Bab 19 - ANASTASIA VS PONTIANAK

132 14 0
                                    


Di kawasan Kebun Pak Adam itu, sedang berdiri dua kelibat hitam saling memandang antara satu sama lain. Anastasia dan juga kelibat yang menyerupai Hantu Malaysia itu, Pontianak. Anastasia mengeluarkan Bebola Hitam dari tapak tangannya untuk menyerang Pontianak itu. Manakala Pontianak itu pula hanya sekadar memandang Anastasia tanpa berbuat apa-apa.

Anastasia cuba bertanya, "Siapa kau? Apa kau mahu?"

"Hehehehe... Aku mahu makan! Mereka adalah mangsa aku!" Pontianak itu menyerigai.

"Makan? Kau lapar ke? Nak aku belanja makan nasi lemak?"

"Nasi lemak? Kau ingat aku siapa! Aku Pontianak berdarah Siam. Aku hanya makan daging manusia dan minum darah manusia. Hehehehe..."

"Yeke? Aku ingat kau tu Pontianak Malaysia, rupa-rupanya Pontianak Tanpa Izin (PTI). Boleh kena tangkap ni. Boleh tunjukkan IC (Identification Card) tak wahai Cik Pontianak?"

"Eeerrr... Apa kau cakap wahai makhluk yang lemah. Kenapa kau nak sibuk hal aku! Baik kau pergi dari sini, kalau tidak aku akan hapuskan kau!"

"Jangan la marah-marah Cik Pontianak. Tak boleh ke kita berkawan?"

"Nak berkawan dengan kau? Siapa kau? Adakah kau lebih kuat dari aku? Hehehehe..."

"Siapa aku tu tak penting. Tapi rasanya aku lebih kuat kot?"

"Kot? Aku hapuskan kau sekarang!"

Pontianak itu terbang ke arah Anastasia sambil kukunya yang panjang itu dihalakan kehadapan untuk memancung leher Anastasia. Namun dengan kepantaasan yang dimilik Anastasia, serangan itu mudah sahaja dielak. Anastasia sempat menangkap kaki Pontianak itu dan sekali lagi Pontianak itu dihempas oleh Anastasia pada permukaan tanah. Tidak cukip dengan itu, Anastasia segera mengeluarkan paku dari poket seluarnya lalu dicucuk pada belakang Pontianak itu. "Arrgg! Tak guna! Sakit!" Pontianak itu mengelupur diatas tanah. 

Keadaan tenang seketika.

Beberapa minit kemudian, Pontianak itu bangkit semula, "Serangan paku kau gagal nampaknya. Kau ingat dengan benamkan paku pada belakang aku itu akan musnahkan aku ke? Kau silap wahai makhluk yang hodoh!" Pontianak itu terbang sekali lagi ke arah Anastasia.

'Boleh tahan juga Pontianak ni. Tapi serangan berikutnya adalah penamat baginya.' "Kuasa Putaran Bebola Hitam... Yearhh!" Empat Bebola Hitam keluar dari tapak tangan Anastasia dan menuju kearah Pontianak itu lalu menghasilkan satu Lubang Hitam yang sedang berputar sambil menghasilkan daya sedutan yang amat kuat sekali.

"Apa... Apa benda ini? Black Hole? Tak guna kau!" Pontianak itu berteriak sambil cuba untuk melepaskan diri dari disedut oleh Lubang Hitam itu.

"Hehe... Sekarang Cik Pontianak mahu lari ke mana? Tiada jalan keluar untuk makhluk jahat seperti Cik Pontianak didunia ini. Oh ya! Untuk pengetahuan Cik Pontianak, itu bukan Black Hole. Tak logik la Black Hole boleh ada disini. Cuba tengok pokok-pokok tu semua, tak ditarik masuk kan?"

Pontianak itu memandang persekitannya. Tidak ada satu benda pun ditarik masuk ke dalam Lubang Hitam itu kecuali dirinya. "Jadi... Lubang Puaka apakah ini?" soal Pontianak itu lagi.

"Penjara. Didalam Penjara itu Cik Pontianak akan dikurung seumur hidup kerana melakukan kejahatan."

"Penjara?"

Anastasia memandang Pontianak itu sambil berkata, "Setiap mereka yang melakukan kejahatan akan mendapat balasan. Kalau manusia mereka akan dipenjarakan dalam Penjara Besi, namun bagi makhluk seperti Cik Pontianak, Penjara Lubang Hitam ini amat sesuai. Sejuk dan Gelap!"

"Tolong... Tolong... Aku berjanji tidak akan melakukan kejahatan lagi. Lepaskan lah aku." Pontianak itu merayu.

"Baiklah. Sekiranya itu apa yang kau inginkan. Kau perlulah segera berubah menjadi baik. Hanya dengan kebaikan yang ikhlas dapat menghilangkan Kuasa Lubang Hitam itu. Tapi akan ada syaratnya juga.

Cik Pontianak kena pakai rantai ini." Anastasia menunjukkan satu Rantai Tembaga.

"Rantai? Cincin takde ke? Nampak lagi sesuai."

"Cik Pontianak nak atau tidak?"

"Ba... Baiklah. Aku setuju. Mulai dari esok aku akan berubah menjadi Pontianak yang baik."

"Esok? Kenapa bukan sekarang?"

"Sebab sekarang ini aku lapar... Bagi la aku makan seorang budak pun tidak apa."

"Nampaknya Cik Pontianak hanya ingin berubah apabila dalam keadaan memerlukan sahaja, jadi ada kemungkinan Cik Pontianak akan kembali menjadi jahat satu hari nanti. Tiada keikhlasan untuk berubah bakal menyusahkan manusia. Jadi mungkin Cik Pontianak tidak perlu diselamatkan."

"Tolong la cik adik yang cantik. Tolong selamatkan aku. Aku janji, aku akan berubah. Sekarang pun boleh." Pontianak itu merayu untuk diselamatkan memandangkan Lubang Hitam itu semakin laju berputar. Dan daya sedutan juga meningkat.

"Aku berpegangan pada janji Cik Pontianak. Maka pakailah rantai ini, ia pasti mampu menyelamatkan Cik Pontianak. Ingat! Jangan sesekali melakukan kejahatan pada masa hadapan, kerana tiada lagi peluang kedua datang untuk membantu.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now