Bab 30 - ANASTASIA LAWAN GARASI

114 14 0
                                    


Anastasia berdiri disebelah Maya yang telah berubah kembali menjadi Pontianak. Pandangannya beralih ke arah Hantu Garasi yang masih bersembunyi disebalik Kabus Ungu itu.

"Nampaknya telah wujud alat QD yang ketiga." Puteri bersuara sambil melihat kearah Maya.

"Sangkaan aku betul. Alat QD memang ada pada dia."

"Jadi, sebab tu la kau beri dia rantai itu? Tapi yang tadi tu dia berubah menjadi hantu apa?"

"Ya. Hantu Matianak."

"Hantu Matianak? Mati Anak?" Puteri mula pening.

"Bukan Mati Anak. Matianak. Sejenis hantu yang mati sewaktu dalam kandungan. Lebih kurang macam anak Pontianak."

"Oh..." Puteri menganguk paham.

Dari jauh Hantu Garasi memandang dua kelibat perempuan menuju kearah Maya yang telah kembali menjadi Pontianak. Kedua-dua perempuan itu mendekati Maya dan mengeluarkan satu aura berwarna putih seperti asap ke arah Maya dan Bunian. 'Apa mereka berdua buat tu? Siapakah mereka?" soal Garasi didalam hati.

"Puteri, apa kita nak buat dengan Hantu Garasi tu? Hapuskan atau penjarakan?" soal Anastasia.

"Hurm... Entah. Kejahatan dia belum sampai ketahap yang membolehkan kita terus menghukum bunuh dia. Walaupun dia agak jahat dan kuat, namun dia hanya membunuh seorang sahaja manusia setakat ni. Itupun manusia jahat dan kejam. Kita perlu bertindak adil dalam memberikan hukuman." Puteri memandang Hantu Garasi dengan harapan ia akan berakhir dengan selamat.

"Kalau macam tu. Biar Anastasia je yang uruskan dia. Puteri tolong tengok-tengokkan Maya dan Bunian." Anastasia berjalan menghampiri Hantu Garasi selepas menyampaikan pesanan kepada puteri.

"Baiklah. Tiada masalah Anastasia. Tapi, jangan tewaskan Hantu Garasi tu dengan sekali serangan macam apa yang berlaku dekat Bajang tadi ye. Ambil masa untuk memanaskan badan."

Anastasia memandang semula kearah Puteri, "Bukankah Anastasia dah bagitau sebelum ni tentang perinsip sewaktu berlawan."

"Ya. Ya. Buat la apa pun. Tapi hati-hati tau. Hantu Garasi itu bukan calang-calang lawan. Dia handal menggunakan teknik racun."

"Terima kasih atas nasihat itu Puteri, tapi Anastasia juga bukan calang-calang." Anastasia tersenyum sebelum meneruskan langkah ke arah Hantu Garasi. Mata dipejam...


"ENGAGE"


"QD"


Anastasia berubah dan terus menyerang. Dia berlari menuju ke arah Hantu Garasi sambil memutarkan lembing putihnya menggunakan kedua-dua belah tanggannya secara berselang-seli. Hasil dari putaran itu, Kabus Ungu yang berada dihadapan laluannya disedut masuk kedalam satu Lubang Hitam yang agak besar yang berada dihadapan pusaran Lembing Putih itu. Kedua-dua tangannya itu ditujukan kehadapan sambil berlari mendekati Hantu Garasi. Dia berharap dengan satu serangan sahaja dia akan mampu menewaskan Hantu Garasi dihadapannya itu berserta dengan Kabus Ungu yang beracun.

'Apa... Apa yang berlaku ni? Macam mana dia ada kuasa sekuat ini! Arrgg!' Garasi cuba menahan dirinya daripada disedut oleh putaran Lubang Hitam itu. Hampir kesemua Kabus Ungu miliknya telah disedut kedalam Lubang Hitam. 'Ini tidak boleh jadi, aku kena mempertingkatkan lagi tenaga dalaman aku. Oh ya! Mungkin aku juga boleh menjadi seperti mereka...' Hantu Garasi bercakap sendiri sambil menutup mata.


"ENGAGE"


Muncul sebuah alat kayu jati hitam yang serupa seperti dimiliki oleh Anastasia dan Maya pada tangan kiri Hantu Garasi.

"Wow... Alat apa ni? Mungkin aku juga boleh berubah seperti mereka. Harharhar..." Hantu Garasi tertawa melihat alat itu sambil mencuba untuk mencari simbol untuk bertukar seperti yang dilakukan oleh kedua-dua perempuan hantu tadi.


Melihat akan perkara itu, Anastasia dan Puteri terkejut.

"Anastasia... Hapuskan segera Hantu Garasi sebelum dia sempat bertukar!" Puteri menjerit dari arah belakang. Puteri turut memejamkan mata...


"ENGAGE"


Muncul sebuah alat kayu jati pada tangan kiri Puteri...


"QD"


Sebaik sahaja perkataan itu ditekan pada alat itu, seluruh kawasan disekitar Puteri berubah menjadi gelap.

[Dari sebalik kegelapan itu, kelihatan Puteri sedang berdiri dan mula berubah. Selendang merah Puteri bertukar menjadi shawl yang berkelipan dengan warna keemasan, pakaian Puteri berubah menjadi sut perisai dan ditangannya muncul satu kad emas yang tertulis MasterCard.]


Puteri segera berlari menuju kearah Hantu Garasi dan membaca mantera sebelum melemparkan kad emas itu kearah Anastasia. Kad emas itu menembusi badan Anastasia dan meluncur laju ke arah Hantu Garasi.

Hantu Garasi yang sedang mencari simbol QD itu semakin panik selepas menyedari satu lagi perempuan hantu telah berubah. 'Siapa mereka semua ni? Aku kena berubah kalau nak selamat!'


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now