ada di sini sejak tadi."

"Haah? Kalau macam tu siapa dekat sana?"

"Oh! Yang tu Saka aku je. Aku dah lama mengekori kau."

"Saka? Jadi memang betul lah orang kampung ni bela Saka?"

"Taklah. Cuma sebahagian kecil sahaja yang bela Saka."

"Siapa yang membela Saka tu selain kau? Bagitau aku nama mereka!"

"Buat apa nak tau?"

"Aku ditugaskan untuk memberi hukuman kepada mereka yang membela Saka."

"Tugas? Oh! Jadi kau lah pembunuh tu."

"Pembunuh? Aku lebih dari itu. Sekarang beritahu aku nama mereka!

"Itu kau tidak perlu tahu. Pergi kau dari tempat ni." Anastasia melemparkan Bebola Putih ke arah lelaki itu. Dengan serta merta dia hilang ditelan Lubang Putih. 'Puas hati aku. Berani dia menceroboh ke Kampung Saka kemudian cuba mengugut aku."

"Selesai dah ke?" soal Cairel yang baru tiba dari arah belakang.

"Dah. Dia tidak sekuat seperti yang diceritakan oleh Hantu Malas."

"Tapi nampaknya sebuah malapetaka bakal melanda Kampung Saka tidak lama lagi."

"Sebab tu kita kena bersiap sedia. Jangan sampai ada yang terkorban pula."

"Baiklah. Anastasia, lindungi Budak Kampung Saka dan jangan sesekali leka."

"Tiada masalah."

"Aku pergi dulu. Ada hal yang nak dibincangkan dengan Hantu Malas."

"Kirim salam dengan ketua ya. Cakap kat dia, Anastasia rindu sangat-sangat."

"Rindu kat ketua je ke? Aku?"

"Kau buat apa! Dah cepat lah pergi. Nanti terlepas bas terakhir pula."

"Hahaha..."

Cairel dan Anastasia berlalu meninggalkan tempat itu. Kedua-dua Anastasia kembali bersatu menjadi satu. Kewujudan Saka tidak perlu diberitahu kepada umum. Biarkan ia sekadar rahsia diantara mereka.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now