Bab 0 - KENALI BUKU ASYA

948 38 0
                                    


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA (BKS), merupakan cerita yang ditulis sejak dari tahun 1999. Ia diberikan nafas baru dan banyak yang telah diubah supaya cerita ini selari dengan perubahan masa. Cerita ini bukan sekadar cerita, ia mengandungi ilmu yang amat sesuai buat kanak-kanak dan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Ia ditulis bagi membantu mereke menjadi kuat dan berilmu agar tidak mudah kecundang di dunia nyata. Cerita ini berdasarkan realiti, fantasi, imaginasi dan lain-lain.


Watak utama di dalam cerita ini bernama Asya. Anak kepada Armuni. Adik kepada Anis dan Kakak kepada Ayu. 


Cerita di dalam buku ini berlaku di kawasan perkampung yang kecil diberi nama Kampung Saka. 

Terdapat watak yang mempunyai kemahiran dan keunikan dalam seni tempur. Kemunculan mereka adalah menyelamatkan atau memusnahkan kedamaian Kampung Saka. Makhluk yang terlibat adalah berdasarkan watak yang sering muncul dalam bentuk mitos di kalangan masyrakat dunia, namun telah diubah suai menjadi makhluk ciptaan manusia. 


Buku 'ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA' adalah yang pertama dan semestinya bukan yang terakhir. Ini kerana selagi manusia bertuah di muka bumi ini masih dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan, Asya dan penulis buku ini akan bersama-sama berjuang untuk mencipta keajaiban. Keajaiban yang terhasil dalam bentuk tulisan.


*Kepada para pembaca yang berkesempatan untuk membaca cerita ini, pahami dan ambil iktibar di atas setiap kata-kata baik dari Asya. Walaupun mungkin cerita ini sendiri tidak berapa menarik minat anda, namun harapan Asya dan penulis buku ini cuma untuk membantu manusia bertuah agar tidak tersesat selagi mereka masih hidup di dunia. 


Buku Asya - Budak Kampung Saka ini berbentuk cerita motivasi. 

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now