Bab 18 - PENDAMPING

126 17 1
                                    


Asya berjalan bertemankan Anastasia disisinya. Mereka berdua sempat bercerita sepanjang perjalanan.

"Akak... Boleh Asya tanya sesuatu?"

"Boleh." Jawab Anastasia selamba.

"Akak ni siapa? Kenapa Asya nampak akak kabur je? Mata Asya ada masalah ke?"

"Hahaha... Mata kamu baik-baik sahaja. Cuma, mungkin kamu belum bersedia lagi untuk melihat wajah sebenar akak."

"Wajah sebenar? Muka akak hodoh ke sebab tu kabur je?"

"Hahaha... Pandai kamu buat lawak kan Asya. Sebenarnya akak adalah Pendamping kamu."

"Pendamping? Apa tu?"

"Pendamping tu maksudnya Hantu!"

"Hantu? Akak ni hantu ke?" Asya terkejut lalu menjarakkan diri dari Anastasia.

"Hahaha... Kamu jangan risau la Asya. Tu cuma ikut bahasa dalam Kamus Dewan Bahasa je. Tapi akak bukan hantu, akak adalah kawan dan pelindung Asya."

"Kawan dan pelindung Asya?"

"Ya! Tugas akak adalah untuk sentiasa ada disisi kamu."

"Hurm... Asya tak paham la. Kenapa bahasa orang dewasa ni susah sangat nak paham eh?"

"Susah nak paham ke? Kalau akak cakap hantu tu wujud macam mana? Kamu percaya ke?"

"Hantu tu wujud? Hantu tu tipu. Saja nak takutkan budak kecil. Bukan hantu tu jin ke?"

"Itu hantu lain. Hantu yang ada dekat Kampung Saka ini adalah buatan orang yang jahat dan mereka nak menganggu kedamaian kampung ni."

"Hantu apa tu kak?"

"Hantu Manusia!"

"Hantu Manusia?"

"Ya. Hantu yang dihasilkan dengan bantuan Sains dan Ilmu Hitam."

"Asya tak paham..."

"Tak apa Asya. Nanti kamu dah besar kamu akan paham juga. Mulai dari hari ini, akak akan ajar kamu bermacam-macam ilmu untuk kamu membesar menjadi seorang Serikandi! Kamu perlu cekal dan kuat untuk menghadapi alam kehidupan yang serba mencabar dan penuh dengan dugaan dan halangan. Jangan mudah berputus asa. Serikandi Kampung Saka."

"Serikandi tu apa?"

"Serikandi itu adalah gelaran bagi seorang Pahlawan Wanita yang berani menegakkan kebenaran."

"Macam askar ke? Atau macam Wonder Women dalam kartun Justice League?"

"Lebih kurang la." Anastasia mengaru kepala sambil berfikir bagaimana nak menjelaskan sesuatu yang rumit kepada seorang budak kecil yang susah nak paham ayat complicated. "Tapi nak jadi seorang Serikandi tak perlukan super power ataupun senjata api. Apa yang kamu perlu ada ialah akal fikiran yang cergas, cerdik dan mempunyai daya Imaginasi yang tinggi. Kamu juga perlu berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran didepan mata kamu. Tubuh badan yang sihat juga perlu kamu jaga, kerana kalau kamu sering sahaja sakit, nanti orang jahat akan mempergunakan kamu untuk berbuat kejahatan. Kamu paham?"

"Tak paham la kak."

"Kejap eh... Akak nak fikir." Anastasia terus berfikir dan berfikir. 'Susah pula nak pahamkan budak Asya ni.' Anastasia mengeluh.

"Kamu kena jadi seorang Budak Kampung Saka yang baik. Dengan itu, kamu boleh jadi seorang Serikandi Saka yang terbaik. Paham?"

"Hurm... tak paham. Akak nak Asya jadi budak baik ke?"

"Betul tu Asya. Pandai pun."

"Oh..." Asya mengangguk paham.

Selepas mereka berjalan selama hampir 6 minit, mereka ternampak kereta Proton Saga hijau milik Armuni berhenti di tepi jalan.

"Kak Anastasia, tu macam kereta ibu je." Asya menunjuk ke arah kereta itu.

"Rasanye betul la tu, tapi..." Anastasia berhenti bercakap apabila dia terpandang akan seseorang sedang bertengek diatas kereta itu.

"Akak... Macam ada orang la atas kereta ibu tu."

"Asya, kamu berdiri di belakang akak."

"Er... Baik kak"

Anastasia dan Asya berjalan menghampiri kereta Proton Saga hijau itu. Mereka melihat Armuni dan Anis seperti sedang ketakutan. Manakala Ayu pula hanya tersenyum.

"Kak Anastasia, rambut orang tu terbang keatas. Macam Hantu Pontianak je." Asya memandang bayangan diatas kereta itu.

"Bila akak cakap masuk, kamu terus masuk dalam kereta kamu ya. Lepas tu, cakap dekat ibu kamu, hiduplan kereta dan terus pergi dari tempat ni. Paham?"

"Eerr... Paham kak. Masuk kereta, pastu suruh ibu pergi dari tempat ni kan."

"Ya. Dalam kiraan 3. 1... 2... 3... Masuk" Anastasia berterik sambil berlari kearah kelibat diatas kereta itu.

Anastasia melompat dan terus menarik rambut kelibat itu sebelum melemparnya ke atas tanah di belakang kereta Proton Saga itu.

Kelibat budak perempuan berambut panjang itu terhempas lalu cuba untuk bangun kembali.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now