Bab Istimewa - SURAT MISTERI

94 12 0
                                    


Di Padang Saka,

"Asya jom main sembunyi-sembunyi nak?"

"Suara siapa tu?" soal Asya.

"Nak main sembunyi-sembunyi tak?"

"Siapa tu?"

"Ni kawan Asya. Jom main sembunyi-sembunyi."

"Kawan? Dela ke tu?"

"Bukan Dela. Mari main sembunyi-sembunyi."

"Ying?"

"Siapa Ying! Come on Asya. Let's Play Hide and Seek!" Suara budak tadi tiba-tiba berubah menjadi garau dan menakutkan.

"Siapa tu! Jangan cuba takutkan Asya ya. Asya tak takut!" Asya cuba memberanikan diri menegur suara garau itu.

"Siapa aku! Kau tak takut ke? Mari ikut aku main sembunyi-sembunyi."

"Tak takut! Kenapa nak takut?"

"Kau pasti akan takut Asya! Aku kawan kau. Aku akan main sembunyi-sembunyi dengan kau."

'Kenapa suara tu nak ajak Asya main sembunyi-sembunyi? Siapa dia? Ada orang nak takut-takutkan Asya kot?'

"Kenapa diam? Nak main sembunyi-sembunyi?"


Tiba-tiba tangan Asya ditarik seseorang. Mereka berdua berlari meninggalkan kawasan Padang Saka. Suara tadi masih kedengaran, tapi kali ini suara itu semakin kuat. 

"Asya! Main sembunyi-sembunyi."

'Kalau bunyi tu perlahan bermakna ia dekat, kalau bunyi tu kuat bermakna ia jauh.' Tiba-tiba Asya teringat akan ungkapan itu seperti didalam filem seram. Dengan serta merta Asya mengalihkan pandangan kearah orang yang menarik tangannya itu. Asya terkejut! Satu wajah hodoh sedang merenungnya.

"Arrgg! Hantu!"


Mereka berdua berhenti berlari.

"Asya kenapa ni?"

"Lepaskan Asya! Pergi jauh-jauh hantu bermuka hodoh!"

"Hantu? Ni akak la... Kenapa Asya pergi Padang Puaka tu?"

"Siapa akak ni? Kenapa Asya tak boleh nampak akak? Kabur je. Padang Puaka?" soal Asya.

"Kamu dah lupakan akak ke? Nama akak Anastasia. Kita ada jumpa bulan lepas."

"Bulan lepas? Oh! Akak yang baik tu kan. Yang temankan Aya cari kereta ibu."

"Ya. Ingat pun. Kenapa kamu pergi Padang Saka?"

"Nasib baik. Asya ingatkan akak ni hantu tadi. Sebenanya Asya pergi Padang Saka sebab surat ni."


Asya menunjukkan surat yang penuh dengan kesan darah kepada Anastasia.

Anastasia membaca surat berdarah itu dengan penuh berhati-hati. Dengan riak terkejut dia bertanya, "Siapa bagi surat ni pada kamu Asya?"

"Entah. Asya jumpa surat ni dibawah laci meja Asya kat sekolah tadi. Tu surat ayah Asya."

"Laci meja? Ayah Asya?"

"Mungkin ayah Asya dah balik. Rindunya dekat ayah..."

'Tak mungkin! Bukankah ayah Asya dah...'


"Akak nak jumpa ayah Asya tak? Nanti Asya kenalkan. Ayah Asya suka perempuan muda dan cantik tau, macam ibu."

"Boleh juga tu Asya. Mana ayah kamu?"

"Entah. Tapi tadi kat Padang Saka Asya ada dengar suara sseseorang. Mungkin suara ayah."

"Itu bukan suara ayah kamu Asya. Itu suara orang mati."

"Suara orang mati?" Asya terkejut mendengar penjelasan dari Anastasia itu yang tidak berapa logik baginya. Mustahil orang mati boleh bersuara. "Akak tipu kan?"

"Akak tak tipu Asya. Itu memang suara orang mati."

"Macam mana Asya boleh dengar suara orang mati?"

"Kamu Budak Kampung Saka. Kamu ada sesuatu yang orang lain tiada."

"Apa tu?"

"Kunci Kematian!"


*****


(Surat Berdarah!)


Anakku Asya,

Maafkan ayah kerana tidak dapat pulang semula ke pangkuan kamu dan adik-beradik kamu yang lain. Mohon maaf juga kepada ibu kamu yang amat ayah sayangi.

Tujuan ayah menulis surat ini adalah untuk memberitahu kamu sesuatu. Satu perkara yang amat penting dan perlu kamu ketahui sebelum kamu berusia 23 tahun. Satu malapetaka akan menimpa kamu dan penduduk Kampung Saka.

Perlu diingat, kamu anak ayah! Kamu seorang anak yang kuat dan tabah.

Masihkah kamu ingat sewaktu kamu masih kecil yang ayah selalu menemani kamu makan burger di Padang Saka. Kamu suka akan tempat itu, kerana udara yang nyaman dan sentiasa sejuk dilindungi Hutan Saka. Udara sejuk itu sebenarnya datang dari Tasik Saka dan Hutan Saka.

Pasti kamu tengah keliru ketika membaca surat ini kan? Tidak mengapa anakku Asya. Satu hari nanti kamu akan paham juga.

Pesanan terakhir ayah pada kamu ada tersimpan didalam komik paling tebal dan seram yang turut menjadi kegemaran kamu. Masih ingat komik tu? Ya! Komik UNDEAD MALAYSIA. Komik tu adalah harta peninggalan ayah pada kamu sekiranya kamu terbaca surat berdarah ini.

Ayah sangat sayang pada kamu Asya. Kamu anak yang paling rapat sekali dengan ayah. Ayah rindu pada kamu disaat menulis surat ini. Diharap surat ini mampu sampai kepada kamu dalam tempoh terdekat.

Selamat tinggal anakku Asya. Semoga suatu hari nanti kita masih mampu berjumpa lagi.

Daripada Ayah.


...............................................................................................................................


.:. Pesanan khas untuk Budak Kampung Saka bernama Asya~

Ini Surat Berdarah yang ditulis oleh ayah kandung kamu. Ingat! Jangan percaya pada isi surat ini.

Kalau kamu ingin dapatkan penjelasan lebih lanjut, kamu boleh datang ke Padang Saka pada petang ini.

Datang seorang diri dan jangan beritahu sesiapa pun mengenai Surat Berdarah!

Terutama sekali,

Jangan beritahu PENDAMPING kamu~

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now