Bab 50 - MENULIS

96 10 0
                                    


Pada pukul 11 malam, Asya masih tekun membaca Komik Seram bagi menghilangkan bosan pada ketika itu. 'Sebelum tertidur, Asya nak habiskan sebuah Komik Seram'. Tapi pada ketika itu, matanya mula tertutup secara perlahan-lahan. Asya akhirnya tertidur jua setelah cuba bertahan beberapa minit lalu.

Namun tidur Asya tidak lama. Asya dikejutkan dengan bunyi ketukan dari tingkap biliknya yang sempit itu. Dalam keadaan yang mamai, Asya berdiri dan melihat keluar melalui tingkap biliknya. Matanya melilau mencari seseorang, siapakah yang mengetuk tingkap biliknya tadi? Beberapa ketika kemudian, pandangan mata Asya terpandang sesuatu berdekatan dengan kolam ikan dirumah mereka.

Ada bayangan seseorang sedang berdiri diatas permukaan air kolam itu. Bayangan itu seperti sedang memandang kearahnya. Secara perlahan-lahan bayangan itu mengangkat tangannya menunjuk kearah Asya yang sedang memandangnya menerusi tingkap itu.

Dari jauh kelihatan bayangan itu seperti sedang tersenyum. Berdasarkan pengamatan Asya ketika itu, bayangan itu mungkin kelibat lelaki, berambut panjang paras bahu, berpakaian koyak sedikit pada bahagian lengan dan berseluar pendek.

Tiba-tiba Asya dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu biliknya. 


Tok! Tok! Tok!

"Asya. Kamu dah tidur ke? Boleh akak masuk?"

"Belum lagi. Masuklah."

Anis membuka pintu dan ternampak Asya sedang berdiri berdekatan dengan tingkap. "Apa kamu buat tu Asya? Tak takut ke tengok luar tingkap malam-malam camni?"

"Asya tengah tengok bayangan orang kat kolam ikan tu. Dia macam tengah senyum dekat Asya."

"Apa kamu merepek ni Asya! Cepat tutup tingkap tu." Anis mula rasa tidak selesa.

"Tapi Asya cakap benda betul. Memang ada bayangan orang kat luar tu. Akak nak tengok?"

"Akak cakap tutup tingkap tu Asya! Mari sini dekat akak. Akak nak tunjukkan sesuatu kat Asya." Anis menghulurkan satu kertas A4 yang baru di cetak olehnya menggunakan printer Canon baru mereka.

"Apa ni kak Anis?"

"Sesuatu yang sesuai untuk kamu buat sewaktu cuti akhir persekolahan dalam beberapa bulan lagi."

"Cuti lama lagi la kak"

"Akak tau. Tapi akak saja je nak tunjuk kat kamu benda ni. Nak kamu bersiap sedia."

"Siap sedia? Untuk apa?"

"Untuk mencapai impian kamu. Tapi ini baru langkah pertama."

"Impian? Langkah pertama? Jadi Serikandi? Akak nak ajar Asya berlawan ke?"

"Ya, Serikandi Asya. Akak bukan nak ajar kamu berlawan. Akak nak ajar kamu menulis."

"Menulis?"


 *****


'Imaginasi penulisan karya baharu, Siri Novel Ringan Gen Y! Jom cipta keajaiban bersama!'

"Apa ni? Siap ada gambar kucing comel tengah baca buku"

"Teruskan je baca."

"Baiklah."

'Ada bakat menulis tapi tak tahu nak tunjuk kat siapa? Ke dah ada karya2 yang korang rasa ada UMMPH! Ahaa, sekarang ni kitorang memang tengah mencari penulis berbakat. Jadi kalau korang ada cerita menarik, jangan ragu-ragu lagi. Mungkin anda ialah penulis MAGIC BEAN yang dicari-cari! Kalau tak cuba, manalah tahu tidak ada peluang?! Cepat hantar penulisan korang sekarang!"

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now