Bab 14 - NENEK TUA

174 19 0
                                    


Kereta Proton Saga hijau milik Armuni itu keluar dari kawasan Pantai Teluk Saka. Dengan penuh berhati-hati Armuni cuba membawa anak-anaknya meninggalkan tempat yang menimbulkan rasa tidak sedap hatinya itu. Dia yakin ada sesuatu yang berada di kawasan itu yang cuba untuk menganggu mereka sekeluarga.

Dari dalam kereta, Asya dapat melihat dua susuk tubuh yang agak kabur dari pandangan matanya. Dia cuba mengosok-gosok matanya untuk melihat bayangan itu, namun tetap gagal. Bayangan itu serupa seperti apa yang dia nampak di sekolah. Bayangan kabur itu melambai ke arah Asya sebelum kereta Proton Saga itu menghilang dari kawasan pantai. Asya terus menutup matanya kerana mula mabuk kenderaan lagi. Asya terus tertidur kepenatan.


*****


Di pantai itu ada dua kelibat manusia, satu lelaki dan satu perempuan. Mereka memandang kereta Proton Saga itu meninggalkan kawasan Pantai Teluk Saka dengan tergesa-gesa. Dari tingkap kereta itu, ada seorang budak perempuan memandang ke arah mereka berdua. Kelibat perempuan itu tersenyum melihat budak perempuan itu dan melambai kearahnya.

"Selamat tinggal Budak Saka!"

"Apa kau pasti ini yang terbaik untuk mereka?" soal kelibat lelaki.

Kelibat perempuan itu tersenyum. "Jangan kau risau pasal hal itu. Tugas kita cuma perlu melindungi mereka apabila diperlukan."

"Tapi mereka masih budak mentah lagi. Mereka belum bersedia."

"Disebabkan mereka masih budak la mereka memerlukan kita. Mereka masih di ibaratkan sebagai kain putih yang bersih. Kita tidak boleh biarkan mereka sesat tanpa petunjuk. Kita kena bantu mereka sejak dari kecil lagi. Apabila mereka sudah meningkat dewasa, agak sukar untuk mereka menerima apa yang kita cuba sampaikan."

"Tapi itukan tugas seorang guru disekolah? Tugas asal kita kan hanya untuk membantu dan melindungi mereka apabila umur mereka mencecah 23 tahun seperti yang dirancang sejak dahulu lagi. Kenapa kita kena ada untuk mereka sekarang?"

"Apa yang terjadi hari ini adalah sebab kenapa kita harus ada bersama mereka." Kata kelibat perempuan itu lagi.

Seorang perempuan tua muncul dari dasar pantai menuju ke arah kelibat berdua itu.

"Hahaha... Jadi Kucing Putih tadi tu adalah kau rupanya! Patutlah aku dapat hidu sesuatu yang busuk berdekatan dengan mangsa aku tadi. Sekarang kamu berdua kena berikan aku penjelasan kenapa aku tidak patut hapuskan sahaja kamu berdua?" Perempuan tua itu berjalan menuju kearah dua kelibat tadi.

"Siapa perempuan tua tu?" soal kelibat lelaki.

"Entah. Tapi agaknya rumah dia tiada cermin kot? Dia yang berbau busuk macam bangkai, ada hati pula nak samakan kita ni."

"Tapi dia nampak macam kuat je."

"Jangan risau. Perempuan tua itu tidak akan dapat mengalahkan kita berdua. Tambahan pula, Smoker dan Sniker ada berdekatan pantai ini."

"Hei! Apa kamu berdua berbisik-bisik haah? Tengah bincangkan pasal wasiat terakhir ke?" soal perempuan tua itu.

"Apa nenek cakap ni? Kami sibuk la sekarang. Boleh kami minta diri dulu?" Kata kelibat perempuan itu sambil tersenyum.

"Selamat tinggal nenek." Kelibat lelaki dan perempuan itu melambai ke arah perempuan tua itu.

'Diorang ni memang nak kena!' Perempuan tua itu mula hilang sabar. "Rasakan! Hikmat Tongkat Kayu Hitam! Hiyaah!"

Perempuan tua itu melemparkan Tongkat Hitam miliknya itu ke atas. Tongkat itu mengeluarkan bau yang sangat busuk sambil berpusing-pusing sebelum terbang ke arah kelibat lelaki dan perempuan tadi.

"Cairel hati-hati!" Kelibat perempuan itu menolak tubuh lelaki itu. Serangan tongkat perempuan tua itu dapat dielak. "Apa kau buat ni Caira? Fokus sikit boleh?"

"Te... Terima kasih Anastasia sebab selamatkan aku." Cairel tersipu-sipu malu.

"Serangan seterusnya sedang menghala ke arah kita Cairel. Cuba cari jalan untuk meninggalkan tempat ini."

"Aik? Tadi kata kita dapat kalahkan perempuan tua itu. Tapi kenapa sekarang nak kena cari jalan tinggalkan tempat ni? Kita nak larikan diri dari perlawanan ni ke? Kuat sangat ke nenek tua tu? Kalau kita bergabung tenaga pun tewas juga ke?" soal Cairel sambil cuba mengelak serangan Tongkat Hitam perempuan tua itu.

"Jangan tanya banyak sangat soalan boleh? Pening la..." Anastasia memicit-micit kepalanya yang terasa pening. "Buat je apa aku suruh tu. Aku cuba lengahkan dia."

Anastasia mengeluarkan senjata berbentuk pedang sebelum melontarnya ke arah perempuan tua itu. Pedang itu bergerak laju membelah angin lalu di tepi muka perempuan tua itu.

"Hahaha... Itu sahaja kemampuan kau? Ingatkan orang muda sekarang ni kuat-kuat, rupanya itu semua hanya khabar angin." Perempuan tua itu tertawa riang.

"Jangan kau pandang aku sebelah mata wahai nenek yang berbau seperti bangkai!" Bentak Anastasia.

"Kenapa akak bercakap kurang ajar sampai macam tu dengan nenek tua? Tak baik tau... " Suara seorang budak perempuan kedengaran.

"Asya? Budak Saka? Macam mana kau boleh bercakap dengan aku?" Anastasia keliru.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now