Bab 41 - INTERNET

84 11 0
                                    


Dirumah Asya selepas habis sekolah,

"Ibu... Betul ke rumah kita dah ada Internet? Mana Internet tu?" soal Asya sambil matanya melilau melihat di sekitar rumahnya mencari kelibat atau benda bernama Internet itu.

"Hurm... Asya. Kamu tahu ke apa itu Internet?" soal Armuni pula.

"Entah. Tapi dekat sekolah kan ada Internet juga. Dalam komputer."

"Hahaha... Dalam komputer ya? Cari la, dah jumpa nanti ibu bagi hadiah."

"Wah! Hadiah apa tu ibu? Duit atau komik?"

"Hish kamu ni Asya. Tak habis-habis dengan komik je. Ibu nak bagi hadiah lain dari yang lain. Tapi syaratnya kamu kena cari Internet tu dulu. Boleh?"

"Baiklah ibu. Asya cari Internet tu sekarang juga."


Maka bermula la pencarian Internet oleh Asya didalam rumah mereka. Asya berjalan mendekati komputer yang terletak diruang tamu itu. Sebuah komputer berbentuk petak putih yang tebal seperti mesin ketuhar gelombang micro (komputer model lama) dihidupkan. Asya duduk dihadapan komputer itu sambil menunggu Windows XP siap loading. Hampir 10 minit kemudian, Asya mengerakkan tetikus (mouse) dan menekan perkataan/simbol 'e' berwarna biru yang ada di bawah logo My Computer. Logo 'e' ditekan lalu mengeluarkan satu page bertulis 'You're not connected to a network'.

'Ini ke Internet tu? Lain macam je rupa dia.' soal Asya didalam hati. Oleh kerana tidak berapa yakin, Asya memanggil ibunya. "Ibu... Asya dah jumpa Internet. Tapi apa bendanya ni?"

Armuni yang sedang mengemas dapur segera berjalan ke ruang tamu mendapatkan anaknya.

"Sudah kamu jumpa Internet tu?"

"Ini kan Internet tu ibu?" Asya menunjuk kearah paparan yang tertulis Internet Explorer (IE).

"Hahaha... Itu bukan Intenert lah sayang." Armuni tertawa melihat Internet yang ditunjukkan oleh Asya itu sebenarnya pelayar web (web browser).

"Tapi ibu... Ada tulis Internet. Bukan eh?"

"Asya... Itu Internet Explorer. Salah satu jenis pelayar web."

"Pelayar web? Apa tu ibu?"

"Pelayar web tu... Apa eh? Hurm... macam enjin kereta, tapi untuk komputer. Enjin carian."

"Oh... Jadi itu bukan Internet la ya? Habis tu mana Internet tu?"

"Internet tu kamu tidak boleh nampak."

"Hurm... Asya tak paham la apa ibu cakap ni. Bagi penyelesaian mudah boleh tak ibu. Asya masih kecil dan banyak benda kena belajar ni. Bila Asya dah besar nanti, Asya pula yang akan ajar orang lain."


Selepas beberapa minit Armuni mengajar Asya akan perihal Internet, pelayar web, komputer dan hal-hal yang berkaitaan maka bermula lah sekali lagi perjalanan pertama Asya dalam 'Dunia Siber' (Cyber World). Sambil dibantu oleh ibunya Armuni, Asya mula mengenali satu persatu apa yang ada dan perlu dia lakukan. Ini termasuklah juga apa yang tidak sepatutnya dia lakukan sewaktu berada di 'Dunia Siber' itu seperti memasuki laman web yang tidak dibenarkan dan bermacam-macam lagi.

"Ibu... Apa itu Facebook dan YouTube? Beberapa hari lepas masa Ying dan lain-lain datang makan Mee Korea kat rumah kita diorang ada cakap nak rakam video dan masukkan kedalam YouTube. Lepas tu ada juga Ying bercerita pasal kawan Facebook dia yang semakin ramai. Apa semua tu ibu? Ada kaitan dengan Internet juga kan?"

"Facebook dan YouTube? Kamu nak buat account juga ke?"

"Account? Apa tu?"

"Account tu macam account bank."

"Asya tak paham la ibu..."

"Kejap ya." Armuni membuka pelayar web Google Chrome lalu menaip Google, Facebook dan YouTube. 3 laman web itu dibuka serentak. "Sebelum kamu nak tambah kawan di Facebook atau memuat naik video di YouTube, kamu kena ada account Google. Mari ibu tolong kamu buat memandangkan kamu belum cukup umur. Kamu nak letak nama apa?"

"Belum cukup umur? Asya kan muda dan comel lagi, hahaha..." Asya ketawa sebentar sebelum menyambung semula bicaranya, "Ibu letak nama penuh Asya je la. Senang Asya nak ingat nanti." Armuni menaip semua maklumat yang diperlukan untuk membuat account Google. Umur diletakkan pada tahun yang berbeza kerana umur Asya sekarang tidak melayakkan dia mempunyai account sendiri. Selesai membuat account Google, Armuni meneruskan lagi dengan membuat account Facebook dan diikuti pula dengan account YouTube. Selesai mengaktifkan semua account itu menggunakan Varification Code yang dihantar ke telefon pintarnya, process itu kini selesai.


"Sekarang kamu boleh mula berkawan dengan orang lain di 'Dunia Siber'. Tapi ingat ya Asya, JANGAN buka website yang tidak elok. Ibu boleh tau apa yang kamu buat." Armuni memberi AMARAN sebelum meninggalkan Asya sendirian di hadapan komputer itu.

"Baik ibu." Asya mula menaip pelbagai perkara yang ingin diketahuinya menerusi Google. Dia juga mula memasukkan pelbagai informasi kedalam account Facebooknya. Nama yang mudah dan unik untuk diingati iaitu 'Asya Arshiya Allynna' sempena nama penuhnya ditulis pada ruangan nama pada Facebooknya.

Jika ada kawan-kawan Asya yang ingin menambah sebagai rakan Facebook, mereka mungkin akan mengenalinya dengan mudah. Asya turut memuat naik (upload) video yang dirakam olehnya beberapa hari lepas kedalam channel YouTube miliknya yang turut diberi nama 'Asya Arshiya Allynna'.

Video pendek yang memaparkan Mee Korea yang berwarna merah itu dirakam atas desakan Ayu.

Oleh kerana Asya dan Ayu malu untuk menunjukkan muka mereka di dalam video, maka terhasillah video Mee Korea didalam sebuah pinggan dialaskan dengan surat khabar. Asya tersenyum sendiri sambil melayari internet. Dan... Melalui internet juga hidup Asya mula berubah sedikit demi sedikit.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now