Bab 40 - CITA-CITA

80 10 0
                                    


Kring! Kring! Kring!

"Semua berdiri... Selamat Pagi Cikgu!" Kata ketua kelas 5-A.

"Selamat Pagi Cikgu cantik!" Bergema dengan suara budak kelas 5-A.

"Hehe... Malu pula cikgu. Baiklah semua boleh duduk." Kata Armuni.

"Cikgu Muni, hari ni kita nak belajar apa?" soal Ying.

"Hari ni cikgu nak kamu buat sesuatu yang lain dari biasa."

"Nak buat apa cikgu? Nak bermain permainan ke?"

"Bukan. Hari ni cikgu nak kamu menulis tentang cita-cita kamu."

"Cita-cita? Bukan masa darjah 3 dulu dah pernah tulis ke? Nak buat lagi ke? Macam tak best je."

"Menulis cita-cita amat menyeronokkan tau. Kamu bukan sahaja ada hala tuju, kamu juga tahu apa yang perlu kamu lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut. Disamping itu juga, kamu dapat tahu minat dan tujuan kamu belajar. Belajar bukan kerana terpaksa atau suka-suka, belajar kerana kamu ingin mencapai cita-cita dan impian kamu pada masa hadapan. Paham?"

"Kurang paham cikgu..." Sebilangan besar pelajar kelas 5-A bersuara.

"Hurm... Begini. Cikgu nak kamu tulis dulu apa cita-cita yang kamu minat dan nak jadikan ia satu kenyataan pada masa hadapan. Kamu boleh tulis dengan cara apa sekalipun termasuklah melukis."

"Melukis?"

"Ya. Kamu juga boleh melukis cita-cita kamu. Yang penting cikgu paham."

"Baik cikgu!"


Diberi masa selama 30 minit untuk murid-murid 5-A untuk menulis dan melukis cita-cita mereka.

"Cikgu nak tambah sedikit ya. Kamu juga perlu sertakan sekali sebab dan kenapa kamu memilih cita-cita itu." Pesan Armuni kepada pelajar kelasnya.


30 minit berlalu,

Setiap murid dikehendaki menghantar kertas yang bertulis 'cita-cita saya' kepada Cikgu Armuni. Cikgu Armuni mengambil masa selama 20 minit untuk selesai membaca kesemua kertas itu.

"Baiklah sekarang cikgu sudah paham. Kebanyakan kamu masih keliru dan tidak tahu apa cita-cita kamu. Cikgu tahu, memilih sesuatu cita-cita itu tidak semudah yang difikirkan. Ada antara kamu ingin menjadi doktor ataupun polis, tapi kamu tidak berapa paham akan tugas dan tanggungjawab mereka. Balik dari sekolah nanti, cikgu nak kamu buat kajian tentang cita-cita kamu."

"Kajian?"

"Ya kajian. Kamu cuba cari melalui buku, Internet ataupun apa cara sekalipun. Mengkaji."

"Baik Cikgu Armuni."


*****


Didalam bilik Asya tepat pukul 11 malam, kelihatan Asya sedang membaca sebuah buku sambil meniarap diatas katilnya. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya ketika itu. 

'Cita-cita Asya nak jadi apa eh? Nak jadi jutawan ke nak jadi dermawan? Nak jadi pelukis komik pun nampak menarik! Ataupun penjaga keamanan...' Asya berbisik-bisik didalam hati sambil membaca buku berilustrasi berkaitan alam pekerjaan. 'Kalau polis, guru dan doktor tu semua biasa sangat. Tak menarik. Tapi, siapa nak jadi tukang sapu sampah kalau semua orang nak kerja yang bergaji besar je? Mungkin... Asya kot? Tapi kenapa ibu suruh kami buat kajian tentang cita-cita? Tugas dan tanggungjawab tu kan hal orang dewasa, budak-budak perlu tahu ke? Tak paham betul Asya...'

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now