Bab 28 - GABUNGAN BUNIAN DAN PONTIANAK

106 10 0
                                    


Hantu Garasi memandang bangkai anjing-anjingnya yang baru sahaja di tewaskan dengan begitu mudah oleh Maya dan Bunian. Kemarahan kian membuak. 'Aku akan menuntut bela atas kematian mengikut setiaku!'

"Arrgg!" Garasi mengeluarkan aura berwarna ungu yang meliputi bahagian tubuh badannya.

"Maya! Hati-hati dengan Aura Hantu Garasi itu." Kata Bunian kepada Maya.

"Kenapa? Teknik apakah itu?" soal Maya keliru.

"Itu racun yang amat bahaya. Sekali kita terkena, kita akan diserang secara dalaman. Iaitu melalui penyakit yang agak mustahil untuk diubati." Bunian menerangkan kesan dari Aura Ungu itu.

"Racun? Jadi itu la kuasa dia." Maya Memandang kearah Aura Ungu itu sambil cuba memikirkan langkah untuk menyerang Hantu Garasi tanpa mendekatinya.

"Bersedialah untuk berjumpa tuhan kamu!" Hantu Garasi mendepakan kedua tangannya ke kiri dan kanan dan melepaskan Aura Ungu itu di kawasan sekitar tempat dia berada. Dalam beberapa saat sahaja kawasan dalam lingkungan beberapa meter dari tempat Hantu Garasi berdiri terus diselubungi dengan Kabus Ungu.

Kabus Ungu itu terus merebak dan semakin menghampiri tempat Maya dan Bunian berdiri.

"Kita kena buat sesuatu!" Ujar Maya.

"Betul tu. Kabus Ungu itu mungkin akan terus merebak ke seluruh kawasan Kampung Saka jika kita tidak menghentikannya."

"Tapi apa yang harus kita lakukan? Kita tidak boleh menghampiri Hantu Garasi. Dia kini berada didalam Kabus Ungu itu. Sebelum kita dapat tewaskan dia, kita mungkin akan dijangkiti penyakit."

"Aku akan membuka jalan. Kemudian kau lancarkan serangan keatas Hantu Garasi."

"Apa rancangan kau Bunian?"

"Kau lihat sahaja." Bunian mula membaca mantera. Seketika kemudian muncul satu tumbuhan yang menyerupai manusia berbadan besar sedang keluar dari tanah tempat simbol hijau itu terpancar.


Manusia besar itu membawa bersamanya satu daun yang agak besar. Manusia tumbuhan itu mengayunkan daun besar itu beberapa kali sehingga tercetusnya angin yang agak kuat lalu meniup Kabus Ungu itu.

Hasil dari tiupan angin itu, sedikit sebanyak Kabus Ungu itu mula beralih arah.

"Hei Bunian! Apa kau buat ni? Kalau kau buat macam tu. Lagi cepat Kabus Ungu tu merebak ke kawasan sekitar Kampung Saka."

"Hehe... Kau usah risau. Aku tahu apa yang aku buat." Bunian terus membaca mantera berulang kali.

Simbol hijau mula muncul di sekitar kawasan hutan itu. Dari simbol hijau itu, muncul beberapa orang manusia daun yang sama seperti tadi. Setiap dari mereka membawa satu daun yang besar dan mereka mula mengayunkan untuk menghasilkan angin dari setiap arah.

Tiupan angin mula terhasil dan kini Kabus Ungu itu seolah-olah terperangkap didalam satu paksi.

Manusia daun itu berjalan sambil menghasilkan angin mengelilingi Hantu Garasi.

"Bagus idea kau itu. Sekarang Kabus Ungu itu hanya ada berhampiran Hantu Garasi. Tapi, bagaimana kita hendak tewaskan dia?" Maya cuba mendapatkan pandangan Bunian.

"Itu kau kena fikiran sendiri. Aku sudah terlalu letih. Menghasilkan 20 'ORTEGA'... Menelan banyak tenaga. Aku... Aku kena berehat." Bunian terduduk keletihan pada permukaan tanah.

"ORTEGA? Apa tu?"

"ORTEGA atau apa yang kau panggil sebagai manusia daun itu. Sebanyak 91% tenaga diperlukan.

Manakala sebanyak 5% tenaga diperlukan untuk menghasilkan 'ORTET', iaitu tumbuhan menjalar tadi.

Tenaga aku hanya tinggal 4% sahaja. Kini hanya kau sahaja harapan untuk menewaskan Hantu Garasi itu."

Bunian menutup mata untuk berehat.


"Bunian! Apa kau buat tu Bunian? Buka mata kau sekarang! Bagaimana aku nak tewaskan Hantu Garasi keseorangan. Aku bukannya kuat seperti kau." Maya mula cemas bila terpaksa berhadapan dengan Hantu Garasi seorang diri.

"Kau jangan pandang rendah pada kemampuan kau Maya. Ingat siapa diri kau sebenarnya. Kau adalah Hantu Pontianak. Hantu yang ditakuti oleh manusia. Kau mungkin boleh kalahkan Hantu Garasi."

Maya tersentak mendengar kata-kata Bunian itu. Sejak berubah menjadi manusia beberapa minit yang lalu, Maya mula lupa akan asal usulnya. Disebabkan itulah keyakinan dia mula berkurangan. 'Terima kasih Bunian.' Kini Maya mula bersemangat kembali. Telah tiba masanya dia berlawan dengan bersungguh-sungguh bukan untuk dirinya, tapi untuk sahabat barunya Bunian.

Maya terbang kearah kepulan Kabus Ungu. Dengan kuasa yang ada, Maya melakukan pelbagai jenis serangan Ilusi kearah Kabus Ungu itu. Dari serangan Sepakan Ilusi, Cakaran Pontianak dan Tujahan Ilusi Pontianak. Serangan difokuskan pada satu titik paksi dimana Hantu Garasi berdiri.

Beberapa saat kemudian kelihatan bayangan Hantu Garasi masih gagah berdiri disebalik Kabus Ungu itu.

'Apa! Serangan aku tidak berkesan ke? Ilmu Kebal apakah yang dipakai oleh Hantu Garasi itu?' Maya tercungap-cungap di atas sepohon pokok tempat dia bertenggek. 

'Seperti digigit semut pula rasanya.' Garasi mengaru badanya yang sedikit gatal akibat dari serangan bertubi-tubi dari Maya itu. "Kau Pontianak ke anak kecil? Kenapa kau lemah sangat Harharhar..." Garasi terus tertawa garau.

'Anak kecil? Anak...' Maya terpikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin mampu membantunya...


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now