Bab 48 - HADIAH DARI PENDAMPING

76 10 0
                                    


"Ok. Hadiah seterusnya dari Ayu dan kak Anis. Agaknya ada apa didalam bungkusan pink ni?"

Asya membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan. "Keychain dan komik Magis Manis Coklat?"

"Keychain tu Ayu yang beli. Nama karakter tu Mia." Kata Ayu sambil menunjuk kearah keychain perempuan berwarna ungu berambut pendek aras bahu sambil memakai rantai berkepala kucing.

"Dan yang komik Magis Manis Coklat tu hadiah akak. Cuma koleksi tu tak cukup lagi, akak Cuma dapat beli 4 dari 10 siri komik Magis Manis Coklat. Maafkan akak ya, sebab tak cukup duit nak beli semua."

"Tak mengapa kak Anis. Asya bersyukur sangat dapat hadiah dari akak. Kalau tak cukup nanti Asya boleh beli lagi untuk cukupkan. Terima kasih ya ibu, Ayu dan kak Anis untuk hadiah yang istimewa ini." Asya mengalirkan air mata. Kegembiraan yang dirasa ketika itu lebih bernilai daripada harga hadiah yang diterimanya. Dia sangat teruja dengan pengorbanan ahli keluarganya dan kawan-kawannya kerana sanggup bersusah payah membelikan hadiah yang cukup bermakna buatnya.


"Yang dua bungkus tu hadiah dari siapa Asya?" soal Zura.

Asya mengelap air matanya yang turun membasahi pipinya yang comel. "Oh yang tu ke? Itu hadiah dari kak Anastasia dan kawan Instagram pertama Asya."

"Siapa kak Anastasia tu? Kawan Instagram pertama?"

"Kak Anastasia tu Pendamping Asya. Kawan Instagram pertama tu kawan Instagram Asya lah, dalam Dunia Siber."

"Pendamping?" Armuni terkejut mendengar pengakuan anaknya itu.

"Ya ibu. Kak Anastasia cakap dia Pendamping Asya." Kata Asya sambil memegang 2 bungkusan yang masih dibungkus dengan pembalut kertas.


"Asya cuba lah buka hadiah tu. Kitorang pun nak tengok juga." Gesa Ying tidak sabar.

"Baiklah. Asya buka ya. Ni hadiah dari kak Anastasia. "Asya membaca nota yang tertulis pada bungkusan itu 'Exclusively For You, Books Kunokuniya for you'. Bungkusan berwarna merah bercorak haiwan seperti burung, kucing, buaya dan lain2. Didalam kad itu tertulis 'Horror book for Asya From Anastasia.' Sebuah buku bertajuk 'Fragments of Horror by Junji Ito' dikeluarkan dari bungkusan.

"Wow buku tebal lagi ke Asya?" soal Anis.

"Rasanya ya. Kak Anis tengok ni. Kulit keras macam komik Mat Gempak tu." Asya mengetuk kulit buku Fragments of Horror itu yang ternyata sangat keras.

"Asya bagi ibu pinjam buku tu sekejap." Kata Armuni.

"Kenapa ibu?"

"Ibu nak tengok harga buku tu."

"ok." Asya menghulurkan buku Fragments of Horror itu kepada Armuni. Armuni meneliti buku itu luar dan dalam. Ternyata buku itu bukan calang-calang. Ia mengandungi Komik Seram yang tidak berapa sesuai untuk budak kecil seusia Asya. Buku itu juga mempunyai kualiti yang sangat bagus. Disebabkan itulah harga buku itu juga agak mahal mengikut pertukaran matawang USD ke MYR. Selesai mengkaji buku itu, Armuni memulangkan semula kepada Asya. Dia tiada hak untuk merampas buku yang kelihatan agak keterlaluan itu daripada Asya. Dia Cuma berharap yang Asya tidak akan mudah terpengaruh dengan apa yang disampaikan didalam komik itu.

"Ok bungkusan seterusnya pula datangnya dari kawan Instagram Asya yang pertama." Satu bungkusan yang agak pelik bagi Asya. Dibungkus dengan Bungkusan hitam bercorak sejarawan mempunyai tulisan cina, arab dan bahasa lain. Pada kad itu tertulis 'Happy Birthday Asya–From Asyrafie'. "Nak tau tak apa dalam bungkusan ni? Buku Cerita & Cinta. Penulis buku tu Irine Nadia. Bukan novel atau komik tapi coretan kehidupan. Buku kecik je. Nampak comel.

"Asya minat buku macam tu ke?" soal Mei Mei.

"Entah. Tapi Asya nak cuba baca dulu. Mungkin menarik. Kalau tak, takkan kawan Instagram Asya nak bagi buku ni kan. Mungkin ini langkah pertama Asya untuk membaca buku selain Komik Seram."


Pada petang itu mereka semua menikmati keseronokan berkumpul bersama kawan dan keluarga yang sentiasa ada menyokong dikala susah dan senang. Itu satu anugerah terhebat yang tidak terbayang.

Satu peristiwa yang perlu dikongsi dan dikekalkan walau sejauh mana masa bakal mengubah kehidupan seseorang. Bak kata Asya, 'Hidup ini mudah je. Yang penting kita tahu menghargai orang-orang dan makhluk yang ada sewaktu kita gembira, sedih, marah, dan lain-lain.' Ya, hidup ini mudah. Cuma kita yang selalu menyusahkan hidup kita dengan sengaja atau tidak sengaja. Hargailah masa hidup didunia ini


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now