Bab 49 - MAIN KAD 3D

88 11 0
                                    


Pada malam itu di rumah Armuni. Selepas selesai mengemas rumah yang kelihatan agak berselerak sewaktu majlis petang tadi, kesemua anak-anak Armuni berkumpul diruang tamu untuk berkongsi cerita suka dan duka sepanjang tahun ini. Disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan hal sekolah dan lain-lain, mereka jarang ada masa untuk berkongsi cerita. Bagi mengelakkan terdapat jurang yang mampu memisahkan mereka sekeluarga, mereka akan mengambil masa dalam sehari pada waktu terluang untuk berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi. Keluarga walau jauh manapun takkan terpisah dengan mudah.

Mereka tidak mahu ikatan kekeluargaan mereka hanya sekadar pada nama bukan pada hubungan. Nama sahaja keluarga, duduk serumah tapi nak bercakap pun belum tentu lagi. Ibarat 'Stranger'.

Sambil duduk menonton tv, Asya dan Ayu masing-masing sedang memasukkan kerepek pisang kedalam mulut dengan penuh rentak. Sesekali mereka akan meminum air jus manga yang dibeli oleh Armuni pada petang tadi untuk dibuat minum malam. Kesedapan bukan pada makanan itu, tetapi apabila makanan itu dimakan dan dikongsi bersama keluarga tersayang membuatkan ia bertambah bermakna dan menyelerakan. Satu kenikmatan yang jarang dirasai. Sungguh hebat bukan?

Selesai sahaja rancangan realiti tv 'Running Man' itu berakhir dengan penuh keterujaan, mereka menyambung lagi dengan menonton filem seram melayu bertajuk 'Volswagan Kuning'. Sebuah filem yang menceritakan tentang kewujudan sebuah kereta volkwagan kuning yang penuh misteri dan dikaitkan dengan hantu. Filem Malaysia penuh dengan cerita hantu yang sama dikitar semula dengan memberikan nafas baru dan watak berbeza, namun pada hakikatnya tetap sama. Sama seperti kehidupan kita yang sentiasa sama walaupun kita maju kehadapan.

Habis sahaja filem 'Volkwagen Kuning' itu, Asya mengajak seisi keluarganya bermain kad pula.

"Ibu jom main kad 3D nak?" Ajak Asya sambil memandang Armuni. "Ayu dan kak Anis pun jom main sama."

"Kad 3D yang kawan-kawan Asya hadiahkan petang tadi ke?" soal Armuni.

"Ya ibu. Asya dah buka semua paket didalam kotak tu. Semua ada 60 kad. Tapi ada banyak juga kad yang sama. Mari lah main dengan Asya."

"Baiklah. Ayu dan Anis pun main sama ya." Kata Armuni sambil tersenyum memandang Ayu dan Anis yang sedang leka membaca komik.

"Baik ibu." Anis meletakkan penanda buku pada muka surat Komik Cinta yang belum selesai dibacanya itu. Satu penanda buku berbentuk 'Love' yang dibuat sendiri oleh Anis mengikut panduan yang dipelajarinya sewaktu menonton video di YouTube.

"Kita nak main apa ni kak Asya?" soal Ayu yang sedang bertiarap memandang Asya.

"Dalam banyak-banyak kad ni, kita pilih kad mana yang kita suka dan minat." Kata Asya sebelum meletakkan kad-kad itu dihadapannya.

Kini mereka duduk membentuk bulatan bagi memudahkan permainan itu dimainkan. Dalam beberapa minit, mereka sibuk memilih kad raksaksa yang mereka minat. Ada yang nampak hebat dan ada juga yang nampak comel. Masing-masing mempunyai minat yang berbeza.

"Siapa nak mulakan dulu?" soal Anis selepas selesai memilih kad yang disukainya.

"Biar Asya yang mulakan ya. Ini kad-kad yang Asya suka iaitu 'Incarnus' dan 'Starz'.

Kedua-duanya kad emas dan mempunyai 4 bintang. Asya suka sebab nampak COOL. Biar Asya baca penerangan yang tertulis pada kad ini ya. INCARNUS : Reborn from the flames of its own destruction, this immortal bird spreads it flame-tinged feathers, flying high, carrying hope and renewal with it, bestowing blessings upon deserving denizens. [Phoenix – A long-lived bird, cyclically reborn. Associated with the sun, it rose from the ashes of its predecessor. Similar creatures include the hindu garuda, the Russian firebird, and the Chinese fenghuang.] Dan ni pula kad 'Starz'. STARZ : A computer with a sense of style, this savvy ource of smartness may look little but big surprise awaits those who engage this electronic Einstein. Ready with research, STARZ I always happy to light the way."


