Bab 21 - LILY DAN AZMAN

127 15 1
                                    


Kampung Saka banyak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak mampu diterima akal. Bukan sesuatu yang mengarut atau tahyul tetapi ia satu kebenaran yang dinafikan oleh kebanyakan masyarakat Malaysia. Apa yang dilihat di kaca TV tidak mampu mengambarkan sebuah penulisan kreatif. Sebuah perubahan yang melibatkan Ilmu Sains dan Ilmu Hitam. Satu perubahan Mutasi!

Transformasi Saka itu Indah~~~

Bersiap sedia untuk menyaksikan teknologi Kampung Saka yang penuh Misteri dan jauh lebih hebat dari kekuatan senjata api barat, wahai Manusia Bertuah! Imaginasi adalah sumber utama kuasa yang penuh dengan sains dan Mistik. Sebuah perubahan yang telah dilupakan sejak bertahun-tahun. Ia penuh mempersona dan mendebarkan. Budak Kampung Saka turut melibatkan anda secara tidak sengaja.


*****


Disebuah rumah banglo dua tingkat, kelihatan Lily sedang menonton rancangan memasak Ketuk-Ketuk Ramadan bersama dengan pengacara tempatan Sheila Rusly dan tetamu jemputan Amyra Rosli.

'Rancangan memasak paling panas di Malaysia ketuk-ketuk Ramadan ini dibawa oleh Saji,
sentuhan keajaiban.'

"Hari ini bersama kita ialah seorang pelakon, pengacara dan yang terkini penyanyi, Amyra Rosli."

"Sis buat ape kat sini?"

"Janganlah buat tak tau. Macamlah tak pernah dengar program sis yang meletop ni."

"Oh, Ketuk-Ketuk Ramadan..."

"So, hari ni nak masak apa?"

"Hari ni Amyra nak masak ayam coklat."

"Ayam coklat? Kalau macam tu... Sis nak masak special sikit. Popiah Pisang."


Tok! Tok! Tok! 

Pintu rumah diketuk seseorang dari luar.

"Assalamualaikum." Seorang lelaki memberi salam.

Lily segera bangun dari sofa dan membuka pintu. "Waalaikumsalam, Abang Azman." Jawab Lily.

"Maaflah abang lambat. Tadi singgah sekejap dekat warung Pak Munawir nak beli bakso untuk makan malam nanti."

"Oh yeke? Ingatkan abang balik lewat malam."

"Ada apa-apa yang berlaku ke kat rumah sewaktu abang tiada?"

"Takde."

"Kalau macam tu... Abang nak masuk bilik dulu ya, nak berehat kejap. Nanti malam kita makan sama-sama ye."

"Baik abang."

Azman berlalu meninggalkan Lily seorang diri di ruang tamu itu.

Lily berjalan mundar mandir di ruang tamu rumah sambil berfikir, 'Apa aku nak buat ni? Nak bagi tahu abang Azman ke tidak pasal hal Puan Armuni tu? Tapi... Tempat tu bahaya, lagipun hari dah nak malam.' Lily berjalan ke arah tingkap sambil memandang ke arah hutan berdekatan rumanhnya sambil terus berfikir, 'Tapi kesian pula kalau dibiarkan je diorang kat sana. Anak-anak Puan Armuni pun mungkin tengah rasa takut sekarang ni. Lily tak patut pentingkan diri sendiri sahaja. Kerana ingin melihat abang Azman dan Lily selamat, sanggupkah Lily melihat orang lain susah. Huh...' Lily mengeluh panjang.

Lily berjalan ke arah bilik Azman. Pintu diketuk dan nama Azman dipanggil.

"Abang Azman... Abang tidur ke? Lily nak cakapa sesuatu boleh?"

"Masuklah. Abang tengah kira duit ni." Jawab Azman dari dalam biliknya.


*****


Didalam bilik, Azman sedang leka mengira duit yang dikumpulnya selama setahun bekerja di bengkel arwah ayahnya itu. Diatas katil dipenuhi dengan duit kertas dan duit syiling yang agak bertarabur. Azman duduk di penjuru katil sambil mengira duit-duit itu.

'Banyak pula duit ni. Nak simpan ke nak pakai untuk beli motor baru?'

Pintu bilik diketuk. 

Tok! Tok! Tok!

"Abang azman... Abang tidur ke? Lily nak cakap sesuatu boleh?" Suara Lily bercakap dari luar.

"Masukkan... Abang tengah kira duit ni." Balas Azman.

Pintu bilik itu dibuka oleh Lily. Lily memasuki bilik itu lalu menuju ke arah katil abangnya itu apabila ternampak banyak duit.

"Duit siapa ni bang? Banyaknya..." Ujar Lily.

"Ini duit abang la. Kenapa? Tak percaya?" Azman bercakap sambil mengenyit mata.

"Mana abang dapat duit banyak ni? Abang pinjam dari Along (orang jahat) ke?" soal Lily.

"Apa kamu cakap ni Lily! Tak baik tau pinjam dari along. Nanti tangan kita kena potong tau." Azman menetak tangan kirinya menggunakan tangan kanan.

"Abang... Jangan buat macam tu. Huhu..." Lily memegang tangan kanan Azman dari terus melakukan aksi ganas itu.

"Kenapa Lily? Kamu risaukan abang ke?"

"Mestilah. Abang je ahli keluarga Lily yang masih hidup. Lily tak nak kehilangan abang, ataupun tangan abang yang selalu buli Lily tu."

"Lily sayang abang ke?"

"Of course. Mestilah Lily sayang!" Muka Lily bertukar merah tiba-tiba.

"Ololo... Bagusnya adik abang ni." Azman membelai kepala Lily.

"Jangan la belai kepala Lily. Lily bukan budak lagi."

"Ok la. Hehe..." Azman ketawa. "Oh ye, kamu datang bilik abang ni kenapa?"

"Hurm... sebenarnya... Lily tak tau macam mana nak cakap."

"Nak cakap apa? Berita baik ke berita buruk?"

"Ni pasal Puan Armuni"

"Puan Armuni? Ibu Anis ke? Apa dah jadi kat dia? Ada perkara buruk terjadi ke?"

"Eh? Sabar bang. Bawa bersabar ye. Abang Azman kenal anak Puan Armuni ke?"

"Mestilah kenal. Dia kan kakak kepada Asya dan Ayu. Waktu diorang kecil abang yang jaga."

"Oh... Abang jadi babysitter ke? Sebenarnya... Kereta diorang ada dekat kebun Pak Adam."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now