Bab 3 - MISTERI PAGI

333 27 1
                                    

Kampung Saka walaupun nampak sama seperti kebanyakan kampung di Malaysia, ia tetap berbeza. Setiap tempat ada sesuatu dan Kampung Saka tidak terkecuali. Ada apa? Ada Manusia Hantu. Paham?

Jangan percaya pada suara Misteri~~~

Buka mata dan minda anda wahai Manusia Bertuah! Antara percaya atau tidak, kita diberikan pilihan. Hidup ini bukan sebuah permainan. Andai tersilap, kita tidak akan mampu 'RESTART' semula kehidupan.


*****


Kok! Kok! Kok! Kok!

Bunyi ayam berkokok kedengaran memecah kesunyian pagi itu. Matahari mula terbit dari langit menandakan satu hari baru bakal bermula. Orang ramai mula bangun untuk menjalankan tanggungjawab masng-masing.

"Asya... bangun nak! Anis... bangun nak! Ayu... bangun nak!" Kedengaran suara seorang perempuan dalam pertengahan umur memanggil nama anak-anak gadisnya. Perempuan itu berada di dapur sambil memasak pelbagai jenis kuih dan lauk untuk dijadikan sarapan dan bekal untuk anak-anaknya. 'Dah bangun ke diorang ni?' Perempuan itu melihat-lihat ke arah bilik tidur anak-anaknya itu.

Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat seorang budak perempuan keluar dari bilik tidur menuju ke arah bilik mandi. Kemudian diikuti pula oleh kelibat seorang budak perempuan yang berbadan lebih kecil menuju ke arah bilik mandi.

"Siapa di dalam bilik mandi ni? Ayu nak buang air ni. Boleh cepat sikit tak?" Budak perempuan bernama Ayu itu duduk bersandar pada pintu bilik air sambil bercakap, "Cepat sikit ye. Ayu nak..." Ayu terlelap selepas beberapa minit berlalu.

Didalam bilik mandi itu, kelihatan seorang budak perempuan sedang kusyuk mandi dengan mata tertutup dan tanpa menghidupkan lampu. Suasana dalam bilik mandi itu gelap dan sejuk. Budak perempuan itu seboleh-bolehnya ingin sahaja meneruskan tidurnya, namun suara adiknya menyebabkan dia terpaksa juga mandi dalam keadaan yang amat malas itu. "Kejap Ayu, Asya nak mandi dulu ya. Ayu tunggu kat luar dalam 2 minit lagi." Asya berkata sambil menyiram kepalanya.

6 minit terus berlalu,

"Apakah? Kenapa kamu tidur di depan bilik mandi ni Ayu!" Terkejut Anis melihat adik perempuannya itu sedang tidur duduk dihadapan bilik mandi. Lagi mengejutkan Anis ialah apabila dia terlihat bilik mandi itu tertutup dari dalam namun lampu bilik mandi itu tidak dihidupkan. Dengan perasaan yang sedikit keliru dia cuba untuk mengetuk pintu bilik mandi itu, "Siapa di dalam bilik mandi ni? Ada orang ke?"

"Tiada orang! Ada hantu sahaja. Hehehehe..." Suara seseorang sedang mengilai dari dalam bilik mandi itu. "Mahu cari siapa ya?" Sambung suara itu lagi.

Anis terkejut mendengar bunyi mengilai itu dengan serta merta dia memanggil ibunya. "Ibu, Ibu... dia buat hal lagi lah. Sekarang dia ada dalam bilik mandi tu." Anis berlari ke dapur lalu memeluk ibunya dalam keadaan takut.

"Kamu cakap pasal siapa ni Anis? Siapa didalam bilik mandi tu? Bukan adik-adik kamu ke?" Perempuan yang dipanggil Anis sebagai ibu itu terkejut dengan perangai Anis yang tiba-tiba memeluknya sambil menangis.

"Bukan ibu. Itu... Itu... Suara orang lain." Anis terus menangis.

Ibu Anis yang bernama Armuni itu berjalan ke arah bilik mandi dengan tergesa-gesa. Anis yang ketakutan itu hanya mengikut dari arah belakang ibunya. Sampai sahaja dihadapan bilik mandi, Armuni terkejut melihat anaknya Ayu sedang tidur berhampiran pintu bilik mandi. Dia kemudiannya memanggil Anis untuk membawa adiknya itu masuk bilik. "Anis, kamu angkat adik kamu ke bilik... sekarang!"

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now