Bab 20 - NASIHAT

130 16 0
                                    


"Terima kasih!" Pontianak itu mengucapkan terima kasih kepada Anastasia kerana menyelamatkan nyawanya. Dia segera memakai rantai itu dan dengan serta merta Lubang Hitam itu mula menghilang.

Namun sesuatu terjadi pada Pontianak itu...

"Apa... Apa ni? Apa dah jadi?" Pontianak itu mula berubah menjadi seperti manusia. Tubuh badannya mula membesar seperti seorang perempuan dewasa.

"Hurm... Nampaknya sudah terlalu lama Cik Pontianak berada dalam bentuk budak. Kini badan Cik Pontianak akan diganti bersesuaian dengan peningkatan umur semenjak ditukarkan menjadi Pontianak beberapa tahun lalu.

"Tapi kenapa? Macam mana semua ini boleh berlaku? Apa jadi kat aku sekarang? Masih Pontianak ataupun manusia?"

"Sekarang Cik Pontianak adalah manusia. Cik Pontianak sudah lupa ke asal usul sebelum diubah menjadi Pontianak? Rantai itu mengandungi sejenis bahan kimia yang berupaya untuk menghilangkan kesan Virus Pontianak didalam badan Cik Pontianak. Selagi mana rantai itu masih dipakai oleh Cik Pontianak, semua akan selamat. Kuasa dan kemampuan Cik Pontianak sebelum ini juga turut hilang. Sekarang ni Cik Pontianak adalah manusia biasa."

"Jadi aku sudah tidak boleh terbang? Mengilai dan makan manusia?"

"Betul tu. Mengilai masih boleh. Cuma dengan cara manusia iaitu ketawa. Bab makan pula, sekarang Cik Pontianak sudah boleh makan nasi lemak. Lebih sedap daripada makan daging manusia."

"Tapi aku belum mati lagi kan? Bukan Pontianak itu hantu perempuan yang mati ke?"

"Hahaha... Itu semua tidak betul. Hantu itu jin. Cik Pontianak belum dan tidak pernah mati pun.

Mungkin sewaktu Cik Pontianak masih kecil dalam 20 tahun lepas agaknya, ada seseorang telah menjangkit Virus Pontianak ini kedalam badan Cik Pontianak dengan tujuan untuk memporak-porandakan Kampung Saka atau mungkin sebagai bahan uji kaji."

"Siapa mereka yang sanggup buat macam tu dekat aku?"

"Tak tau. Mungkin mereka ada didalam Kampung Saka ni, atau mungkin mereka adalah dari luar negara. Sampai sekarang masih tiada cara untuk menghentikan virus ini dari terus mencederakan manusia yang tidak bersalah.

"Anastasia pun dijangkiti virus ke? Sebab kamu juga makhluk seperti Pontianak"

"Mungkin. Tapi Anastasia bukan Pontianak." Anastasia melihat kearah kereta Proton Saga itu yang masih ada disitu." Sekarang kita kena pergi tinggalkan manusia ini sendirian. Mari ikut Anastasia."


*****


Beberapa minit sebelum pertarungan diantara Anastasia dan Pontianak.

Asya berlari menuju kearah kereta ibunya dengan pantas setelah mendengar arahan dari Anastasia untuk masuk. Sampai sahaja dekat dengan kereta, Asya terus membuka pintu belakang sebelah kiri.

"Ibu... Cepat hidupkan kereta. Kita kena pergi dari tempat ni. Sekarang!"

"Kamu ni Asya ke? atau Hantu?" Anis yang duduk disebelah Asya ketakutan selepas Asya memasuki kereta mereka.

"Apa kak Anis cakap? Ini Asya lah. Hantu tu ada dekat atas kereta."

"Apa kamu cakap Asya? Kamu dari mana tadi?" soal Armuni.

"Ibu dah tinggalkan Asya kat tepi jalan tadi masa Asya keluar buang air." Kata Asya.

"Masa tu... Bukan Asya dah masuk dalam kereta ke?"

"A,ah. Anis pun nampak Asya masuk. Lepas tu Asya terus sambung tidur."

"Ayu tak nampak apa-apa. Sebab Ayu tengah main game Angry Bird dari tadi." Balas Ayu apabila Asya memandang Ayu untuk mendapatkan jawapan.

"Asya ingatkan ibu dah tak sayang Asya lagi dan nak buang Asya dekat tepi jalan tu macam kes bayi dibuang oleh ibubapa yang tidak bertanggungjawab."

"Apa kamu cakap ni Asya? Mana mungkin ibu tidak sayang pada kamu. Semua anak-anak ibu, ibu sayang. Anis, Asya dan Ayu."

"Kalau bukan Aysa yang naik kereta tadi siapa?" soal Anis lagi.

"Asya rasa... Itu mesti Budak Hantu yang ada dekat atas kereta tadi."

"Budak Hantu? Jadi, memang betul la yang ibu dan Anis nampak tu hantu?"

"Betul la tu ibu. Sekarang cepat la pergi dari sini. Asya takut nak tunggu lama-lama."

"Ayu nak tengok hantu tu boleh? Kenapa Ayu seorang je tak nampak hantu? Ruginya..."

"Kamu beruntung sebab tak nampak hantu tu Ayu. Hantu tu menakutkan."

"Kak Anis nampak ke rupa hantu tu?" soal Asya.

"Rupa dia tak nampak. Cuma nampak rambut dia yang mengerbang tu je."

"Kereta tak boleh hiduplah. Kena tunggu juga mekanik." Kata Armuni.

"Takkan sebab hantu tu kereta kita tak boleh bergerak macam kat dalam filem tu. Ibu rasa kereta kita ni berat ke? Sebab ada hantu duduk kat atas kereta?" soal Asya.

"Hantu berat? Kamu banyak tengok filem dan Komik Seram ni Asya. Ibu rasa mesti ada masalah dengan kereta. Takde kaitaan dengan hantu tadi."

"Hantu tu makan budak ke?" soal Ayu pula.

"Anak-anak ibu jangan risau ya. Kita akan selamat di sini. Banyakkan berdoa ya."

"Baik ibu." Anis, Asya dan Ayu menjawab serentak.

'Lindungi lah kami...' Doa Armuni didalam hati.

'Apa kak Anastasia buat agaknya? Dia nak berlawan dengan Budak Hantu tu ke?' soal Asya didalam hati. Ketakutan masih dirasai walaupun hanya sedikit.

"Anak-anak ibu tidur dulu ya sementara tunggu makenik sampai."

"Baik ibu. Nanti kejutkan kami ya."

"Ya. Nanti ibu kejutkan. Selamat malam anak-anak ibu."

Maka mereka berempat anak-beranak pun tertidur didalam kereta Proton Saga itu.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now