Bab 10 - PANTAI

168 20 1
                                    


Pantai Teluk Saka yang terletak berhampiran sebuah chalet lama yang telah lama terbengkalai sejak 20 tahun lepas. Chalet 'Asynaramal' sebelum ini adalah salah satu pusat tarikan pelancong yang datang untuk melihat kecantikan dan keindahan alam laut yang tidak boleh didapati ditempat lain. Species ikan yang bersisik merah bagaikan darah adalah tarikan utama chalet itu. Ramai pelancong dari luar negara sanggup datang dari jauh semata-mata ingin melihat dengan lebih dekat ikan bersisik merah itu. Ada juga pengkaji dan scientis yang datang untuk menganalisa ikan itu. Ikan yang penuh misteri...

Tapi itu cerita 20 tahun lepas. Kini Chalet 'Asynaramal' telah ditutup dan ditinggalkan begitu sahaja tanpa penghuni. Namun, kawasan Pantai Teluk Saka sentiasa menarik minat penduduk Kampung Saka untuk beriadah dan bersuka ria disana. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Cuma, penduduk Kampung Saka tidak dibenarkan berada di kawasan pantai itu pada waktu malam. Terdapat pelbagai kisah yang tidak menyenangkan pernah terjadi di kawasan itu. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka ternampak benda yang agak pelik sedang berlaku, namun apabila disiasat tiada apa-apa pun.

5 tahun lalu pernah kecoh kes kehilangan pasangan suami isteri yang sedang bermalam berhampiran kawasan Pantai Teluk Saka. Mereka merancang untuk berkhemah sambil melihat pemandangan malam di tepi pantai. Namun sehingga ke hari ini, mereka tidak pernah ditemui. Ada yang mengatakan bahawa mereka telah berhijrah ke tempat lain. Ada juga yang rasakan mereka telah ditimpa musibah atau kemalangan dekat kawasan itu. Namun apa yang pasti, setiap cerita itu hanya ditokok tambah untuk dijadikan cerita sensasi. Kes itu turut mendapat liputan meluas dari media tempatan. Kejadian itu turut viral di media-media sosial.

Ramai Pengkaji Paranormal Seram datang untuk melihat sendiri apa yang berlaku pada waktu malam di kawasan Pantai Teluk Saka. Team-team paranormal yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang ingin mencari sesuatu perkara mistik yang berkemungkinan ada dekat kawasan itu.

Team yang telibat turut membawa pelbagai alatan dan kemera yang mampu menangkap gambar atau benda ghaib tersebut.

Setelah hampir seminggu, satu persatu team-team paranormal itu mula balik ke tempat asal mereka. Setiap malam mereka menunggu dan terus menunggu, namun apa yang diharap tidak muncul-muncul.

Mereka mula berputus asa dengan tempat itu. Mereka mula menyebarkan berita bahawa tempat itu sebenarnya hanya 'haox' sahaja. Cerita-cerita seram itu semuanya tidak benar. Mungkin pasangan suami isteri itu telah lari dan menyembunyikan diri kerana dikejar pemiutang. Tidak ada duit nak bayar, maka mereka mencipta cerita tentang kehilangan mereka.

Akhirnya, cerita itu terkubur begitu sahaja. Sehingga pada hari ini, Misteri itu tetap ada di situ...


*****


Kereta Proton Saga hijau itu memasuki kawasan Pantai Teluk Saka sebelum berhenti berdekatan dengan sebuah pondok kecil yang mempunyai meja dan kerusi itu. Pondok yang berbentuk cendawan bewarna biru lusuh itu menjadi pilihan Asya dan keluarganya. Mereka mula turun dari kereta dan membawa keluar barang yang diperlukan seperti bekal makanan, tikar, botol air dan komik milik Asya.

Seperti biasa, Armuni akan memastikan keadaan di tempat itu selamat dan bersih untuk mereka duduk. Armuni mengambil surat khabar lama yang dibawanya dan diletakkan diatas meja itu sebagai alas.

Bekalan makanan diletakkan diatas alas surat khabar itu. Dikeluarkan satu-persatu makanan yang ada dan diserahkan kepada anak-anaknya.

"Terima kasih ibu." Asya mengucapkan terima kasih kerana ibunya telah bersusah payah menyediakan nasi dan ayam goreng itu.

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now