Bab Tambahan - SERIKANDI SAKA

100 10 0
                                    


Apakah yang dikatakan sebagai Serikandi? Menurut kamus Bahasa Malaysia, Serikandi adalah seorang pahlawan perempuan yang melawan kejahatan. Serikandi juga merujuk kepada seorang perempuan yang bertindak berani mempertahankan kebaikan. Ada juga yang menceritakan bahawa Serikandi itu adalah seorang perempuan berkuasa ajaib dan bertindak melindungi manusia.

Setiap definisi mempunyai persamaan iaitu Serikandi adalah seorang perempuan. Perempuan bukan makhluk yang lemah. Mereka sebenarnya lebih kuat berbanding dengan lelaki yang penuh dengan ego. Tidak dinafikan bahawa lelaki mempunyai kekuatan yang kadang-kala melebihi perempuan. Tapi ingat! Perempuan mampu menahan satu kesakitan yang sangat hebat dan mengagumkan. Iaitu sewaktu melahirkan anak. Proses yang sangat sukar dan membawa kepada perkembangan masyarakat dunia. Oleh itu, mereka yang bergelar ibu perlu dihormati dan dihargai.

Bercakap soal perempuan, kenapa Serikandi Saka adalah antara Serikandi yang terkuat di Malaysia.

Mungkin ini kerana Serikandi Saka adalah antara Serikandi yang terawal ada di Tanah Melayu. Kita sering mendengar cerita mengenai Hang Tuah dan sahabatnya di Melaka, Mat Salleh di Sabah, Rentap di Sarawak, Mat Kilau di Pahang dan beberapa lagi pahlawan yang gagah berani di negeri-negeri seluruh Tanah Melayu yang kini dikenali dengan nama Malaysia. 'Semangatseorang Pahlawan menentang penjajah!'

Kenapa kebanyakannya adalah lelaki? Mana perginya perempuan?

Serikandi Saka pada asalnya bukan berasal dari Kampung Saka. Sama seperti perempuan Korea yang bertindak sebagai Penghulu Kampung Saka, Serikandi Saka juga adalah pengembara. Sewaktu berlaku penjajahan di Tanah Melayu, mereka turut menentang para penjajah yang cuba merampas Tanah Melayu dan mereka juga mempertahankan penduduk di sesebuah tempat yang tidak terdaya untuk mempertahankan diri mereka sendiri. Mereka bukan lemah, cuma mereka terlalu takut pada ketika itu.

Namun, berita tentang mereka tidak pernah diketahui ramai. Mereka sering menghilangkan diri selepas selesai melakukan apa yang perlu mereka pertahankan.

Selepas sekian lama, akhirnya mereka turut dilupakan oleh mereka yang pernah dibantu dan diselamatkan. Namun pengorbanan mereka tidak pernah sia-sia. Mereka tetap berbakti pada negara yang mereka sayangi.

Pada masa kini, Serikandi Saka lebih kepada Mitos semata-mata. Kepercayaan orang kepada kewujudan mereka semakin hilang ditelan zaman. Namun itu tidak mematahkan semangat generasi baru Serikandi Saka. Mereka terus berjuang dalam diam. Menanti masa yang sesuai untuk muncul semula.

Sesiapa pun boleh menjadi seorang Serikandi Saka. Asalkan niat betul dan cukup bersedia fizikal dan mental. Siapa kata Serikandi Saka tidak ada di 'Dunia Siber'! Tengok sahaja berapa ramai 'Keyboard Warrior' yang muncul kini. Mungkin ada antara mereka itu adalah Serikandi Saka yang sedang bertugas~~~


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now