"Ni kad kak Anis pula 'Lock Lurker'. Akak suka sebab penuh dengan Misteri dan comel. Bayangkan Lock Lurker ni ada dekat Tasik Saka belakang sekolah tu mesti best kan. Akak bacakan sedikit pasal kad ni ya. LOCH LURKER : The mysterious monster of Loch Ness is said to have a snakelike neck, a humped back, diamond-shaped flippers, but is this description and accurate? [Popular interest and belief in 'Nessie' has varied since it sighting in 1993. The scientific community regards it as a modern-day myth, but it remains one of the most famous examples of cryptozoology.]"


"Ni pula kad pilihan Ayu. Ayu pilih kad ni sebab hari tu kak Ying cakap Ayu anak ikan duyung. Ini sedikit penerangan pada kad 'Sirenia'. SIRENIA : Seducing sailors with her silken songs. There's something fishy when it comes to this beach beauty, will she help or hinder, you may not know until it is too late. [Mermaid – Considered either kindly fisherman's friends, or deadly temptresses, mermaid sightings were more likely either those of dugongs or manatees. Danish author Hans Christian Anderson wrote "the little mermaid" in 1836 which inspired the '89 disney animated film.]"


"Wah! Pandai anak-anak ibu speaking English. Tak sia-sia ibu hantar belajar di sekolah."

"Tengok la siapa ibu mereka." Anis tersengih bangga sambil melihat Armuni.

"Hehe... malu pula ibu. Baiklah, sekarang giliran ibu pula nak tunjukkan kad yang paling ibu suka. Bila tengok karakter dalam kad ni tiba-tiba ibu jadi lapar."

"Kad apa tu ibu?" soal Ayu.

"Mesti kad ikan kan? Sebab ibu suka makan ikan. Lagi-lagi ikan duyung. Hahaha..." Asya mengalihkan pandangan kearah Ayu yang mula membuat muka apabila dia disindir secara tidak langsung.

"Sabar ya. Ni kad ibu 'Deepsnatcher'. Kalau ibu dapat makan sotong bakar malam-malam macam ni mesti sedap kan. Sotong bakar gergasi. Hurm, sedapnya bau..."

"Ibu bacalah penerangan pada kad tu. Kitorang nak dengar ibu speaking English."

"Baiklah anakku sayang. Ibu baca ya. DEEPSNATCHER : Emerging from the dark depths of the world, this multi-limbed monstrosity is far from 'armless! Ten tapering tentacles riddled with rosettes of terrible teeth make for a killer hug. [Kraken- In 2012, scientists discovered a giant squid that resembled eyewitness accounts of kraken, which were said to reach between 13 to 25 metres in length which made it common marine monster in fiction; The Nautilus was attacked by a giant squid in Jules Verne's '20,000 Leagues Under the Sea'."


"Wah! Semua kad nampak begitu hebat kan. Tak sia-sia Dela, Zura dan Mei Mei hadiahkan Asya koleksi kad yang begitu hebat." Asya tersenyum.

"Kad ni keluaran Gempakstarz kan?" soal Anis.

"Ya. Menurut Dela, Zura dan Mei Mei diorang beli melalui laman web Gempakstarz. Macam yang ibu buat hari tu sewaktu beli komik untuk Asya."

"Oh. Baguslah. Sekurang-kurangnya kad ni membawa manfaat dan tidak memudaratkan kamu."

Mereka berempat terus memerhatikan dan membaca kad-kad yang ada didalam koleksi itu sehingga larut malam. Keterujaan apabila mengenal makhluk mitos dan raksaksa begitu menyeronokkan bagi keluarga Asya. Sambil melihat pada kad itu, sesekali mereka berkongsi cerita dan angan-angan sekadar untuk mengurangkan rasa tekanan didalam diri.


"Baiklah anak-anak ibu, dah lewat malam ni. Cepat pergi tidur nanti susah pula nak bangun pagi, terutama sekali kamu Asya."

"Ya ibu. Kejap lagi Asya tidur. Nak baca Komik Seram ni... nak habiskan."

"Kenapa kamu baca Komik Seram sebelum tidur? Nanti mimpi ngeri baru kamu tahu."

"Hehe... Asya dah terbiasa la ibu. Lagipun mimpi ngeri tu yang best."

"Ikut suka hati kamu la Asya. Jangan lupa gosok gigi ya. Selamat malam semua."

"Ya ibu." Jawab Asya.

"Selamat malam ibu, sweet dream." Jawab Anis.

"Ayu pun nak masuk tidur. Selamat malam semua." Ayu menguap dan terus masuk kedalam bilik.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now