Bab 8 - PEKAN

177 18 0
                                    


Selepas habis bersarapan, Anis, Asya dan Ayu bergilir-gilir menuju ke bilik mandi. Mereka bersiap secepat mungkin kerana tidak sabar untuk pergi ke pekan berhampiran. Armuni ingin keluar membeli barangan dapur, sayur dan ikan segar dipasar. Manakala bagi Asya dan Ayu pula nak membeli komik baru. Anis nak beli novel cinta. Cuti sekolah kali ini amat panjang bagi mereka.

"Cepat sikit. Siapa lambat ibu tinggalkan je!" Armuni memberi pesanan tegas.

"Kejap ibu. Asya tak jumpa kasut." Asya mencari kasutnya yang entah dimana letaknya.

"Anis padamkan lampu ya." Anis segera menutup lampu-lampu diseluruh rumah itu.

"Ayu... Ayu nak cakap apa ya? Oh! Ayu dah siap." Ayu tersenyum sambil membuka pintu kereta.

"Kak Anis... Pasang balik lampu tu, gelapla... Asya nak cari kasut ni." Asya teraba-raba mencari kasutnya didalam gelap.

"Oh... Maafkan akak ya adik comel." Anis menghidupkan lampu semula.

Setelah Asya menemui kasutnya, mereka berdua segera memasuki kereta setelah mematikan semula lampu, mengunci pintu dan grill rumah mereka.

"Semua dah ada? Tiada barang tertinggal?" Armuni memberi pesanan kepada anak-anaknya.

"Sudah ibu!" Anis, Asya dan Ayu menjawab hampir serentak.

Kereta Proton Saga jenis lama berwarna hijau bergerak meninggalkan kawasan rumah satu tingkat itu. Pagar ditutup agar tidak dimasuki pencuri. Mereka sentiasa berwaspada akan keadaan sekeliling bagi mengelak kejadian kecurian yang sering berlaku di tempat lain di sekitar Malaysia.

Sewaktu dalam perjalanan ke pekan, Asya tidur didalam kereta kerana dia merasa tidak sedap badan. Rasa seperti hendak termuntah sahaja. Ibunya pernah beritahu yang Asya selalu mabuk kenderaan (mabuk sewaktu menaiki kereta yang sedang bergerak) sejak kecil lagi. Ayu pula asyik bermain game Angry Bird menggunakan PSP (Portable Playstation) milik Asya. Anis bersembang dengan ibunya mengenai bermacam-macam topik dari Cinta, Lawak dan Seram.

Perjalanan memakan masa selama 2 jam dari Kampung Saka ke pekan. 

Sewaktu sampai kawasan pasar, Armuni meletakkan kereta Proton Saga hijau mereka itu berhadapan dengan kedai buku Popular.

Jam menunjukkan baru pukul 10 pagi. Sementara Armuni ke pasar, anak-anaknya berjalan ke kedai buku itu. Mereka berjanji untuk berjumpa semula berdekatan kereta pada pukul 12 tengah hari.

"Ini duit RM50. Kongsi ya!" Armuni memberi Anis duit kertas RM50x2 secara tidak sengaja. Duit itu melekat diantara satu sama lain. Kemudian dia terus menuju ke pasar.

"Wahh! Ibu bagi kita RM100 la. Boleh beli novel dan komik banyak sikit." Anis tersenyum gembira.

"Ayu nak beli Komik Candy Jem ya." Ayu berkata sambil memandang Anis.

"Kalau macam tu, Asya nak beli Komik Seram dari Gempakstarz!" Asya memandang Anis sambil tersenyum lebar.

Kedai buku Popular amat besar dan mewah dengan pelbagai jenis buku yang mempunyai nilai dan kandungan berbeza. Kedai tiga tingkat itu memaparkan keindahan sebuah Perpustakaan Berbayar yang terbesar di pekan itu.

Di satu sudut yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Kelihatan Anis, Asya dan Ayu sedang sibuk meneliti kulit komik dan novel yang ingin mereka miliki untuk dibawa pulang kerumah.

"Ayu... Ayu... Tengok Komik Seram ni. Tajuknya macam best je. Cuba baca sinopsis komik ni." Asya memberikan satu Komik Seram yang agak tebal kepada Ayu.

"Komik apa ni? Tomie? Mengisahkan mengenai seorang perempuan yang mati berulang kali..." Ayu berhenti membaca, terasa seram walaupun sekadar membaca sinopsis komik itu. "Kak Asya beli la komik tu, nanti boleh Ayu baca kat rumah." Walaupun komik itu agak seram bagi Ayu, dia berminat untuk membacanya juga.

"Ok kalau macam itu, komik ini Asya ambil dan komik yang ni pun nampak macam best juga!" Asya mengambil satu komik yang bertajuk 'Asya Pemburu Hantu'.

"Kak Anis, tengok komik ni... Pelik la Asya tengok. Ada nama Asya." Asya menyerahkan komik itu kepada Anis.

Anis membaca sinopsis komik itu dan kemudian tersenyum, "Ini bukan komik pasal kamu la Asya. Nama je sama, tapi cerita didalamnya lain."

"Ye ke? Nasib baik tak sama. Kalau tak boleh la Asya bangga kejap. Hahaha..." Asya mengambil semula komik itu dari tangan Anis dan meletakkannya didalam bakul.

Sementara itu, Ayu mengambil dua buah komik Candy Jem bertajuk 'Boys & Girls Rule! dan Girls on guard. Komik siri Candy Series keluaran Gempakstarz adalah komik yang menjadi pilihan Ayu kerana ceritanya mampu menarik minat gadis comel sepertinya. Anis memasukkan 4 buah novel kedalam bakul mereka. Cinta Boneka Kertas, Imaginasi, Aku Budak Kolej dan UNDEAD MALAYSIA menjadi pilihan novel Anis.

Bagi Asya, dua komik itu tidak mencukupi lantas dia mengambil lagi tiga komik keluaran Gempakstarz yang bertajuk Selubung Puaka, Jangan Padam Lampu: Malaysia dan Jangan Padam Lampu: Korea.

Selesai membuat pilihan, mereka menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. RM350 tertera pada mesin Wang itu.

"Asya, Ayu... Duit kita tak cukup ni. Nak buat macam mana?"

"Hehe... Usah risau akakku sayang. Adikmu ini sedia membantu." Asya tersenyum sambil mengeluarkan Wang Kertas RM250 dari poket bajunya.

"Mana kamu dapat duit ni Asya?" soal Anis.

"Kan Asya ini Saudagar Kaya. Mestilah ada duit tambahan" Asya mencengkak pinggangnya.

Anis kemudiannya menyerahkan duit itu kepada cik cashier sebelum mereka bertiga keluar dari kedai buku Popular sambil tersenyum riang. Kegembiraan yang begitu jelas terserlah pada wajah mereka.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now