Bab 4 - SEKOLAH

291 23 1
                                    


Sekolah Rendah Kebangsaan Saka merupakan sekolah melayu pertama yang dibina sejak zaman penjajahan Jepun lagi. Sekolah itu mempunyai 3 blok bangunan baru, blok C, blok D dan blok E manakala 2 lagi blok bangunan lama iaitu blok A dan blokB. Blok A telah ditutup berikutan bangunan itu telah lama terbiar. Blok B menempatkan kelas Kemahiran Hidup, kelas tambahan dan makmal Sains. Blok C dan blok D adalah kelas pelajar tahun 1 hingga tahun 5. Blok E pula terdapat kelas pelajar tahun 6, makmal komputer, Pusat Sumber dan kantin.

Persekitaran sekolah itu dikelilingi tasik yang yang sangat luas. Tasik itu pula dikelilingi oleh hutan yang belum diterokai manusia. Ada banyak sebab kenapa hutan itu tidak diganggu manusia. Mungkin penduduk Kampung Saka ingin menjaga ekosistem kampung mereka? Tiada siapa tahu.

"Selamat tinggal ibu. Hati-hati dalam perjalanan nanti ya." Pesan Asya sambil mencium tangan ibunya. "Selamat tinggal juga buat kakak ku yang garang dan adik ku yang nakal. Jaga diri kalian baik-baik ya. Ingat daku dalam doamu!" Asya memandang Anis dan Ayu sambil cuba mengesat air matanya yang mula menitis membasahi bahagian pipinya.

"Apa kamu merepek ni Asya? Ibu kan cikgu kat sekolah ni juga." Armuni memandang pelik anaknya yang sorang ni.

"Entah ibu. Agaknya kak Asya ni masih bermimpi kot? Tak pun kak Asya masih lagi takut akan kejadian pagi tadi tu." Ayu menyentuh bahu Asya.

"Ish! Kamu ni Ayu. Cukuplah dengan Kisah Seram tu. Akak yang takut sebenarnya tau." Anis memeluk tubuhnya ketakutan.

"Cukup-cukup la kamu bertiga ni. Pergi kelas kamu sekarang. Dan kamu Asya, jangan nak berdrama sangat ya." Armuni penat melayan kerenah pelik anaknya itu.

Sebelum mereka berlalu, Anis dan Ayu mencium tangan ibu mereka dan memeluknya sebelum menuju ke kelas masing-masing.

Manakala bagi Asya pula,

"Ibu, kalau Asya nak minta ibu temankan pergi kelas Kemahiran Hidup petang nanti boleh?" Asya mengengam tangan ibunya.

"Kamu nak buat apa dekat situ Asya?" soal Armuni pelik.

"Dua hari lepas. Kawan Asya, Alia Irdina tertinggal buku komik milik Asya kat kelas Kemahiran Hidup tu. Asya nak pergi sendiri tapi tak berani. Kelas tu menakutkan la ibu." Asya memandang ke arah bangunan blok B.

"Laa... sebab tu ke? Kenapa kamu bawa komik ke sekolah? Bukan ibu dah pesan sebelum ini jangan bawa komik ke sekolah. Nanti menganggu kamu belajar." Ibunya memarahi Asya secara lemah lembut.

"Tapi ibu... Komik tu Alia yang bawa ke sekolah. Dia nak pulangkan balik kat Asya je." Asya cuba menjelaskan kepada ibunya. Asya sedar yang membawa Komik Seram ke sekolah itu satu kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang itu digantung sekolah. Ini berikutan dengan undang-undang pelik sekolah itu yang melarang para pelajar, guru atau staf untuk membawa sebarang bentuk Bahan Seram seperti komik, video, gambar dan sebagainya ke dalam kawasan sekolah. Disebabkan itulah dia telah memarahi kawan baiknya Alia sebelum ini sehingga menyebabkan Alia tidak lagi datang ke sekolah.

"Komik kamu tu Komik Seram ke Asya?"

"Err... Bukan. Itu Komik Cinta je ibu," Asya cuba menafikan kebenaran itu.

"Kamu bagitahu ibu dengan jujur Asya! Itu Komik Seram kan!" Suara ibunya mula nampak sedikit tegas.

"Komik tu... Ya ibu. Itu Komik Seram." Akhirnya Asya meluahkan juga kebenarannya.

