Bab 11 - MAKHLUK PUTIH

167 20 2
                                    


Di muka bumi ini, ada pelbagai makhluk yang dicipta seperti Manusia, Tumbuhan, Haiwan dan pelbagai lagi makhluk Tuhan. Berlakulah adil terhadap mereka. Mereka semua saling bergantung untuk terus hidup di dunia yang terbentang luas. Menjalankan tugas mereka. Tugas? Untuk anda!

Makhluk Mistik ada disekitar~~~

Sains dan Alam Ghaib saling berhubung dalam Alam Semesta ini untuk menghasilkan sesuatu yang luar dari pemikiran manusia biasa. Manusia Bertuah! Anda adalah antara mereka yang terpilih untuk menyaksikan keajaibaan luar biasa dan pelik dibawa khas oleh Budak Kampung Saka. Lihat dan nilaikan sendiri apa itu realiti dan fantasi. Satu keindahan yang sering kita terlepas pandang dalam hidup ini.


*****


Satu makhluk berbulu putih lebat dan berekor panjang sedang berjalan keluar dari kawasan semak itu menuju ke arah Armuni, Anis, Asya dan Ayu. Ia bergerak perlahan dan penuh berhati- hati agar tidak disedari oleh mereka berempat. Langkah dipercepatkan. Ia kini berada di belakang Anis. Memandang tepat pada ayam di hadapan Asya. Ayu terdengar suara makhluk itu dan segera mencari kelibatnya.

"Kak Anis ada dengar tak bunyi tu?"

"Bunyi apa Ayu?" Anis cuba memasang telinga untuk mendengar bunyi yang dimaksudkan oleh Ayu itu.

"Entah. Tapi macam bunyi tapak kaki."

"Bunyi tapak kaki?"

"Tapi mana ada orang lain dekat kawasan pantai ni sekarang." soal Anis lagi sambil memerhatikan kawasan berdekatan mereka.

"Betul ke kamu ada dengar bunyi tapak kaki orang Ayu?" Armuni yang sejak tadi melihat Ayu mula merasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Betul ibu. Macam ada bunyi yang pelik." Sambung Ayu lagi.

"Ayam last ni tiada siapa punya kan?" Asya meletakkan komik yang dibacanya itu sebelum mencapai ayam dihadapannya itu.

"Makan la Asya. Semua dah kenyang tu." Armuni tersenyum sambil memandang Asya. Kemudian Armuni memandang Ayu semula. "Kamu salah dengar tu Ayu. Mungkin itu bunyi ombak yang kamu dengar tadi."

"Mungkin juga la ibu." Ayu mula kembali memandang ke arah pantai itu dengan rasa was-was. 

Ketika tangan Asya berada berhampir dengan pingan. Tiba-tiba, makhluk putih itu muncul lalu mencakar tangan Asya sebelum melarikan ayam goreng itu. Makhluk putih itu berlari semula ke arah semak tadi. Tangan Asya mula berdarah. Kesan cakaran makhluk itu tidak teruk sangat tapi entah mengapa darah keluar dengan banyak.

"Arrgg! Sakitnya tangan Asya."

"Kamu tidak apa-apa ke Asya?" Anis segera mencapai kain buruk untuk menutupi tangan Asya yang sedang mengalirkan darah tanpa henti itu.

"Anis! Pergi ambil Peti Pertolongan Cemas dalam bonet kereta. Ayu! Kamu tolong ibu ambil botol air ya." Armuni mengarahkan anak-anaknya untuk membantu. Terasa sakit didalam jiwanya melihat keadaan tangan Asya yang berlumuran darah itu. Air matanya mula turun membasahi wajahnya.

"Baik ibu." Anis dan Ayu segera mendapatkan apa yang dipinta oleh ibu mereka itu.

Sementara itu, Armuni cuba mencari makhluk yang mencederakan tangan Asya. Di memandang ke arah semak tadi. Ingin sahaja dia memukul makhluk itu untuk melepaskan amarahnya. Kemudian dia memandang semula ke arah Asya.

"Kamu ok ke Asya? Masih sakit ke?"

"Hehe... Asya ok la ibu. Cuma sakit sikit je. Cuma Asya hairan dengan darah ni. Kenapa banyak sangat ye?" Asya memandang tangannya yang berdarah itu.

Anis dan Ayu datang semula ke pondok itu membawa Peti Pertolongan Cemas dan air bersih dalam botol. Armuni mengambil botol itu lalu menyiram tangan Asya yang berdarah itu. Darah itu mula menghilang dibawa air.

Mereka semua terkejut memandang tangan Asya. Rasa tidak percaya akan apa yang mereka lihat itu. Tangan Asya itu cuma ada kesan calar biasa yang tidak lagi mengeluarkan darah. Seolah-olah darahnya telah kering. Armuni segera memegang tangan Asya untuk mencari punca kecederaannya itu.

"Ibu. Kenapa darah pada tangan Asya dah hilang eh?" soal Asya pelik sambil melihat tangannya yang cuma ada kesan cakaran makhluk tadi.

"Asya, kamu tidak apa-apa? Masih sakit ke tangan kamu?" Anis menyoal Asya kerana dia pelik akan bagaimana darah yang banyak itu boleh hilang dengan serta merta.

"Kak Asya ada bela Saka ke?" soal Ayu.

"Saka? Apa tu? Bukan ke itu nama kampung kita?" soal Asya ingin tahu.

"Jangan merepek la Ayu. Mana mungkin kakak kamu bela Saka. Itu semua syirik!" Armuni cuba menyangkal persoalan Ayu itu.

"Apa tu Saka? Kampung Saka?" soal Asya yang sedikit pelik melihat reaksi ibunya.

"Betul tu Ayu. Kita sebagai orang Islam mana boleh bela Saka. Lagipun Saka tu..." Anis berhenti bercakap apabila terpandang makhluk putih yang mencederakan tangan Asya sebentar tadi. 

"Ibu, tengok sana. Itu kan..."

"Saka itu apa ibu?" Asya cuba bertanya lagi untuk mendapatkan jawapan dari ibunya mengenai Saka. Pada waktu itu juga matanya memandang tepat ke arah makhluk putih itu sambil tersenyum.

"Ayu, Asya, Anis, hati-hati!" Armuni sempat berpesan kepada anak-anaknya apabila dia terpandang makhluk putih itu muncul semula dari semak tadi. "Walau apapun yang terjadi, kamu kena masuk dalam kereta sekarang. Biar ibu cuba mengalihkan perhatian dia." Armuni berjalan mendekati makhluk putih itu sambil memegang sebatang kayu yang untuk dijadikan senjata.

"Apa ibu mahu buat? Kesian dekat kucing itu." Asya menambah sambil memandang mahluk putih itu sebenarnya adalah Kucing Putih.



ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now