Bab 7 - BAYANGAN

205 23 2
                                    


Setiap keluarga di Kampung Saka amat unik. Seperti semua keluarga yang dibina berlandaskan kasih sayang, keluarga Budak Kampung Saka juga amat akrab. Walaupun ada sahaja dugaan dan halangan yang mendatang, mereka masih mampu tertawa bersama. Ikatan sesebuah keluarga takkan mudah putus. Adakah keluarga anda begitu? Keluarga bukan terikat pada 'darah'. Keluarga is Family! Happy Family!

Keluarga sentiasa ada untuk aku~~~

Manusia itu kuat. Namun sekuat manapun mereka, mereka tetap memerlukan satu sama lain. Satu ikatan yang kuat akan membentuk komuniti yang berkuasa. Kuasa? Setiap yang hidup ada kuasa. Percaya atau tidak yang manusia ini ada kuasa? Budak Kampung Saka turut mempunyai kuasa yang unik. Satu kuasa yang diperlukan oleh Generasi masa kini. Manusia Bertuah. Yakinlah! Anda juga punya kuasa...


*****


Disebabkan kejadian semalam, pihak sekolah terpaksa membuat keputusan yang terbaik bagi mengelak dari berlaku insiden yang sama berulang lagi ke atas pelajar, guru dan staff sekolah. Mulai dari hari ini sehingga ke bulan hadapan (sebulan), Sekolah Rendah Kebangsaan Saka akan ditutup. Cuti yang agak panjang membuatkan Asya kegembiraan.

Dirumah Armuni, kelihatan lampu dihidupkan. Subuh mula menyingsing. Namun kelibat Anis, Asya dan Ayu belum terjaga dari tidur lagi. Mungkin mereka penat dan terkejut dengan peristiwa pahit itu.

Armuni seperti biasa akan bangun awal pagi untuk memasak sarapan untuk anak-anaknya, meskipun esok mereka tidak bersekolah disebabkan cuti peristiwa itu. (merujuk kepada kes budak sekolah lompat tangga)

Ikan dan sayur kubis dikeluarkan dari peti sejuk. Dibasuh dengan air pagi yang dingin sebelum dimasak. Armuni begitu menjaga kebersihan akan apa yang dimasaknya. Ayam yang disembelih oleh Pak Mail sebelah rumah turut dikeluarkan untuk dimasak sebagai makan tengah hari anak-anaknya. 

Selesai membasuh bahan-bahan masakan itu, Armuni meletakkan pelbagai jenis serbuk masakan dan mencampurkan pelbagai lagi bahan perasa bagi memastikan makanan yang dimasaknya sedap hingga menjilat jari. Demi anak-anaknya dia sanggup bangun seawal jam 5 pagi untuk memasak. Periuk nasi dihidupkan. Kuali diletakkan minyak sedikit dan dipanaskan. Cerek air elektrik dihidupkan.

Begitu banyak kerja Armuni dalam masa yang sama. Sambil 'Menyelam minum air' itulah istilah yang sesuai digunakan bagi mengambarkan perbuatan Armuni itu. Ikan, sayur dan ayam dimasak dalam kuali berbeza.

40 minit kemudian, satu persatu masakan Armuni siap dimasak. Armuni menyusun meja makan itu dengan sempurna. Dia mengambil kain buruk yang bersih untuk lap bahagian atas meja makan. Pinggan dan mangkuk disusun pada setiap sudut meja. Cawan yang berisi air susu panas diletakkan dihadapan tempat duduk anak-anaknya. Nasi diisi kedalam setiap pingan yang ada, sebanyak empat pingan semuanya.

Selesai memastikan semua lengkap diatas meja makan itu, Armuni membawa lauk-lauk yang dimasaknya sebentar tadi ke atas meja makan itu.

"Fuh! seperti restorant 5 bintang!" Armuni kagum melihat hasil kerja kerasnya itu dipamerkan dengan cara yang cukup kreatif. Walaupun hanya sekadar cara hidangan dan susunan alatan pinggan mangkuk sahaja yang ada diatas meja itu. Sebelum meninggalkan dapur dia sempat menoleh ke arah luar tingkap... 'Bayangan apa itu?'

