[SEDUTAN AKAN DATANG]

115 8 0
                                    


Sewaktu tertidur pada malam itu, Asya termimpi sesuatu yang agak pelik. Mimpi Saka?

Bayangan seorang lelaki berkulit hitam gelap sedang mengintai rumah Pak Talib ketua Kampung Saka. Dalam kesamaran malam itu, hampir kesemua penduduk Kampung Saka sedang berehat dan tertidur dibuai mimpi indah atau ngeri tiada siapa dapat pastikan. Lelaki berkulit hitam gelap itu berjalan semakin hampir ke tepi tingkap rumah mangsanya itu. Langkah dibuka dan telah bersedia untuk melakukan perkara yang dilarang atas tujuan memenuhi kehendak jahat yang berlandaskan nafsu dan kuasa.

Asya berdiri memerhatikan lelaki itu dari jauh. Kehadirannya tidak disedarinya oleh lelaki itu.

Jauh di sudut yang lain kelihatan beberapa bayangan perempuan yang turut memandang kearah lelaki berkulit hitam gelap itu. Mereka seperti tengah menunggu masa yang sesuai untuk berbuat sesuatu.

Awan menutupi bulan pada malam itu. Angin kuat bertiup dan hujan mula turun rintik-rintik.

Dengan langkah yang tidak bermaya dan agak lemah, seorang lelaki. Tidak! Empat atau enam lagi lelaki dan perempuan yang berpakaian terkoyak sedang menghampiri rumah Pak Talib itu. Keadaan mereka agak pelik dan menakutkan pada waktu yang sama.

Mata Asya terpandang sesuatu lagi yang muncul dari sebalik pokok di sebelah tempat dia berdiri.

Kelihatan seperti... Perempuan bertelekung putih diikat kepalanya sedang menuju ke arah yang sama.

Bukan itu sahaja, ada juga kepala? Seperti... Kepala manusia? Ya kepala manusia yang berterbangan menuju ke arah rumah Pak Talib. Apa maksud semua ni? Malapetaka atau...?

Siapa mampu menjelaskan semua ini? Siapa boleh tolong Asya dan penduduk Kampung Saka?

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now