Bab 31 - PERUBAHAN GARASI

94 12 0
                                    


Kad Emas yang dilemparkan Puteri berjaya mengenai tepat pada badan dan leher Hantu Garasi sebelum terbang kembali ke arah Puteri. Bahagian yang terkena itu mula terpisah dan mengeluarkan pelbagai jenis kertas yang berwarna warni.

"Apa... Apa yang berlaku ni?" Hantu Garasi terkesima dengan keadaan itu. Dia mula rebah diatas tanah.

"Yeah berjaya!" Puteri melompat gembira melihat Hantu Garasi tumbang pada serangannya. Sementara itu, Anastasia masih berusaha untuk menyedut kesemua Kabus Ungu yang masih terus menerus keluar dari badan Hantu Garasi itu. Anastasia mendekati tubuh Hantu Garasi yang terpisah tiga itu (kepala, badan dan kaki).

Belum sempat Anastasia berbuat apa-apa, Hantu Garasi mengerakkan kepalanya memandang Anastasia yang semakin hampir dengannya. Dia tersenyum, "Akhirnya aku jumpa..."


"QD"


Pada tangan kiri Hantu Garasi yang masih memegang alat kayu jati itu mengeluarkan kegelapan. Satu letupan kuat berlaku didalam kegelapan itu. Bila cahaya mula menerangi tempat itu, kelibat Hantu Garasi hilang dari tempat dia terbaring tadi.


"Mana Hantu Garasi? Dia dah larikan diri ke?" soal Puteri yang mula keliru.

"Bukan. Dia dah masuk kedalam Lubang Hitam." Jawab Anastasia sambil memerhatikan kawasan yang penuh dengan darah dihadapannya itu. Satu pemandangan ngeri baginya.

"Bunyi letupan apa tadi tu? Betul ke Hantu Garasi tu telah diserap masuk kedalam Lubang Hitam?" soal Puteri lagi inginkan kepastian.

Anastasia cuma mengangguk kepala. Dia segera mengeluarkan satu Lubang Hitam dari tangan kanannya untuk menyerap darah dan cebisan daging yang berada dihadapannya itu. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti apakah yang berlaku sebenarnya. Namun dia pasti segala yang berlaku pada waktu itu sudah sampai ke penamatnya.

"Anastasia. Itu..." Puteri menunjuk ke arah alat kayu jati itu.

Anastasia berjalan menghampiri tempat yang ditunjuk Puteri itu lalu mengutip alat itu. 'Ini bukan milik Hantu Garasi. Simbol ni...' Anastasia segera memandang ke arah Bunian yang sedang berehat di bawah pokok.

"Nampaknya kita dah menemui pemilik asal alat kayu jati ini. Dan mungkin juga dia adalah antara yang terpilih untuk membantu kita menjaga keamanan Kampung Saka.

Puteri turut tersenyum memandang Anastasia, Maya dan Bunian. Kini mereka tidak bersendiri lagi.

"Alat QD ini yang dipegang oleh Hantu Garasi bukan?" soal Puteri.

"Ya. Memang betul. Tapi ia bukan milik Hantu Garasi, tapi milik Bunian." Anastasia menghulurkan alat QD itu kepada Puteri untuk melihat simbol Bunian yang tertera pada belakang alat QD itu.

"Ini simbol Bunian. Tapi kenapa ada pada Hantu Garasi?"

"Entah. Mungkin dia terjumpa alat QD ini di sekitar kawasan dia berada tadi. Mungkin..."

"Hurm... Jadi Bunian pun mampu bertukar menjadi Serikandi Saka. Agak-agaknya Bunian akan bertukar menjadi apa?" Puteri tersenyum sambil memandang Bunian yang masih terlelap.

"Walau apa pun jenis pertukaran Bunian, yang penting dia di pihak yang benar. Semoga kuasa jahat tidak sesekali mampu mendapatkan kuasa untuk berubah. Kalau tidak, ramai manusia yang sengsara."

"Bunian... Bunian. Tak sangka ada juga budak seperti kamu berkuasa tinggal dikampung ini." Puteri membelai rambut Bunian dengan lemah lembut.

Anastasia memandang tempat percikan darah Hantu Garasi itu sambil memikirkan sesuatu,

'Agaknya Hantu Garasi itu meletup apabila dia cuba mengaktifkan alat QD milik Bunian. Mungkin tidak semua Hantu sesuai menggunakan alat QD atau... Setiap alat QD mempunyai pemilik mutlak, jadi hanya hantu tertentu sahaja mampu mengaktifkan ia tanpa terkena sebarang kesan sampingan seperti letupan tadi.

Tapi yang peliknya... Mana pergi Hantu Garasi, adakah dia telah hancur berkecai ataupun termasuk ke dalam Lubang Hitam aku?'

"Anastasia! Awak ok ke?"

"Ok je. Ada apa Puteri?"

"Awak... Ada lupa sesuatu ke?"

"Apa Puteri cakap ni? Lupa apa?"

"Laa... Dah lupa la tu. Puan Armuni dan anak-anaknya. Bukan ke diorang masih ada dalam kereta kat tempat tadi. Sekarang keadaan dan selamat buat sementara waktu. Bawalah mereka pergi dari tempat ni. Bahaya mungkin muncul lagi kalau kita berlengah."

Anastasia tersentak lalu matanya melilau melihat kawasan persekitaran. "Eh! Lupa pula tentang mereka. Agaknya mereka masih tidur kot dalam kereta. Tapi macam mana dengan Maya dan Bunian?"

"Pasal mereka berdua ini usah risau. Biar Puteri uruskan. Oh ya! Nama Bunian sebenarnya adalah Fyruz. Dan identiti sebenar dia adalah seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur. Dia bercuti dan singgah ke Kampung Saka untuk menziarahi kubur moyang dia."

"Pelajar kolej? Wow! Tak sangka pelajar kolej... Apa kisah sebenar dia?"

"Kalau ada masa nanti Puteri ceritakan. Sekarang kamu kena tinggalkan tempat ini. Dan... Bimbinglah budak bernama Asya itu supaya lebih peka dengan alam dan makhluk lain."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now