Bab 6 - TASIK

200 18 1
                                    


Perhimpunan pada pagi itu diganggu dengan bunyi riuh rendah dari para pelajar dan guru Sekolah Rendah Kebangsaan Saka. Masing-masing sibuk membuat pelbagai andaian dan perbincangan sesama mereka. Kejadian dihadapan mereka kini amat menakutkan dan pada masa yang sama mengelirukan.

Kejadian budak perempuan terhuyung-hayang di tangga tingkat 2 blok E menjadi tumpuan mereka. Amat cemas dan pelik sekali. Kejadian yang membuka mata Asya akan sesuatu yang tidak disangka.

"Ustaz Rudi, apa yang perlu kita buat sekarang?" Cikgu Kazar buntu melihat kejadian pelik itu.

"Kita kena bersabar. Tunggu disini, biar aku seorang sahaja yang pergi." Ustaz Rudi meminta Cikgu Kazar menunggu berhampiran kelas di tingkat 2 itu, sementara dia pula berjalan mendekati tangga dimana budak perempuan itu masih terhuyung-hayang. Ustaz Rudi cuba bercakap dengan entiti yang berada berdekatan dengan budak perempuan itu, "Siapa kau? Apa yang kau nak buat dengan budak ini? Pergi kau dari sini! Ini bukan tempat kau." Ustaz Rudi kemudiannya terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

"Apa ustaz buat ni? Tolong saya... Saya tersiksa!" Budak perempuan itu menangis teresak-esak.

Namun, usaha Ustaz Rudi tidak mendatangkan hasil.

Puan Judith, Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Saka mula hilang sabar lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menekan butang panggilan pada beberapa nama yang tertera pada telefonnya.

Tidak lama kemudian, muncul beberapa orang yang nampak agak ganjil pada mata para pelajar dan guru di sekolah itu. 6 orang lelaki dengan gaya yang berbeza berjalan menuju ke arah tangga blok E. Lelakilelaki itu adalah Sami, Bomoh, Doktor Mental, Paderi, Tok Imam dan Sikh. Mereka mengunakan pelbagai cara, bahan, dan alatan untuk membantu budak perempuan itu.

Namun ia tetap gagal. Akhirnya mereka pergi meninggalkan kawasan sekolah dengan rasa kecewa.

Selepas 1 jam berlalu, budak perempuan itu masih terhuyung-hayang. Ramai yang cuba menariknya dari situ namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Mereka seperti sedang menarik sebuah bangunan pencakar langit yang tidak mungkin akan berganjak dengan kekuatan yang mereka miliki. Ada juga pelajar yang mula memasuki ke dalam kelas masing-masing kerana penat menunggu. Ada yang balik ke rumah akibat rasa takut yang teramat melihat kejadian itu didepan mata. Ada yang masih kekal berdiri atau duduk sambil memerhatikan budak perempuan itu dari tapak perhimpunan.

"Bosan la pula bila tengok budak perempuan tu lama-lama. Mula-mula tadi memang seram habis, tapi sekarang jadi boring pula. Bila agaknya dia nak terjatuh eh?" Kedengaran suara budak lelaki yang duduk berhampiran meja Asya. Suasana dalam kelas 5-A kecoh dengan suara para pelajar sedang sibuk melakukan hal masing-masing. Ada yang main, tidur, belajar dan ada yang berdiri diluar kelas untuk melihat kebawah. Melihat budak perempuan terhuyung-hayang di tangga tingkat 2 itu.

"Asya apa agaknya yang jadi dekat budak perempuan itu ya?" Ying bertanya kepada Asya ingin tahu pendapat kawannya itu.

"Entahlah Ying... Asya pun tiada jawapannya untuk masalah itu." Asya membalas pertanyaan Ying itu dengan nada malas sambil memerhatikan kawasan Tasik Terang. Difikirannya masih memikirkan hal tadi, 'bayangan siapa yang Asya nampak tadi tu? Kabur sangat, mungkin balik nanti kena minta ibu bawa pergi periksa mata. Agaknya mata Asya sudah rabun.'

Air tasik itu mengelegak seperti ada sesuatu hendak timbul dari dalam. Asya terkejut memandang peristiwa pelik itu. Angin tiba-tiba menjadi kuat dan awan mula mendung, seolah-olah hari hendak hujan. Kelibat seseorang muncul di permukaan air memandang Asya!

"Hei kawan. Apa kau buat tu? Tidur ka." Suara Ying kedengaran dari arah belakang tempat Asya duduk. Namun setelah beberapa saat berlalu, Asya tetap tidak berpaling ke arah Ying. Ying dapat merasakan sesuatu yang pelik terjadi kepada Asya, lalu dia berdiri dihadapan meja Asya. "Asya, awak buat apa tu?" Ying bertanya sambil mengoyangkan tubuh badan Asya.

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now