"Kamu pergi kelas sekarang, nanti ada perhimpunan kan." Arah ibunya.

"Baik ibu." Asya berjalan menuju ke kelas tahun 5-A yang terletak di bahagian hujung sekali tingkat 4 blok D. Sewaktu berjalan itu, Asya teringat kembali pesanan ibunya sebentar tadi.


*****


"Asya, ibu tidak mahu kamu ke kelas Kemahiran Hidup dalam minggu ini paham! Kalau ada cikgu bertanya, kamu cakap sahaja kamu sakit." Armuni memberi pesanan kepada anaknya itu.

"Maksud ibu... Asya kena berbohong pada cikgu ke? Bukankah itu perbuatan yang tidak baik?" Asya memandang ibunya untuk mendapatkan penjelasan.

"Asya... Ibu bukannya suruh kamu berbuat jahat. Ibu cuma nak kamu cuba mengelak daripada pergi ke kelas Kemahiran Hidup itu. Ini semua untuk keselamatan kamu Asya." Armuni cuba menyakinkan Asya untuk menjauhi bilik Kemahiran Hidup itu atau lebih tepat lagi blok B.

"Baiklah ibu. Asya janji..." Balas Asya setelah mendengar penjelasan ibunya itu. Namun berat sungguh hatinya hendak berbohong kepada Cikgu Haikal, guru Kemahiran Hidup yang mengajarnya itu.


*****


Tiba-tiba bahu Asya ditepuk dari arah belakang. Lamunannya terganggu...

"Hei Asya. Apa awak buat berdiri sahaja di disini? Tidak mahu masuk kelas ke?" Seorang budak perempuan berkaca mata berkata kepada Asya.

"Opocot Ying! Kenapa buat macam itu!" Marah Asya dalam keadaan terkejut.

"Jangan marah la kawan... Saya cuma mahu kejutkan kamu dari mimpi ma. Bukan sengaja pun." Ying memandang Asya mesra. Kemudian dia cuba mengambil bekas makanan dari tangan Asya, "Apa didalam bekas makanan kamu ini Asya? Mesti sedapkan ibu kamu masak."

"Hehe... Terima kasih la Ying. Kamu memang kawan terbaik!" Asya memeluk Ying.

"Saya tanya ni Asya, apa dalam bekas makanan kamu itu?" soal Ying lagi ingin tahu.

"Dalam bekas ini ke? Tiada apa-apa pun. Cuma bekas kosong."

"Kenapa kosong? Bukan kamu selalu bawa makanan sedap ke dalam bekas itu?"

"Hehe... Asya sengaja tak nak bawa hari ini. Sebab Asya tak nak kongsi makanan dengan Ying. Ying selalu makan percuma je kan. Biar hari ini Ying yang belanja Asya makan. Boleh kan?" Asya memasukkan bekas makanan itu kedalam begnya sebelum memandang Ying semula.

"Hurm... Biar saya fikir dulu." Ying mula berfikir secara mendalam.

"Apa nak fikir-fikir lagi tu Ying? Kamu kan anak Tauke Kedai Emas. Banyak duit." Seorang budak lelaki berbangsa cina dan memakai cermin mata yang agak berjenama'spektro' yang sangat mahal harganya itu menegur Ying dari arah belakang.

'Fang! Gopal! Apa mereka buat dekat sini? Mana Yaya?' Asya terkejut apabila melihat pelajar berstatus selebriti itu muncul bertegur sapa dengan dia dan Ying. Fang, Gopal dan Yaya adalah Bintang Sekolah yang popular. Mereka pelajar baru yang berpindah dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Rintis ke Sekolah Rendah Kebangsaan Saka. Walaupun mereka masih bersekolah, mereka bertiga mempunyai filem tersendiri iaitu 'Boyfriend The Movie'. Sebuah filem aksi komedi arahan pengarah terkemuka, T Razak. Filem itu menjadi hangat setelah ditayangkan dipawagam selama lebih sebulan. Fang, Gopal dan Yaya juga dikenali dengan nama F3, yang bermaksud

Fantasia 3.

"Maaf, kami kena pergi dahulu. Jumpa lagi Ying dan kawannya yang comel" Fang mengenyit sebelah matanya sebelum berlalu pergi bersama dengan Gopal.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now