Bab 2 - AURAT

506 32 0
                                    


Di sebuah padang bola yang indah terbentang luas. Di kelilingi hutan yang semakin berkurangan akibat projek perumahan berhampiran. Kehijauan dan kedamaian di kawasan padang bola itu memperlihatkan kecantikan Kampung Saka. Angin bertiup lembut itu bukan sahaja menyejukkan suasana pada petang itu namun juga membawa udara segar bersamanya. Kelihatan seorang budak perempuan berlari menuju ke arah padang bola itu sambil membawa sebuah bakul berwarna coklat.

"Assalamualaikum kawan-kawan ku sekalian." Budak perempuan itu memberi salam.

"Waalaikumussalam Asya." Budak perempuan berbaju t-shirt biru dan juga budak perempuan berbaju hitam berlengan panjang itu membalas salam Asya serentak.

"Hai Asya." Jawab seorang lagi budak perempuan berbaju kurung merah jambu membalas salam Asya. Namun dia sedikit bengang dengan sikap buruk Asya yang suka sampai lewat itu.

"Kenapa lambat sampai? Kitorang dah lama tunggu tau."

"Maaflah Mei Mei. Asya bukan sengaja. Tadi lambat pun sebab nak cari barang ni semua. Lepas tu, perut Asya terasa lapar pula. Nak makan tapi ibu takde kat rumah. Lepas tu lagi, kak Anis bagi ceramah sedikit pasal riba. Tu yang lambat sampai." Asya bercakap panjang lebar sambil menghulurkan bakul berisi mainan itu kepada kawan-kawanya.

"Banyak betul alasan awak ya Asya." Mei Mei melihat Asya dengan pandangan yang tajam sebelum dia mengalihkan pandangannya pada setiap mainan yang terdapat didalam bakul itu.

"Hehe... Maaflah ya." Asya menundukkan kepalanya beberapa kali sebagai tanda meminta maaf.

"Takpe la Asya. Lain kali jangan buat lagi. Bosan kami tunggu awak kat sini tau." Budak perempuan berbaju hitam itu pula berkata dengan nada malas.

"Ya. Asya berjanji! Asya tidak akan mengulangi perbuataan itu lagi!" Asya berdiri lalu mengangkat tangan kanannya ke atas, seperti seseorang yang sedang berikrar.

"Dah la tu Asya. Duduklah. Buat malu je." Budak perempuan yang berbaju biru itu menutupi mukanya tanda malu dengan gelagat keanak-anakan Asya itu. Dia kemudianya mengambil satu patung perempuan (Barbie) yang nampak masih elok. "Asya, Barbie ni berapa harganya?"

"Ehh! Tu barbie siapa pula? Asya tak pernah nampak pun." Asya terkejut melihat satu patung perempuan yang bertudung dipegang oleh Dela itu. Selama ini dia tidak pernah memiliki patung bertudung.

"Itu bukan patung Asya. Kenapa ada tudung kat patung tu?"

"Kalau yang ini bukan patung Asya, kenapa patung ni boleh ada dalam bakul?" soal Dela lagi.

"Kejap... Bagi Asya tengok dulu." Asya mengambil patung itu dari tangan Dela. Dia memerhatikan setiap bahagian tubuh patung itu. Agak pelik bagi dirinya kerana ada patung yang bertudung? Namun setelah diperhatikan selama beberapa minit, Asya mula yakin yang patung itu sebenarnya patung lama hadiah hari jadinya 3 tahun lepas. "Asya dah ingat! Ini patung Barbie Asya yang lama tu. Tapi patung ni tak pakai tudung pun sebelum ni." Asya cuba untuk membuka tudung yang dipakai oleh patung itu.

Namun tiba-tiba...

"Apa Asya buat tu? Jangan la buka tudung patung tu." Dela merampas patung itu semula dari tangan Asya. "Biarkan dia bertudung. Nampak lagi sopan macam ni." Dela tersenyum melihat kecantikan patung Barbie bertudung itu. "Erkk... Dela nak beli patung tu ke? Kalau tak bagi kat Zura je." Budak perempuan berbaju hitam itu memandang Dela dan patung Barbie bertudung di tangannya itu.

"Dela beli ya Barbie Asya ni. Berapa harganya?" Dela bertanya kepada Asya sambil mengeluarkan dompetnya yang berwarna merah.

"Asya jual murah je. Lagipun patung tu dah lama tersimpan dalam almari bilik Asya. RM10 je. Harga asal RM30."

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now