Bab 9 - MAKAN

166 21 0
                                    


Tepat pada pukul 12:10 minit tengah hari, Anis, Asya dan Ayu keluar dari kedai buku Popular dan menuju ke arah kereta Proton Saga hijau mereka. Ditangan mereka masing-masing membawa sebungkus plastik sederhana besar yang diisi dengan pelbagai buku, komik dan novel. Sambil berjalan mereka tersenyum gembira kerana berjaya memiliki komik dan novel baru.

Sampai sahaja di hadapan kereta, mereka dapati bahawa ibu mereka tidak ada lagi. Maka mereka pun menyandar pada kereta lalu membuka plastik komik dan novel masing-masing untuk dibaca sambil menunggu ibu mereka.

"Wah... Bestnya komik ni. Tengok la lukisan yang nampak menyeramkan ni." Asya terpegun melihat lukisan yang terdapat didalam komik 'Selubung Puaka' karya Nao Maita, seorang pelukis perempuan dari Jepun. "Walaupun nampak comel je watak dalam cerita ni, tapi agak meyeramkan juga bila baca jalan cerita komik ni." Asya menambah lagi sambil menunjuk satu halaman komik yang memaparkan adegan yang menakutkan kepada Anis dan Ayu. Ayu menutup matanya kerana terlihat wanita berambut panjang mati dibunuh hantu didalam komik yang ditunjukkan oleh Asya itu.

"Kamu ni Asya, kenapa baca Komik Seram waktu siang? Kata tak takut hantu. Baca la waktu tengah malam sorang-sorang." Anis cuba menyakat Asya.

"Eleh... Asya sengaja je nak baca sedikit. Lagipun kan bosan sekarang ni. Mana ibu ni tak sampai-sampai lagi?" Asya memandang sekeling kawasan tempat mereka berada sekarang.

"Asya... Akak nak tanya sikit boleh?" soal Anis sambil memandang Asya.

"Tanya apa kak Anis?" Balas Asya ketika sedang membaca komik.

"Kamu tahu banyak pasal Gempakstarz kan?"

"Hurm... Tau la sikit-sikit. Kenapa?"

"Ada tak novel yang dikeluarkan oleh Gempakstarz? Akak rasa kalau ada tentu menarik kan? Yelah... Asyik baca komik je, baik kamu cuba baca novel pula. Mungkin sekadar Novel Ringan ke?"

"Err... Rasanya dulu Gempakstarz ada keluarkan novel, kalau tak silap tajuknya 'Aliya Elyana'. Tapi tu dah lama, sekarang ni kalau ada pun rasanya novel bahasa cina je. Asya memang nak cuba baca novel, tapi haritu baca novel kak Anis terasa bosan pula, banyak benda berkisar mengenai orang dewasa je.

Terlebih emosi pula Asya bila baca. Lagipun, novel tu semua tebal sangat sampai malas nak habiskan. Kalau suatu hari nanti Gempakstarz ada keluarkan Novel Ringan pasti Asya beli." Terang Asya sambil membaca Komik Seram itu.

"Ayu pun nak baca novel keluaran Gempakstarz. Lagi-lagi kalau ada cerita pasal Budak Hantu!"

"Kamu betul ke nak baca novel Ayu? Nanti novel tu yang baca kamu." Kata Anis sambil tersengih.

"Macam mana novel tu nak baca Ayu pula? Pelik la kak Anis ni."

"Sebab kamu dah tertidur masa tu. Apa kamu tau. Hahaha..." Anis gigih mentertawakan Ayu.

"Huh!" Ayu memalingkan kepalanya dari memandang Anis dan terus menyambung membaca komik Candy Jem. 'Ingat Ayu tak reti baca novel ke? Kak Anis tunggulah... Satu hari nanti Ayu akan buktikan."


*****


Kelihatan dari jauh... Seorang perempuan muda sedang mengangkat beg plastik yang besar dan banyak seorang diri. Dia berjalan mendekati kereta Proton Saga hijau terletak tidak berapa jauh dari situ.

Bersebelahan kereta itu ada tiga orang budak perempuan sedang asyik membaca buku tanpa memandang ke arahnya. Langkah dipercepatkan. Ingin sahaja dia melepaskan segala bebenannya ketika itu. Sakit pada bahagian bahu mula terasa.

Tapi dia tidak akan sesekali berputas asa. Seperti pepatah melayu ada menyebut 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya'. Dia semakin menghampiri Kereta Proton Saga hijau itu. Semua plastik yang dipikulnya sebentar tadi diletakkan kebawah. Dia menarik nafas berulang kali sebelum bercakap...

"Hai adik, nak beli goreng pisang tak?"

Asya segera menoleh kearah perempuan muda itu lalu tersenyum. Dia membalas pertanyaan perempuan itu, "Bukan goreng pisang lah ibu. Pisang goreng baru betul. Hehe..."

"Eh! Ibu. Bila sampai?" soal Anis apabila terpandang ibunya berdiri di belakang mereka.

"Anak-anak ibu kan semua rajin membaca, sampai kan ibu yang datang dari belakang pun diorang tak sedar." Armuni mengukir senyuman.

"Ibu... Mana goreng pisang?" Ayu bertanya kepada ibunya sambil memegang perutnya.

"Bukan goreng pisang la Ayu. Kan kak Asya dah cakap tadi, pisang goreng." Armuni cuba memperbetulkan pemahaman anaknya tentang berbezaan antara goreng pisang dan pisang goreng. "Ibu tak beli pun..." Sambungnya lagi.

"Laaa... Kenapa ibu tak beli? Ayu dah lapar ni." Ayu mengeluh.

"Kan kita ada bawa bekal dari rumah tadi. Kita makan yang tu je ya. Boleh jimat duit sikit." Armuni cuba memujuk Ayu sambil menunjuk kearah bekal makanan mereka yang di letak didalam kereta.

"Asya tak kisah pun nak makan apa. Yang penting perut kenyang." Asya tersenyum memandang ibunya.

"Bagusnya anak ibu ni." Armuni membelai kepala Asya yang bertudung pink itu.

"Tapi kita nak makan kat mana ibu?" soal Anis ingin tahu.

"Kita makan tepi pantai nak tak?" Asya memandang mereka bertiga dengan harapan ia mampu menarik minat mereka. Asya memang teringin nak makan tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang cantik dan yang paling penting, dia dapat bersama dengan ahli keluarga tercinta.

"Bagus cadangan kamu tu Asya. Tak sia-sia akak didik kamu selama ni kan." Anis memeluk Asya dari belakang.

"Apa ni kak Anis. Lepaslah... Tak selesa..." Asya cuba meleraikan pelukan manja Anis itu.

"Kamu kan comel dan pandai. Ada je idea bernas dari kamu." Anis tersenyum.

Ayu menarik lembut tangan Anis, "Ayu pun comel dan pandai kan kak Anis?"

"Ya. Kedua-dua adik akak ni comel dan pandai. Tapi akak lebih comel dan pandai. Hehe..." Anis tertawa gembira.

Jauh didalam sudut hati Armuni berharap keadaan mesra antara dia dan anak-anaknya ini akan kekal selamanya sehingga ke akhir hidup mereka didunia yang serba indah ini. Bukan kesempurnaan yang dicari tetapi cukup sekadar apa yang termampu untuk mereka miliki dan kongsikan bersama dalam suka dan duka. Kegembiraan bersama keluarga jauh melebihi kasih sayang orang yang bercouple. Ingat!

Keluarga sentiasa ada untuk kita walaupun kita dihimpit dengan penuh masalah yang tidak mampu kita tanggung seorang diri.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now