Bab 23 - PUTERI

109 12 0
                                    


Lily yang telah lengkap berpakaian serba hitam itu berdiri disebelah Azman yang hanya berseluar pendek dan memakai baju T-shirt biasa berwarna merah jambu yang berbelang hitam. Mereka berdua telah bersedia untuk misi menyelamatkan Puan Armuni dan anak-anaknya. Kini mereka hanya perlu menunggu akan kelibat seseorang untuk membantu mereka.

"Lily, mana Pendamping kamu tu? Dah sampai ke?" soal Azman.

"Belum lagi bang. Mungkin dia sesat kot?" Lily memandang sekitar kawasan rumah mereka itu untuk mengesan kehadiran Pendamping miliknya.

"Sesat? Pendamping kamu tu tinggal kat mana sebenarnya? Kenapa kamu tak mahu beritahu abang?"

"Itu rahsia kitorang la bang... Abang mana boleh tau!"

"Hurm... Banyak sangat berahsia. Tak baik tau!"

Sedang mereka bergaduh mesra, tiba-tiba satu kelibat perempuan mendekati mereka. Dia berjalan sambil membawa payung berwarna merah seperti darah.

"Haah! Dah sampai pun Puteri. Abang tengok la tu..." Lily menunjuk ke arah kelibat perempuan yang sedang berjalan kearah mereka dengan gaya yang amat lembut dan mempersona.

"Mana Lily? Abang tak nampak pun. Abang cuma nampak pokok rambutan je depan tu." Azman cuba mengecilkan matanya sambil melihat ke arah yang ditunjuk Lily.

"Abang mana boleh nampak. Lily je yang boleh. Kak Puteri ada di depan pokok rambutan tu menghala ke arah kita. Rugi betul abang Azman sebab tak boleh tengok kak Puteri yang cun tu." Lily menyiku abangnya.

"Huhu... Sedihnya. Kenapa abang tak boleh nampak Puteri yang kamu kata cun tu. Tapi betul ke Puteri tu cun dan cantik macam kamu cakapkan Lily? Entah-entah dia hodoh macam hantu." Azman cuba dapatkan kepastian dengan sedikit jenaka.

"Awak! Saya ni taklah secantik wanita lain, tapi saya agak cun tau! Dan, saya juga bukannya hantu." Perempuan berpakaian merah seluruh badan lengkap dengan payung merahnya itu bercakap dengan nada yang agak lembut dan mempunyai suara yang agak sedap didengari. Paras rupa perempuan itu cantik dengan matanya yang agak sepet seperti kaum cina dan hidungnya yang mancung.

"Abang, kak Puteri cakap... Dia taklah secantik perempuan lain, tapi dia lebih cun. Dan dia bukan hantu." Lily cuba mengulang balik apa yang dituturkan oleh Puteri sebentar tadi.

"Puteri yang cakap ke Lily? Bukan kamu saja nak kenakan abang?"

"Itu ayat kak Puteri lah! Buat apa Lily nak tipu! Tak baik tipu menipu tau..."

"Hahaha... Abang gurau je la Lily."

Lily membuat muka masam sambil memuncungkan bibirnya.

"Lily, ada apa kamu memanggil saya kemari?" soal Puteri.

Lily memandang wajah Puteri yang agak merah dengan mekapnya dari bahagian mata, pipi dan bibir. "Se... Sebenarnya kan kak Puteri. Kitorang nak kak Puteri bantu selamatkan seseorang." Lily tak tahu bagaimana nak sampaikan perkara itu kepada seorang perempuan yang mempunyai banyak helah dan berotak geliga seperti Puteri itu.

"Lily nak Puteri selamatkan seseorang? Siapa?" soal Puteri lagi ingin tahu.

"Puan Armuni!" Lily menjerit sambil menunduk kebawah memejam matanya.

"Puan Armuni? Ibu Anis, Asya dan Ayu?" Puteri cuba mengagak.

"Ya betul. Mereka dalam bahaya sekarang ni. Puteri kena tolong mereka." Lily mula merayu.

"Hehe... Kamu usah risau Lily. Mereka selamat."

"Selamat? Tapi diorang ada dalam kawasan kebun Pak Adam." Sambung lily lagi.

"Ke... Kebun Pak Adam? Kebun dekat hujung kampung tu ke? Apa mereka buat disana?" soal Puteri lagi dalam keadaan yang agak terkejut.

"Entahlah, mungkin diorang baru balik dari kawasan berhampiran dan terpaksa melalui kawasan kebun tu untuk pulang kerumah." Lily cuba mengagak.

"Ini tidak boleh jadi. Perempuan kucing tu mungkin dalam bahaya juga."

"Perempuan kucing? Siapa tu? Pontianak ke Pocong? Atau Penangal?" soal Lily ingin tahu.

"Bukan! Sekarang ni kamu berdua tunggu sahaja di sini. Biar Puteri seorang sahaja pergi kawasan kebun itu untuk selamatkan mereka." Kata Puteri kepada Lily dan Azman.

"Tapi kami pun boleh tolong. Biarkan kami ikut sekali ya kak Puteri." Lily cuba buat muka comel kepada Puteri sebagai tanda simpati.

"Tapi tempat itu bahaya Lily. Kamu mungkin tercedera atau lebih teruk lagi mungkin... terkorban!"

Lily ketawa, "Hahaha... Itu kak Puteri jangan risau sangat ya. Abang Azman kan ada untuk lindungi Lily. Abang Azman ni kan kuat! Kuat seperti harimau."

Azman yang dari tadi diam membisu memerhatikan sahaja adiknya Lily bercakap sendiri dengan angin itu mula keliru. "Apa yang kamu ketawakan itu Lily? Baru kamu tahu ke abang ni kuat ke?"

"Abang Azman jangan perasaan lebih ye. Abang tu takut dengan tikus!"

"Tikus tu lain cerita okey..." Wajah Azman mula berubah menjadi takut.

"Tolonglah kak Puteri. Benarkan kami berdua ikut ya."

Puteri mula berfikir sebentar. Selepas beberapa minit berlalu, Puteri memandang semula Lily dan Azman. "Baiklah, kamu berdua boleh ikut bersama. Tapi kamu berdua kena dengar cakap akak. ok?"

"Ok kak Puteri. Kami berdua menurut perintah."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now