Bab 17 - HANTU

132 17 0
                                    


Didalam kereta,

"Ibu... Kenapa dekat luar tu gelap eh? Kan baru pukul 5.25 petang ni." soal Anis.

"Ibu rasa mungkin sebab pokok kat luar tu banyak dan tinggi. Jadi cahaya matahari tidak kelihatan kerana ditutupi dengan daun."

"Ayu rasa takut la ibu. Macam ada sesuatu la kat luar sana tu."

"Jangan riasu ya Ayu. Kejap lagi mekanik sampai." Armuni cuba memujuk.

Sambil memandang ke luar, Anis sempat menjeling ke arah Asya. Kelihatan rambut Asya mengurai berterbangan. Matanya berubah menjadi merah sambil memandang Anis. Anis terkejut lalu memanggil ibunya. "Ibu... Asya dah jadi Hantu!"

"Haah? Apa kamu cakap ni Anis?" Armuni terkejut lalu memandang ke arah Asya. Kelihatan rambut Asya terbang ke atas dan pakaian yang dipakai oleh Asya menjadi putih? "Si... Siapa kamu? Mana anak aku?" soal Armuni dalam ketakutan.

"Kenapa ibu menjerit?" soal Ayu kehairanan. Ayu memandang ke arah Armuni. "Kak Asya masih tidur ke?" Tambahnya lagi.

"Asya dah jadi Hantu!" Anis terketar-ketar sambil menjarakkan dirinya dari Asya.

"Kak Asya Hantu? Seram eh? Macam lawak je."

"Kamu tidak nampak ke Ayu? Rambut Asya tu terbang?"

"Terbang? Macam supergirl ke?"

Anis merasa geram pula dengan perangai Ayu ketika tu. "Ayu! Cuba kamu tengok Asya tu..."

"Ayu tengah tengok la ni. Kak Asya tengah berjalan depan kereta kita."

"Berjalan? Bukan tengah duduk ke Ayu?" soal Anis pelik.

"Tengok tu... Tu kan kak Asya." Ayu menunjuk ke depan kereta mereka.

"Apa!" Armuni dan Anis terkejut lalu memandang hadapan kereta mereka dan mendapati Asya sedang berjalan dalam kegelapan itu.

"Apa yang jadi ni ibu?" soal Anis.

Mereka berdua memandang ke arah Asya yang rambutnya mengerbang tadi. Ia sudah menghilang.

Ayu membuka pintunya dan melambai ke arah Asya. "Kak Asya dari mana tu?"

"Ayu. Tutup pintu kamu tu. Itu... Itu... Bukan Asya!"

"Bukan kak Asya? Habis tu siapa? Hantu ke ibu?"

"Ya! Itu mungkin hantu yang menyamar jadi Asya."

"Hantu kak Asya?"


*****


Sepuluh minit sebelum,

"Ibu... Asya nak buang air boleh?" soal Asya.

"Kejap ye Asya. Dah nak sampai rumah."

"Tapi ibu, Asya dah tak tahan... Nak terkucil."

"Ibu cari tempat berhenti dulu. Nanti kamu buang air dekat kereta je tau."

"Baik ibu."

"Jangan lama-lama ya. Lepas buang air terus masuk kereta."

"Ok..."

Kereta Proton Saga mereka berhenti berdekatan dengan kawasan pokok pisang. Lantas Asya keluar dari kereta menuju ke arah pokok pisang itu untuk membuang air.

Sebelum sempat Asya nak buka seluarnya, kelihatan seorang pakcik tua sedang menaiki basikal lalu berhampiran kawasan itu. "Alamak! Ada pakcik la." Asya segera melarikan diri ke arah sebuah longkang yang agak besar. 'Rasanya disini tiada orang nampak Asya. Boleh la buang air dengan aman.'

Sewaktu tengah buang air itu, Asya ternampak kelibat seseorang yang agak kabur sedang membuka pintu kereta sebelah kiri belakang. Kelibat itu seperti bayangan budak. Masuk sahaja dia didalam kereta, kereta Proton Saga itu terus meninggalkan kawasan pokok pisang.

'Mana ibu nak pergi tu? Asya belum naik lagi...' Asya memakai semula seluarnya dan segera berlari ke arah kereta mereka. Dengan perasaan yang cemas, dia memanggil ibunya, "Ibu! Ibu! Kenapa tinggalkan Asya kat sini seorang-sorang? Ibu sudah tidak sayangkan Asya ke? Kenapa ibu buang Asya dekat tepi jalan ni? Huhu..." Asya menangis sambil teringat kisah di dalam surat khabar yang dibacanya pada pagi tadi di kedai buku Popular.


'Kuala Lumpur, kes pembuangan bayi yang berlaku baru-baru ini sangat menyayat hati. Hampir 20 bayi yang tidak berdosa telah ditinggalkan di tepi jalan, tong sampai dan Masjid menjadi tanda tanya. Kenapa mereka sanggup melakukan itu semua? Tiada rasa bersalah ke? Siapa yang harus dipersalahkan?

Bayi itu ataupun ibubapa mereka? Terkesima dengan semua itu, masyrakat yang bersimpati berharap akan diberikan peluang untuk membela sahaja bayi-bayi yang tidak diperlukan itu daripada diperlakukan sedemikian. Pandai buat, tak pandai jaga. Itulah ungkapan netizen kepada ibubapa bayi malang tersebut. '

"Adakah Asya perlu mencari ibubapa baru?" Tidak! Asya tak mahu. Asya sayang ibu dan ayah Asya. Asya sayang kak Anis dan Ayu. Huhu..." Asya menangis teresak-esak.

"Kamu jangan risau Asya Budak Kampung Saka." Kedengaran suara seorang perempuan dari arah belakang.

Asya berhenti menangis dan memandang perempuan itu, "kakak ni siapa?"

"Nama akak Anastasia. Akak akan jaga kamu mulai dari hari ini."

"Jaga Asya? Ibu baru Asya ke? Tak nak! Asya nak ibu... Huhu."

"Bukanlah. Maafkan akak ya."

"Tapi... Betulkah ibu sudah tidak sayang pada Asya?"

"Kamu salah paham sebenarnya. Ibu Asya masih sayang. Mari kita jumpa ibu kamu."

'Betul ke ni? Bukan ibu dah buang Asya?"

"Betul. Mana mungkin kamu dibuang. Jom ikut akak!"


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now