Bab 25 - KETIBAAN

123 12 0
                                    


Maya melompat dari satu pokok ke pokok yang lain menuju kearah sungai berdekatan.

Sementara itu Anastasia pula masih cuba untuk melepaskan lehernya daripada cengkaman Bajang yang telah meningkat kekuatanya mungkin hasil dari pertolongan Hantu Air. Anastasia meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun sekuat mana pun dia mencuba, cengkaman Bajang semakin sukar untuk dilepaskan.

Anastasia terus mengelupur untuk menyelamatkan nyawanya...

'Aku tidak akan sesekali menyerah diri tanpa berlawan. Mungkin aku lemah, tetapi aku tidak akan tewas dengan mudah. Aku harus berbuat sesuatu. Makhluk Bajang ni mesti dapat aku kalahkan. Aku yakin!" Anastasia cuba mengumpul segala kudrat yang ada untuk sesuatu yang lebih berkuasa.


*****


Sementara itu di kawasan sungai kelihatan satu kelibat sedang memakan ikan mentah yang ditangkap menggunakan tangan sahaja. Kelibat itu seolah-olah bertanduk dan mempunyai gigi taring yang panjang.

Maya yang ternampak akan kelibat itu terus terbang ke arah sungai itu untuk menyerang.

"Nak serang hendap ya? Jangan harap!" Kelibat itu berpusing dan melakukan satu tendangan tepat mengenai muka Maya. Kelibat Maya terus hilang ditiup angin selepas ditendang oleh kelibat itu.

"Tendang apa itu cik abang? Angin ke? Hehehehe..." Kelihatan Maya masih berdiri di atas sebatang pokok berhampiran sungai itu.

"Cis! Berani sungguh kau bermain dengan Teknik Ilusi. Takut ke nak lawan dengan aku?" Kelibat bersuara garau itu menghentak kakinya dan air di sekitar kawasan itu berubah warna merah seperti darah.

"Aik? Nak buat macam mana cik abang... Dah namapun Pontianak, mestilah pakai Ilusi takkan nak main pijak ikan untuk menghasilkan sungai berdarah pula. Hehehehe..." Maya terus mengilai.

'Erk! Macam mana boleh kantoi ni? Membazir je aku pijak semua ikan-ikan tu. Kalau aku tau dia tak takut dengan air berdarah ni, baik aku makan ikan tu je.' Kelibat itu memegang perutnya. Dia memuntahkan sesuatu yang agak kotor dan menjijikkan. "Nah, ambil la muntah aku ini, kau pasti mampu menjadi sekuat Badang." Kelibat itu cuba memberikan muntahnya itu kepada Maya.

"Eww... Gelinya. Aku tak mau muntah kau wahai Hantu Air. Aku bukan seorang pengotor!"

"Habis itu apa yang kau mahu?" soal Hantu Air.

"Adakah kau berikan muntah kau kepada Bajang? Sehingga dia mempunyai kekuatan Badang."

"Bajang? Musang hodoh tu ke? Kalau nak tahu, kau kena tewaskan kawan baik aku dulu."

"Bukan ke kau tu sangat-sangat lemah Hantu Air?"

"Hei! Aku cakap lawan dengan kawan baik aku lah. Bukan dengan aku."

"Siapa kawan baik kau tu? Tengok sikit... Hensem ke tak?"

"Hehe. Kau pasti menyesal. Dia adalah antara hantu terkuat di Kampung Saka ni."

Satu kelibat besar dan tinggi menghampiri mereka berdua. Dengan ditemani oleh tiga ekor anjing hitam besar itu ia hanya menunggu masa untuk dihidangkan makanan yang segar dan lazat.

Terkejut dengan apa yang muncul dari sebalik semak itu, Maya terus mempersiapkan dirinya untuk berhadapan dengan makhluk berbadan besar itu. "Siapa kau? Adakah kau kawan si Hantu Air?" soal Maya dengan penuh hati-hati.

"Kawan dengan si lemah tu? Harharhar..." Kelibat besar itu ketawa dengan kuatnya. "Aku bukan kawan dia, sebaliknya aku adalah tuan dia."

"Hantu bertuankan hantu lain? Jadi kau ni... Raja Hantu?" Maya bertanya lagi. Harharhar... Kelibat besar itu hanya ketawa mendengar suara Maya.

"Bukan. Dia bukan Raja Hantu." Satu kelibat perempuan berpakaian serba hijau jarang berdiri dibawah pokok tempat Maya berdiri.

Maya sedikit terkejut dengan kehadiran perempuan serba hijau itu. "Siapa kau? Dari mana pula kau muncul? Kau kenal si badan besar itu?"

"Siapa aku? Aku dihantar oleh Puteri untuk membantu kamu dan menyelamatkan Puan Armuni."

"Puan Armuni? Siapa tu? Manusia didalam kereta tadi ke? dan siapa pula Puteri?"

"Ya betul. dan sekarang bukan masa yang sesuai untuk sesi bersoal jawab."

"Kalau macam itu kau pergilah selamatkan dia dan Anastasia. Mereka dalam bahaya."

"Itu kau usah bimbangkan. Kerana Puteri sudah ada disitu untuk membantu mereka. Sekarang apa yang ada didepan kita jauh lebih kuat dan bahaya untuk kau melawannya seorang diri."

"Apa kamu berdua berbisik itu? Tengah mencari jalan untuk lari dari aku ke? Harharhar..." Kelibat berbadan besar itu terus ketawa tanpa henti.

"Aku Bunian mengarahkan kau tinggalkan tempat ini dengan segera. Kemunculan kau di Kampung Saka ini tidak diperlukan wahai Hantu Gerasi."

'Bunian? Gerasi? Hantu apakah itu? Adakah itu nama mereka?' Maya bercakap didalam hatinya.

"Harharhar... Hantu Air kau jangan cuba masuk campur dengan urusan aku. Kau berambus dari sini sekarang! Aku akan lawan mereka berdua yang lemah ini." Kata Hantu Gerasi dengan banganya.

"Baik tuan! Aku pergi dahulu ya wahai cik adik manis berdua." Hantu Air melambai kepada Maya dan Bunian sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menyelam kedalam sungai itu.

"Nanti dulu! Hilangkan kesan sumpahan kau pada Bajang." Maya berteriak.

"Biarkan dia pergi. Musuh sebenar kita ada didepan sana." Bunian memandang tepat kearah Hantu Gerasi.

"Tapi..." Maya mengalihkan pandangan kearah Hantu Gerasi sambil berharap yang Anastasia mampu bertahan dari serangan Bajang sehingga dia menewaskan hantu berbadan besar itu.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now