Bab 38 - SUPER SPICY RAMEN CHALLENGE

96 11 0
                                    


Sampai sahaja dirumah, Asya terus sahaja memanaskan air yang ada di dalam cerek elektrik. Air yang telah panas itu dicurah kedalam 6 mangkuk Mee Korea. 5 minit kemudian air dikeluarkan dari mangkuk dan perencah berwarna merah dimasukkan. Mereka berenam menggaul dan meratakan Mee Korea itu agar sebati dengan perencah. Mee itu bertukar warna kemerah-merahan.

"Nampak macam sedap je mee tu." Kata Della.

"Memang sedap pun. Cuba la rasa." Kata Asya.

"Tapi kenapa kak Asya punya Mee Korea banyak? Mangkuk yang lain sedikit je?" soal Ayu.

Asya tersengih, "Sebab kak Asya dah pernah makan tadi. Jadi nak bagi adil, kena makan lebih sikit."

"Tak pedas ke kalau makan banyak Asya?" soal Zura.

"Kamu sudah lupa ke? Kan Asya dah menang tadi makan Mee Korea tu." Kata Ying berbangga dengan kawannya Asya.

"Mari kita makan. Tak sabar dah ni." Mei Mei datang setelah selesai membasuh tangan.

"Belum boleh lagi!" Sergah Ying tiba-tiba.

"Kenapa Ying?" soal Asya terkejut.

"Kamu lupa lagi ke?" Ying memandang tepat kearah Asya.

"Oh ya! Lupa pula. Kena rakam kan?"

"Ingat pun. Kejap ya." Ying mengeluarkan sebuah kamera digital lalu meletakkan kamera itu diatas sofa. Butang 'Record' ditekan. Aksi mereka kini dirakam pada kamera digital itu. "Jom makan!"

"Makan biasa je ke? Ke nak buat aksi?" soal Zura.

"Makan biasa la. Kenapa nak buat aksi pula?" Ying terpinga-pinga mendengar soalan Zura itu.

"Bukan nak buat macam kat YouTube tu ke? Kawan-kawan Facebook Zura buat macam tu masa makan Mee Korea."

"Kenapa nak tiru mereka? Kita makan biasa dah cukup. Tak payah nak ikut orang."

"YouTube? Faceboook? Apa tu?" soal Asya.

"Kamu tidak tahu YouTube dan Facebook ke Asya?" soal Dela.

"Tak. Apa tu? Makanan?" Tambah Asya lagi.

"Nanti Ying bagitau lepas kita makan ya. Sekarang tengah recording."


*****


"Yeah! Asya menang lagi." Asya gembira kerana sekali lagi dia mampu memenangi cabaran makan Mee Korea yang dikatakan nombor 3 terpedas di dunia itu. Kawan-kawannya yang lain menyerah kalah sebelum sempat menghabiskan mee mereka.

"Pedas! Nak susu lagi." Dela meminta susu bercampur cincau yang ada dihadapan Zura.

"Nah... Tak pedas pun Mee Korea tu." Zura menyerahkan segelas susu kepada Dela.

"Habis tu kenapa awak berhenti makan tadi?" soal Mei Mei.

"Sebab Mee Korea tu tak sedap. Rasa dia lain macam. Tekak Zura tak boleh nak makan."

"Sebab tak sedap ke, sebab tak tahan pedas?" soal Dela dengan nada menyindir.

"Betul la tak sedap!" Zura memukul paha Dela kerana menyakatnya.

"Zura, kalau tak sedap kenapa Asya boleh makan tak berhenti-henti. Sampaikan Mee Korea yang kamu tak habiskan tu pun dia makan juga." Kata Ying.

"Itu sebab perut Asya pelik." Zura memandang ke arah Asya.

"Perut kak Asya pelik ke? Ayu pun suka Mee Korea ni. Sedap sangat!" Kata Ayu sambil tersenyum.

"Kamu tengok, Ayu pun kata sedap." Kata Dela lagi.

Asya akhirnya selesai memakan lebih dari 2 bungkus Mee Korea termasuk saki baki mee yang tidak habis dimakan oleh kawan-kawannya itu. Perut terasa kenyang. Tapi Asya tersangat puas dapat peluang untuk makan Mee Korea yang rasa lain dari yang lain itu. Sedap sangat!


Selesai sahaja makan, mereka berehat diruang tamu. Asya mengeluarkan koleksi komik-komik yang dimiliki olehnya.

"Jom baca Komik Seram!" Kata Asya penuh semangat.

"Komik Seram? Komik lain takde ke?" soal Zura.

"Ada. Nak Komik Cinta ke Komik Aksi?"

"Komik Cinta!" Dela teruja mendengar perkataan cinta. Cepat-cepat dia mengambil beberapa buah komik cinta untuk dibaca.

"Asya, semua komik kamu ni dari Gempakstarz ke? Kamu memang minat dengan Gempakstarz ke? soal Ying.

"Tak juga. Ada juga Komik Seram Asya beli dari penerbit buku lain contohnya Bookstation, Komik-M, Interact Media dan lain-lain. Tapi komik dari Gempakstarz tetap pilihan nombor 1 Asya. Sebab apa? Sebab Asya dah jatuh cinta dengan komik-komik keluaran Gempakstarz. Best sangat!"


'Asya jatuh cinta dengan Gempakstarz? Itu pelik! Nak bagi ke buku tu kat Asya?'


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now