Bab 46 - NENEK JAMILAH

86 11 0
                                    


"Ceritanya begini. Hantu Kubur yang terdapat didalam Kampung Saka ada banyak, yang Asya  terjumpa waktu itu adalah Hantu Nenek Jamilah. Hantu Nenek Jamilah dah mati bertahun-tahun dahulu dan dia mempunyai gerai makan yang sangat popular pada ketika itu. Tapi malang tidak berbau, dia dikhianati oleh suaminya sendiri. Disebabkan oleh kekecewaan yang melampau Hantu Nenek Jamilah telah memeterai satu Perjanjian Puaka dengan Hantu Kubur arwah emaknya, Jasnita Wahab. Dan disebabkan oleh perjanjian itu, Hantu Nenek Jamilah masih mampu memunculkan dirinya sehingga sekarang. Tapi hanya mereka yang mempunyai Mata Saka mampu melihat Hantu Nenek Jamilah. Orang biasa takkan nampak kelibatnya. Bukan itu sahaja, bahkan juga Hantu Nenek Jamilah turut membuat Perjanjian Puaka dengan Nenek Kebayan yang tinggal di Pantai Teluk Saka dan Penunggu Hutan yang mendiami kawasan Hutan Saka. Hantu Nenek Jamilah menjadi kemaruk dengan perjanjian sehingga lupa akan asal usulnya. Dirinya kini dipenuhi rasa dendam."


"Perjanjian tu Virus Saka ke?" soal Puteri.

"Mungkin ya, mungkin tidak."

"Maksudnya?"

"Ada kemungkinan Hantu Nenek Jamilah membuat perjanjian dengan Jin."

"Maksud awak dengan Jin adalah..."

"Ya. Jin yang itu. Bukan Jin yang dibentuk dengan Virus Saka tetapi Jin yang diciptakan dari api."

"Jadi Hantu Nenek Jamilah bukan makhluk seperti kita?"

"Bukan. Dia lebih dari itu. Makhluk seperti kita adalah hasil ciptaan manusia. Tetapi Hantu Nenek Jamilah mungkin jauh lebih songsang daripada sangkaan kita."

"Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang?"

"Tiada apa yang boleh kita buat. Kita hanya perlu menunggu waktu yang sesuai. Ingat lagi tak insident yang berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Saka beberapa bulan lepas. Mengenai budak perempuan yang jatuh dari tingkat 2."

"Ingat. Kenapa dengan kes tu?"

"Ia ada kaitaan diantara satu sama lain."

"Ada kaitaan?"

"Hantu Nenek Jamilah adalah makhluk yang bertanggungjawab menolak budak perempuan itu sehingga terjatuh."

"Haah? Macam mana kau tau?"

"Sebab aku ada disitu. Aku cuba menyelamatkan budak perempuan itu tetapi gagal. Kekuatan Hantu Nenek Jamilah terlalu kuat. Tambahan pula Penunggu Hutan sedang memandang aku pada waktu itu. Dan... Makhluk Ghoul bernama Lala atau Lulu itu ada disebelahnya."

"Macam mana keadaan budak perempuan itu? Dengar cerita dia mati?"

"Tak. Budak perempuan itu belum mati. Keluarga dia dah berpindah ke tempat lain bagi mengelakkan daripada diganggu. Namun kecederaan budak perempuan tu agak parah juga tapi syukur dia masih hidup. Rasanya kejadian itu berpunca dari Komik Seram milik Asya yang tertinggal di sekolah pada waktu kejadian."

"Komik Seram Asya?" soal Anastasia.

"Ya. Sebab tu pihak sekolah melarang membawa sebarang unsur seram masuk kedalam kawasan sekolah. Kerana ia akan menyingung Penunggu Hutan.

"Penunggu Hutan tu siapa? Kenapa kita tak dibenarkan masuk kedalam hutan diseberang Tasik Saka tu?" soal Puteri.

"Itu kawasan larangan bagi manusia dan makhluk seperti kita. Penunggu Hutan adalah penjaga Hutan Saka. Dikatakan didalam hutan itu ada tersimpan rahsia mengenai Virus Saka. Tapi melalui siasatan sebelum ini, hutan itu juga tersimpan harta karun moyang penduduk Kampung Saka."

"Harta karun?"

"Ya. Harta keturunan perempuan Korea yang menjadi penghulu Kampung Saka."

"Harta karun tu emas ke?"

"Bukan. Harta nyawa!"

"Nyawa?"

"Ya. Jadi, kalau kita masih sayangkan nyawa. Hindarilah kawasan itu. Nascaya kita akan selamat."

"Hurm..."

"Apa jadi dengan Asya?" soal Anastasia.

"Asya? Berdasarkan pengamatan aku, Asya mungkin ada termakan ulat beracun."

"Ulat beracun?"

"Sejenis ulat yang hanya boleh didapati di kawasan Kubur Saka. Kesan sampingan ulat itu akan menghentikan pernafasan seseorang selama 3 hari tanpa sebab yang pasti."

"Jadi Asya belum mati kan?"

"Sudah semestinya. Kan dia masih mampu mengukir senyuman."


Anastasia dan Puteri senyum gembira sambil memandang kearah kantin sekolah. Dari jauh mereka bertiga melihat Asya sedang berborak dengan Ying dengan begitu teruja sambil makan nasi lemak.

"Selamat tinggal Anastasia dan Puteri. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu."

"Selamat jalan Hantu Malas. Jangan malas-malas ya. Awak tu kan masih belajar." Pesan Anastasia kepada Hantu Malas yang telah dikenalinya lama sebelum mereka ditugaskan menjaga keamanan Kampung Saka.

"Bye Hantu Malas. Muah!"

"Bye Puteri. Jaga Lily dengan sebaiknya."

"Ok, tiada masalah!" Kata Puteri dengan penuh yakin.

Mereka bertiga pun meninggalkan kawasan sekolah. Masing-masing mempunyai matlamat dan tugas yang mereka perlu laksanakan. Satu tanggungjawab yang besar sedang menanti.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now