Bab 47 - HADIAH

80 11 0
                                    


Keindahan sebuah ikatan adalah dengan merasai hubungan itu dengan cara yang betul, bukan pada nama semata-mata. Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan? Perkara yang mudah namun seringkali kita pandang rendah akan kehebatannya. Seperti hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang sering kita abaikan kerana kita yakin kita mampu mempertahankannya dengan kata-kata. Hargai apa yang kita miliki hari ini dan jangan menyesal sekiranya kita kehilangannya suatu hari nanti.

Penamat bukan segala-galanya~~~

Kita sering mengatakan bahawa kematian dan kemusnahan adalah satu pengakhiran. Perpisahan dan pengorbanan itu juga dikatakan satu penamat. Manusia Bertuah! Anda sangat beruntung kerana menemui Budak Kampung Saka yang telah banyak membantu anda dalam membuat keputusan yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Tapi ingat, anda adalah penentu matlamat hala tuju kehidupan anda. Buat keputusan sebaik mungkin bagi mengurangkan rasa kecewa dan penyesalan di hari mendatang. Hargai segala masa anda SEKARANG dan bukannya hari ESOK yang belum pasti buat anda.


*****


Dirumah Armuni tepat pukul 4 petang, kelihatan beberapa orang kawan Asya sedang bergembira dengan menjamu pelbagai hidangan dan menikmati masa bersama mereka. Pada hari ini mereka mengadakan jamuan kecil-kecilan sempena dengan hari lahir Asya yang terpaksa ditangguh selama beberapa bulan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, kini kesihatan Asya semakin pulih.

Selesai mengadakan majlis di Masjid berdekatan, mereka membuat majlis yang lebih kecil di rumah Asya. Mereka menjemput kawan rapat Asya sahaja.

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Asya, Happy Birthday to you..."

"Selamat Hari Lahir Asya." Kata Ying, Mei Mei dan Dela serentak.

"Asya dah semakin tua." Perli Zura.

"Jangan la cakap macam tu kat Asya. Segan pula bila dipanggil tua." Kata Asya sambil menutup muka.

"Hahaha..." Ayu ketawa riang.

"Jemput makan ya anak-anak semua. Makanan ada banyak lagi kat dapur tu." Kata Armuni sambil menuang air kedalam gelas mereka.

"Terima kasih Cikgu Murni." Kata Ying sambil tersenyum melihat kecantikan wajah Armuni.

"Janganlah bercikgu-cikgu kat rumah ni. Lagipun cikgu kan ibu Asya."

"Hehe... baiklah ibu Asya."

"Panggil je cikgu akak."

"Hurm... lain macam je ibu awak ni Asya." Ying memandang Asya yang sedang duduk disebelahnya.

"Lain macam ke? Ibu Asya kan masih muda dan cantik. Sebab tu ibu selalu suruh orang panggil dia akak. Nak nampak lagi muda dari umur sebenar."

Mendengar kata-kata Asya itu, kesemua mereka yang ada diruang tamu itu tersenyum dan tertawa.


Sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk pembukaan hadiah yang diterima oleh Asya dari kawan-kawannya dan keluarga tersayang. Dengan semangat yang penuh keterujaan Asya mengambil satu persatu hadiah yang diterimanya. Dibuka dengan penuh hemah bagi mengelakkan hadiah tersebut dari rosak dek kecuaian sendiri.

"Hadiah pertama dari Ying. Apa didalam bungkusan ni?" soal Asya.

"Kamu buka dan tengoklah." Kata Ying.

"Descendants Of The Sun'. Buku apa ni Ying? Komik ke?"

"Yang ini bukan komik atau novel tau Asya."

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now