Bab 5 - PERHIMPUNAN PAGI

246 22 1
                                    


Tasik Saka, sebuah tasik yang terletak di Kampung Saka. Mempunyai keluasan lebih 500 meter dan kedalaman yang tidak diketahui penduduk tempatan. Tasik Saka mempunyai 2 kawasan yang berbeza, satu kawasan yang berdekatan dengan darat dinamakan Tasik Gelap manakala kawasan yang berada di tengah-tengah dinamakan Tasik Terang. Berdasarkan pada nama boleh diketahui dengan melihat kepada warna airnya. Gelap bermakna airnya hitam, manakala terang bermakna airnya jernih sehingga boleh nampak dasarnya yang dalam.

Walaupun demikian, kawasan Tasik Terang adalah kawasan larangan manusia untuk menghampirinya. Ia amat bahaya untuk didekati. Tasik Gelap walaupun sedikit selamat bagi para pemancing ikan, ia turut menyimpan pelbagai bahaya yang tidak diketahui. Seperti pepatah melayu ada mengatakan bahawa, 'Air yang tenang jangan disangka tiada Penunggu Tasik'.

Kring! Kring! kring!

Loceng berbunyi menandakan telah masuk waktu perhimpunan pagi Isnin bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Saka. Kesemua pelajar dan guru dikehendaki berkumpul di hadapan tempat perhimpunan sekolah yang dihadapanya mempunyai 3 tiang bendera. Bendera Malaysia, bendera Kampung Saka dan bendera sekolah. Setelah kesemua pelajar dan para guru telah berada di kawasan perhimpunan itu, lagu Negaraku dimainkan.

Maka dengan itu mereka semua mula menyanyi dan berdiri tegak.

'Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu dan maju, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita, Selamat bertakhta.' Seterusnya lagu Kampung Saka dinyanyikan... dan akhir sekali lagu Sekolah Rendah Kebangsaan Saka.

"Fuh! habis pun kesemua lagu tu. Penat betul berdiri dekat tangga ni" Seorang budak perempuan yang terlambat ke perhimpunan pagi sedang berdiri di tangga tingkat 2 blok E sedang memandang ke arah Tasik Saka.

Disebabkan lagu-lagu yang dinyanyikan tadi, setiap pelajar dan guru atau lebih tepat lagi semua Rakyat Malaysia dikehendai berdiri tegak. Itulah amalan yang dilakukan bagi menghormati Lagu Kebangsaan Negara (Negaraku).

Tidak berapa jauh dari tempat budak perempuan itu berdiri, Anis dan kawanya Kamala sedang membuat rondaan sebagai salah satu tugas pengawas sekolah itu. Mereka akan berjalan mengelilingi kawasan sekolah sewaktu perhimpunan pagi berlangsung bagi mengelakkan ada pelajar yang ponteng.

"Hei Anis, kau tengok sana. Ada budak yang ponteng perhimpunan la." Kata Kamala.

"Dekat mana Kamala? Tunjuklah... Mana Anis tau sana tu mana." Anis sedikit geram.

"Ala kau ni Anis. Sikit-sikit nak kena tunjuk. Haaa.... Tu kat tangga blok E." Jawab Kamala malas.

"Owh... Barulah Anis nampak. Tadi Kamala cakap sana... sana... Sana tu kan ada banyak tempat. Tapi cuba kamu tengok tu Kamala. Dengan siapa dia bercakap tu? Nampak pelik semacam je Anis tengok."

Anis seperti ternampak bayangan seseorang berdiri dihadapan budak perempuan itu sedang bercakap dengannya.

"Apa kau cakap ni Anis? Dia cakap sorang je tu. Mungkin juga dia ada sembunyikan telefon bimbit didalam tudungnya itu. Sebab itu lah dia ponteng perhimpunan pagi ini. Ada udang disebalik mee goreng abah aku masak semalam." Kamala terfikir akan masakan mee goreng yang dimasak abahnya sambil memerhatikan gelagat budak perempuan yang pelik itu.

"Ka... ka... Kamala... Apa budak perempuan tu buat? Kau tengok tu." Anis menunjuk ke arah budak perempuan itu dalam keadaan cemas. Dia dengan pantasnya berlari kearah budak perempuan itu.

"Berhenti! Jangan terjun... Bahaya!" Teriak Anis kuat.