Satu bayangan hitam berdiri berdekatan dengan pagar rumahnya. Seperti bayangan orang, tapi ada sesuatu yang pelik mengenainya. Disebabkan rasa ingin tahu yang kuat, dia berjalan menghampiri tingkap itu. Keadaan di luar masih gelap kerana pada waktu itu baru pukul 6 pagi.

Armuni cuma mengamati bayangan hitam itu. Sedikit demi sedikit bayangan itu mula bergerak. Bayangan hitam itu tidak berganjak, ia cuma sekadar terhuyung-hayang ditiup angin. Mula timbul rasa seram didalam diri Armuni. 'Bayangan siapa tu? Adakah itu bayangan budak sekolah semalam?' Armuni mula terfikir akan bagaimana budak perempuan semalam itu terhuyung-hayang sebelum terjatuh ke bawah.

Ia sama seperti apa yang ada dihadapannya ketika itu. Kaki Armuni mula menjadi lemah. Hendak sahaja dia berlari meninggalkan tempat itu. Tapi dia kaku. Tidak terdaya baginya untuk terus memandang ke arah bayangan hitam itu. Hampir sahaja dia mengalirkan air matanya.

Tiba-tiba satu suara memangilnya dari arah belakang.

"Ibu... ibu. Apa ibu buat? Dah siap masak?" Asya dan Ayu yang berjalan ke dapur memanggil ibu mereka.

Armuni yang terkejut itu terduduk di lantai. Dihadapannya sekarang adalah dua orang anaknya iaitu Asya dan Ayu. Sedikit rasa takut mula hilang apabila terpandang wajah comel anak-anaknya yang baru bangun dari tidur itu.

"Apa ibu tengok dekat luar tadi? Ada orang datang ke?" Ayu cuba melihat keluar tingkap tapi tidak nampak. Disebabkan Ayu budak yang masih pendek lagi jadi sukar baginya untuk melihat keluar tingkap yang tinggi itu.

Asya mengangkat kerusi kerana menyedari akan adiknya Ayu tidak sampai untuk melihat keluar tingkap itu. "Nah, pakai kerusi ini Ayu. Kamu itu kan pendek lagi." Ujar Asya tersenyum melihat Ayu.

Setelah memberikan kerusi itu kepada Ayu, Asya sendiri terlebih dahulu melihat keluar tingkap,

"Bayangan apa itu?" soal Asya.

"Bayangan? Mana bayang?" soal Ayu ingin tahu.

"Tu... Sana. Tapi bayang tu macam Asya pernah nampak je." Asya menunjuk ke arah bayang itu.

"Jangan! Jangan tengok bayangan itu!" Armuni cuba menghentikan anak-anaknya daripada memandang ke arah bayangan orang itu. Armuni segera mendukung Ayu menjauhi tempat itu.

"Apa ibu buat ni? Ayu nak tengok bayang tu la..." Ayu meronta-ronta untuk melepaskan diri.

"Owh... Asya dah ingat. Tu kan bayangan..." Belum sempat Asya hendak menghabiskan cakapnya tiba-tiba mulutnya ditutup dengan tapak tangan ibunya.

"Asya... Ayu... Jangan tengok bayangan orang tu lagi! Bahaya!" Armuni memarahi mereka berdua.

"Apa ibu cakap ni? Bayangan orang? Bukanlah. Itu kan cuma Bayangan Kegelapan Malam (BKM), bayangan yang terhasil dari penyapu dan kain baju di jemuran tu." Terang Asya.

"A... apa kamu cakap Asya?" Terkejut Armuni mendengar kenyataan Asya itu.

"Apa ibu ingat ada hantu mau datang ke rumah kita ke? Hahaha..." Asya tergelak melihat gelagat ibunya yang penakut itu. Ayu turut sama ketawa memandang ibunya. Kemudian, Armuni turut sama ketawa. Armuni tertawa kerana melihat anak-anaknya lebih berani dari dirinya itu.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now