Bab Istimewa - PERJANJIAN DARAH

92 10 0
                                    


Beberapa tahun lalu,

"Perjanjian Puaka dikenali juga sebagai Perjanjian Maut atau Perjanjian Darah. Untuk mengikat perjanjian ini, ia memerlukan korban."

"Korban apa? Manusia ke?"

"Bukan sebarang manusia. Ia memerlukan korban manusia mutasi."

"Manusia mutasi? Virus Saka?"

"Ya! Tepat sekali. Hanya dengan korban manusia mutasi sahaja perjanjian ini dapat dimeterai. Cepat sediakan segala kemahuan aku sekiranya kau nak terus hidup."

"Baik Tok Bomoh."

'Hehehe... Selepas ini pasti dia akan melakukan pembunuhan yang bakal membangkitkan kemarahan penduduk Kampung Saka. Mereka akan merasai hukuman diatas apa yang mereka lakukan pada aku. Aku tidak akan sesekali memaafkan mereka. Mereka akan menerima balasannya! Hehehe.. .'


Jauh dari luar rumah Tok Bomoh ada sepasang mata sedang memandangnya.

'Berani sungguh mereka cuba melakukan Perjanjian Puaka! Aku tidak akan membiarkan perkara ini terus berlaku. Aku perlukan bantuan Ivy untuk melepaskan kuasa aku.'

"Lala, lama dah tunggu? Maaf ya sebab jalan jem tadi."

"Ivy! Lepaskan kuasa aku sekarang! Aku perlu hapuskan mereka yang cuba melakukan Perjanjian Puaka itu."

"Baik, baiklah." Ivy memejamkan matanya dan mula membaca mantera kuno bahasa Arab.


"Dengan segala nafasku aku serahkan segala jiwa ragaku untuk membebaskan dikau dari sekatan diriku sambil memberikan engkau kebebasan untuk berjuang menewaskan musuhmu aku seru namamu Ghoul!"


"Hehe... Aku bebas setelah sekian lama tertidur. Terima kasih manusia bernama Ivy. Aku akan kembali kepada pangkuanmu setelah aku menghapuskan Hantu-Hantu Kubur itu."

Ghoul Lala bergerak laju menuju ke rumah Tok Bomoh. Namun dia dihalang oleh beberapa Hantu Kubur yang bengis dan menakutkan. Satu persatu Hantu Kubur itu ditewaskan. Berlaku satu pertarungan sengit diantara Hantu-Hantu Kubur dengan Ghoul Lala. Ia berlarutan selama beberapa hari atau bulan.


Sementara itu, Ivy segera pulang ke Kuala Lumpur selepas membebaskan Ghoul Lala. Dia kini menyambung semula kerjanya sebagai Penulis Novel Seram. Hari terus berlalu seperti biasa baginya.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now