Kamala yang terkejut turut berlari mengekori Anis dari belakang...

Teriakan Anis yang agak kuat itu mengejutkan para pelajar dan guru yang sedang berada di tapak perhimpunan berhampiran. Mereka memandang ke arah suara Anis. Mereka melihat Anis dan Kamala sedang berlari ditingkat atas blok D.

'Apa yang berlaku? Kenapa pengawas-pegawas tu berlari? Kenapa? Mengapa? Siapa?'

Bermacam-macam persoalan timbul dari mulut mereka yang ada di tapak perhimpunan itu.

"Itu macam kak Anis je. Apa dia buat kat atas tu. Siap berlari lagi." Ayu bersuara apabila ternampak Anis tengah berlari di tingkat atas blok D.

"Ayu, siapa di belakang kak Anis tu?" soal Asya sedikit terkejut.

"Tu kan kawan kak Anis, kalau tak silap nama dia Kamala anak perempuan Suresh." Jawab Ayu yang berdiri di sebelah barisan Asya.

"Tak. Bukan Kamala. Yang belakang Kamala tu... Siapa?" soal Asya lagi.

"Belakang Kamala? Mana ada orang belakang dia. Kan diorang berdua je tu kak." Ayu kelihatan pelik melihat Asya yang mula gelisah tidak tentu pasal.

"Habis tu. Siapa lelaki itu... dan siapa pula yang ada dekat kamu itu Ayu?" Asya jatuh terduduk akibat terkejut dengan kemunculan seorang budak lelaki berdiri bersebelahan dengan Ayu. Lelaki yang berlari dengan Anis dan budak lelaki disebelah Ayu itu tidak mampu dilihat Asya dengan jelas, penglihatannya seolah-olah dikaburi oleh sesuatu. Seperti TV (Television) apabila tidak mempunyai siaran. Segalanya nampak agak kabur atau di censored?

"Kak Asya, akak ok ke ni?" Ayu mendekati Asya dan cuba membantu dia bangun.

Kelibat budak lelaki tadi hilang apabila Asya mengosok matanya. Kini Asya rasa lebih tenang. Dia bangun perlahan-lahan dengan dibantu oleh Ayu dan Ying yang berdiri dibelakangnya.

"Asya ok." Asya berkata sambil melihat sekelilingnya, cuba mencari kelibat budak lelaki tadi.

Anis dan Kamala masih berlari ke arah budak perempuan itu. Tiba-tiba mereka berhenti mengejut!

Apa yang sedang mereka saksikan itu benar-benar melemahkan semangat mereka. Kelakuan budak perempuan itu seperti didorong oleh sesuatu benda yang mereka tidak nampak, untuk melakukan perkara yang luar dari kehendak dirinya sendiri.

"Tengok kat tangga Blok E. Ada budak perempuan cuba melompat dari situ" Salah seorang budak yang berada di tapak perhimpunan itu menjerit dan menunjuk ke arah tangga blok E.

"Hei kamu! Cepat halang budak itu. Apa yang dia hendak lakukan?" Arah Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Saka kepada beberapa orang guru lelaki yang berdiri hampir dengan tangga blok E.

"Cepat Cikgu Kazar. Nanti dia lompat susah kita." Salah seorang guru yang turut serta berlari sambil berbisik kepada Guru Disiplin sekolah.

"Kamu pergi ke tingkat bawah. Sedia untuk perkara yang tidak diingini. Biar saya dan Ustaz Rudi yang pergi ke tingkat 2." Cikgu Kazar memberi arahan kepada 2 orang guru yang turut serta.

"Aku tidak mahu! Lepaskan aku! Aku takut!" Budak perempuan itu mula memanjat dinding penghadang yang rendah berdekatan tangga itu. Dia kini berdiri di atas dinding rendah itu. Badannya terhuyung-hayang ditiup angin. Namun dia tidak jatuh. Seperti ada seseorang yang cuba menyelamatkan budak perempuan itu.

Dari tingkat bawah, Asya mampu melihat 2 bayangan seseorang sedang bertolak-tolak diantara satu sama lain. Satu bayangan itu cuba menjatuhkan budak perempuan itu dan satu bayangan lagi cuba menyelamatkan budak perempuan itu. 'Siapa mereka? Apa yang mereka buat?'


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now