Bab 26 - BERTUKAR

112 13 0
                                    


"Lepaskan aku Bajang! Apa salah aku kat kau? Bukankah kau makhluk yang baik?" Anastasia cuba membebaskan dirinya dari cengkaman Bajang itu. Tangan kanan Anastasia mengeluarkan satu Bebola Hitam dan ditujahkan tepat pada badan Bajang.

Bajang hanya tersenyum. Serangan Anastasia tidak mendatangkan sebarang kesan pada diri Bajang.

Anastasia cuba berkali-kali melakukan serangan Bebola Hitam itu keatas Bajang dengan harapan ia dapat menewaskannya. Namun, ia tetap tidak mendatangkan hasil.

"Siapa kau sebenarnya? Kau bukan Bajang!" Anastasia mula Keliru dengan identiti Bajang yang mampu menangkis serangan Bebola Hitamnya.

"Kau nak tahu siapa aku?" Bajang bersuara.

"Kau... Kau boleh bercakap?"

"Hehe... Apa kau ingat aku ini bisu atau pekak? Sudah tentu aku boleh bercakap!"

"Tapi... Kau cuma seakor musang. Haiwan mana boleh bercakap."

"Itu kau silap. Aku adalah The Great Bajang!"

"Err... The Great Bajang?"

"Apa kau sudah takut mendengar nama aku?"

"Ya. Aku sangat takut. Boleh kau lepaskan aku sekarang?"

"Aku lapar! Aku nak makan kau. Hahaha..."

"Aku bukan makanan kau lah!" Anastasia sudah mula hilang sabar.


"ENGAGE"


Dengan serta merta sebuah alat kayu jati muncul pada tangan kiri Anastasia.


"QD"


Anastasia menekan butang pada alat kayu jati itu sebelum kawasan berhampiran berubah menjadi gelap.

[Dari sebalik kegelapan itu, kelihatan Anastasia sedang berdiri dan mula berubah. Rambut Anastasia bertukar menjadi putih, pakaian Anastasia berubah menjadi sut perisai dan ditangannya muncul satu lembing putih.]


Kegelapan mula menjadi terang semula. Anastasia kini tidak lagi berada dalam cengkaman Bajang.

"Si... Si... Siapa kau?" Bajang terkejut dengan perubahan mendadak Anastasia.

"Aku Anastasia. Serikandi Saka!"

"Tak guna!" Bajang meluru kearah Anastasia sambil mengerakkan kuku tajamnya membentuk satu putaran yang tajam. Serangan demi serangan ditujukan pada Anastasia.

"Itu sahaja kemampuan kau?" Anastasia mengelak kesemua serangan yang ditujukan oleh Bajang itu dengan mudah.

"Arrgg! Rasakan Hikmat The Great Bajang!" Bajang berpusing di udara dan melompat ke arah Anastasia. Disatukan dengan darah yang mengalir keluar dari mulut, putaran Bajang semakin laju dan merbahaya.

"Menarik!" Anastasia sudah malas nak bermain dan mula menunjukkan reaksi serius. Lembing putih diputarkan menjadi perisai untuk menangkis serangan Bajang itu. Dan Bebola Hitam yang agak besar turut muncul di hadapan putaran lembing putih itu.

Beberapa saat kemudian, berlaku pertembungan diantara Bajang yang sedang ligat berpusing itu dengan lembing putih Anastasia yang berputar.


Krak! Kring! Kruk! Krang! Krusz!


Dengan serta merta Bajang diserap masuk kedalam Lubang Hitam itu. Suasana kembali tenang di kawasan itu.

"Fuh! Penat juga nak tewaskan makhluk Bajang itu." Anastasia mengelap peluh yang mula membasahi dahinya.


Dari jauh kelihatan seorang perempuan lengkap berpakaian merah berjalan menghampiri Anastasia. Langkah dipercepatkan dan dia segera memeluk Anastasia dari belakang.

"Hi Anastasia. Lama tak jumpa."

Anastasia sedikit terkejut dengan pelukan itu dan segera menoleh ke belakang, "Puteri?"

"Kenapa cepat sangat Bajang tu kalah? Bukan ke dia ada kuasa seperti Badang?" soal Puteri lagi.

"Entah. Mungkin kuasa Anastasia dah makin kuat agaknya." Anastasia tersipu malu.

"Bosanlah... Baru je nak tengok perlawanan dan aksi pertempuran yang menarik. Tengok-tengok je Bajang tewas dengan satu serangan. Tak best la." Puteri mengeluh sambil memandang Anastasia.

"Err... Sebab keadaan dah genting tadi. Tu yang terpaksa habiskan perlawanan dengan Bajang dengan satu serangan. Soal hidup dan mati mana boleh dibuat main. Lagipun, kuasa kita bukan digunakan untuk tujuan pertarungan atau pembunuhan. Kita diberikan kuasa ini untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kita. Sebab tu lah dengan sedikit adegan tendang dan tumbuk dan cukup. Tak boleh terlalu menggunakan keganasan untuk menyelasaikan masalah. Itupun cuma dalam keadaan mendesak seperti tadi." Anastasia menjelaskan perinsipnya kepada Puteri.

"Hurm... ok" Puteri membalas malas.

"Apa Puteri buat disini?"


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now