Bab Istimewa - VIRUS SAKA

129 15 2
                                    


Virus Saka merupakan sebuah virus yang dihasilkan oleh para Saintis Malaysia sejak Zaman penjajahan Jepun. Virus Saka ditemui di sekitar kawasan Tasik Saka. Sejak beberapa tahun selepas Kampung Saka didiami oleh Saudagar Arab dan seorang perempuan Korean, ramai juga pengambara yang datang ke tempat itu untuk melihat kecantikan Kampung Saka yang lain dari biasa. Banyak tumbuhan dan binatang yang tidak ada di tempat lain boleh didapati di situ.

Virus Saka mempunyai bahan kimia yang mampu mengubah sel-sel manusia dan haiwan kepada sesuatu yang luar biasa. Ilmu hitam turut digunakan bersama sewaktu menghasilkan Virus Saka untuk mendapatkan kesan yang lebih effectif.

Namun sejak kemusnahan makmal di Kampung Saka beberapa tahun lalu, kini Virus Saka hanya boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dan terkawal. Bahan radiasi yang tersebar di Kampung Saka itu menyebabkan banyak Mutasi berlaku. Selain mutasi manusia dan haiwan, kadar peningkatan perkara mistik turut menjadi penyebab Kampung Saka semakin ditakuti oleh penduduk luar.


Dalam tahun 80an, kerajaan Malaysia telah memadam Kampung Saka dari peta Negara Malaysia.


Sehingga kini, hanya sebilangan manusia yang berjaya menjejaki kewujudan Kampung Saka. Kampung Saka dianggap sebagai Mitos. Banyak kejadian pelik berlaku dan akan terus berlaku di Kampung Saka.

Kemunculan semula Virus Saka pada tahun 2016 menunjukkan bahawa sesuatu bakal berlaku.

Sesuatu yang lebih besar daripada kejadian beberapa tahun lalu. Kemunculan makhluk Mistik ini mungkin berkait dengan Virus Saka dan Ilmu Hitam.

Mereka dikenali dengan panggilan Hantu bagi masyarat dunia. Namun bagi mereka, ia adalah kehidupan mereka setiap hari. Mereka jarang menggangu manusia kecuali apabila mereka diganggu.


Hantu Malaysia merangkumi banyak jenis. Mungkin mereka hasil daripada mutasi Virus Saka?


Tiada penjelasan berkaitan kejadian paranormal itu. Bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian Mistik akan menganggap ia sesuatu yang mustahil dan tidak benar. Namun bagi mereka yang mengalaminya pula menganggap ia satu pengalaman yang menakutkan.

Kejadian diluar Kampung Saka itu bukan angkara makhluk yang boleh dipandang rendah.

Kekuatan mereka jauh melebihi Makhluk Mistik Kampung Saka.

Serikandi ditugaskan untuk menentang anasir-anasir jahat di Kampung Saka untuk mengekalkan kedamaian dan keharmonian. Mereka adalah hasil uji kaji Virus Saka. Mungkin Hantu? Mungkin juga Manusia ataupun Makhluk Mutasi.

Ketakutan adalah sesuatu yang perlu dikawal dengan baik untuk mengelakkan diri kita diperdayakan oleh suatu kuasa yang tidak mampu kita lawan.


Bahana Saka~~~


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now