Bab 36 - MEE KOREA

84 9 0
                                    


Pak Pandir berjalan keluar dari dapur kedai sambil membawa beberapa pinggan yang berisi mee berwarna kemerah-merahan. Diserahkan kepada para peserta pertandingan. Mereka meneguk air liur apabila melihat mee merah tersebut.

"Err... Pakcik, apa ni? Mee goreng ke?" soal Asya.

"Kamu tak tahu ke? Kamu tak baca spanduk tu sebelum ikut bertanding?" Pak Pandir menunjuk ke arah sebuah spanduk yang diletakkan dihadapan kedai makannya itu.

"Tak." Jawab Asya ringkas.

"Lain kali kamu kena baca dulu sebelum ikut apa-apa pertandingan. Nanti kalau terjadi sesuatu yang buruk bagaimana?"

"Hehe... Maaf la pakcik. Tak sengaja. Perut tengah lapar." Asya tersenyum.

"Baiklah. Ini bukan mee goreng. Ini dipanggil sebagai Korean Hot and Spicy Ramen Challenge."

"Apa tu?"

"Mee Korea nombor 3 terpedas didunia. Kamu berani makan ke?"

"Mee Korea terpedas? Nak cuba!" Asya semakin bersemangat.

"Hahaha... Baiklah. Semua peserta bersedia. Kamu semua hanya perlu menghabiskan kesemua mee itu tanpa meminum air. Selepas 2 minit, masa akan dihentikan sekejap dan semua peserta turut berhenti makan. 3 minit kemudian masa akan disambung dan semua peserta boleh meneruskan makan. Paham?"

"Paham!" Kesemua peserta menjawab serentak.

"Kejap pakcik." Asya mengangkat tangan kanannya.

"Ada soalan ke?"

"Mee ni halal ke? Sebab Korea tu bukan negara Islam."

"Hahaha... Kamu jangan risau. Semua makanan dikedai pakcik disahkan halal. Ini termasuk juga Mee Korea yang kamu akan makan sebentar lagi."

"Kalau macam tu boleh kita mulakan? Asya dah tak sabar ni."

"Baiklah. Kita mula sekarang!" Laung Pak Pandir.


Kesemua peserta mula makan Mee Korea itu dengan gaya tersendiri. Ada yang gelojo dan ada yang berhemah. Mereka menikmati rasa Mee Korea yang baru mereka kenali untuk pertama kali di Kampung Saka. Rasa yang begitu berbeza. Ada yang rasa sedap dan ada juga yang rasa loya. Namun masing-masing tidak berhenti makan mee itu. Mereka ingin menang dalam pertandingan tersebut.

2 minit kemudian masa dihentikan. Kesemua peserta berhenti makan. Ada yang tengah menahan rasa pedas dan ada juga yang tidak merasa sebarang rasa pedas. Rasa pedas mula bersarang dalam mulut para peserta ketika masa dihentikan.

"Arrgg! Pedas... Air..." Suara salah seorang peserta kedengaran sambil memegang lehernya.

"Anda mengaku kalah? Kalau ya, ambillah air ini." Pak Pandir menyerahkan segelas air mineral kepada peserta lelaki itu.

Tanpa menjawab pertanyaan Pak Pandir itu, peserta lelaki itu terus mengambil dan meminum air dari gelas yang diberi. "Air apakah ini? Makin pedas jadinya!" Peserta lelaki itu berhenti minum air yang dikatakan pedas itu.

"Hahaha... Itu cuma air mineral biasa, bukannya air pedas. Cuma, kamu kena paham, apabila kamu makan sesuatu makanan pedas lebih baik kamu minum susu daripada air mineral."

"Susu? Aku benci susu! Dah la. Aku nak blah dari sini." Peserta lelaki itu berjalan meninggalkan kawasan kedai makan Pak Pandir. Dia mengaku kalah juga akhirnya.

"Ada apa dengan susu?" soal Asya kepada Pak Pandir.

"Untuk pengetahuan kamu anak muda, susu atau yogurt boleh mengurangkan rasa pedas."

"Hah? Asya tak paham..."

"Takpe. Bila kamu sudah besar nanti kamu paham juga."

"Kenapa nak tunggu bila dah besar? Budak kecil comel tak boleh nak tau ke benda macam tu?"

"Hahaha... Baiklah masa bersambung. Semua peserta boleh sambung makan." Pak Pandir hanya tersenyum memandang Asya dan para peserta yang lain. Dia sebenarnya malas nak menerangkan sesuatu yang budak kecil kurang paham.

Namun dia sebenarnya silap. Budak-budak perlu diajar dari kecil lagi hal berkaitan dunia dengan cara yang betul dan teratur. Mereka bukan sahaja perlu belajar hal berkaitaan pelajaran sekolah, tetapi juga hal berkaitaan kehidupan dan alam sekitar. Ini termasuk sains dan manusia.


Selepas beberapa minit berlalu, seorang demi seorang peserta pertandingan itu berputus asa dan meminum air yang disediakan oleh Pak Pandir. Mereka tidak dapat lagi meneruskan memakan Mee Korea yang tersangat pedas itu. Rata-rata dari mereka mengalirkan air mata sewaktu memakan mee itu. Asya juga tidak terkecuali dari mengalirkan air mata. Namun Asya masih belum berputus asa.

"Tinggal 2 lagi peserta yang masih bertahan. Siapakah yang akan menang?" Ujar Pak Pandir.

"Asya! Asya! Jangan putus asa! Asya boleh, Asya kuat!" Sorakan daripada Mei Mei, Ying, Dela, Zura dan Ayu jelas kedengaran dari tempat penonton. Mereka tersenyum bangga melihat keberanian Asya. Umur bukan penghalang untuk berjaya. Jangan sesekali berputus asa. Buktikan pada mereka. Siapa Asya Budak Kampung Saka!


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now