Bab 27 - MISI MENYELAMATKAN ARMUNI

104 13 0
                                    


"Misi menyelamatkan Puan Armuni dan anak-anaknya." Puteri menjelaskan tujuannya datang ke situ. Puteri mula menceritakan apa yang berlaku dan juga turut memberikan bantuan kepada Anastasia.

"Oh... Sebab tu eh. Tapi rasanya takde apa yang perlu di risaukan. Masalah dah selesai. Bajang pun dah tewas. Jadi mana Lily dan Azman?" Anastasia memandang sekeliling mencari kelibat Lily dan Azman.

"Masalah belum selesai Anastasia. Ia baru bermula." Puteri memandang Anastasia dengan muka serius." Lily dan Azman ada di sempadan luar kebun ni. Tengah tunggu arahan dari Puteri."

"Baru bermula? Apa maksud Puteri?"

"Memang betul Bajang tadi telah menjadi kuat disebabkan muntah Hantu Air, tapi sebab kenapa Bajang boleh bercakap dan juga punca kenapa kebun ini sangat keras adalah oleh sesuatu yang jauh lebih kuat dan bahaya."

"Tak paham." Anastasia menggeleng kepalanya tanda keliru dengan penjelasan Puteri.

"Sebenarnya... Ada hantu lain yang lebih kuat mendiami tempat ini. Jauh lebih kuat dari Bajang dan Hantu Air."

"Siapa? Hantu apakah itu? Raja hantu?"

"Bukan Raja Hantu. Namanya Garasi. Hantu yang berasal dari pendalaman Sarawak. Masyarakat Iban di Sarawak mempercayai kewujudan Hantu Garasi yang bersaiz seperti gergasi dan ditemani oleh anjing-anjingnya. Dikatakan ia mampu mendatangkan penyakit kepada manusia apabila ia lapar."

"Penyakit? Sarawak? Gergasi? Garasi?"

"Ia nampak pelik bukan? Puteri pun pada mulanya hanya menyangka ia satu tipu daya yang dibuat untuk menjatuhkan dan mengelirukan kita. Tapi nampaknya Puteri silap. Ia benar-benar terjadi."

"Jadi... Makhluk seperti kita juga wujud dan ada di tempat lain?"

"Mungkin. Buat masa sekarang tiada penjelasan mengenainya. Kita perlu berwaspada."

"Kalau begitu, pasti lebih ramai manusia akan mengalami bahaya. Asya perlu segera bangkit dari tidurnya untuk membantu kita."

"Dia mungkin belum bersedia dengan perkara berkaitaan makhluk seperti kita, namun berikanlah dia dan mereka yang terlibat langkah persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan."

"Baik! Bersedialah Asya!"

"Tapi sebelum itu, kita kena tolong Bunian tewaskan Hantu Garasi. Jom Anastasia!"


*****


"Kamu berdua hanya perempuan lemah! Berani betul nak cabar kekuatan aku!"

"Kau jangan berlagak ya Garasi. Mungkin saiz badan kau besar, tapi jangan ingat kami takut!" Kata Maya dengan tegas.

"Jangan pandang rendah pada dia Pontianak. Dia lebih kuat dari kita." Pesan Bunian.

"Pontianak? FYI (For Your Information) nama aku bukan Pontianak ya, Panggil aku Maya. Dan... Kau sebenarnya di pihak mana? Kenapa nak menangkan dia." Maya mencebik.

"Aku dipihak yang benar. Tapi, kekuatan Hantu Garasi itu bukan calang-calang. Kekuatan dia melebihi kita." Bunian mengetap bibir.

"Tak kisah la sekuat mana pun dia, kita masih boleh tewaskan dia andai kita tidak mudah berputus asa. Bantuan pasti ada untuk membantu kita di saat akhir." Ujar Maya lagi.

Garasi memandang Maya dan Bunian dengan bengis sekali. Dia mula hilang sabar dan menyuruh anjing-anjingnya menyerang kedua-dua makhluk lemah itu. Anjing-anjing itu menurut perintah Garasi dengan akur.

Ketiga-tiga anjing milik Hantu Garasi berlari menuju ke arah Bunian dan Maya untuk menyerang. Gigi taring mereka jelas kelihatan bersedia untuk mengigit mangsanya.

"Bersedia Bunian! Kita tunjukkan kuasa sebenar kita pada anjing-anjing itu."

"Baiklah. Jom Pontianak. Eh, silap. Maya."

Dengan pantasnya Bunian membaca beberapa mantera pelik sambil tapak tangannya mengeluarkan beberapa simbol bercahaya hijau. Dari simbol itu keluar beberapa jenis tumbuhan menjalar yang bergerak laju kearah anjing-anjing itu.

Melihat keadaan itu, satu dari tiga ekor anjing itu melompat kebelakang untuk mengelak tumbuhan menjalar itu. Manakala dua ekor anjing lagi tidak sempat mengelak dan terus dibelit oleh tumbuhan itu sehingga terbenam kedalam tanah. Darah memercik di kawasan sekitar tanah itu.

Melihat keadaan yang baru sahaja berlaku itu Maya kelihatan terpegun melihat kekuatan Bunian yang boleh tahan hebatnya. 'Hebat juga si Bunian ni. Agaknya boleh ke dia kalahkan Anastasia?' Maya memandang satu lagi anjing Hantu Garasi yang masih hidup itu. Tanpa membuang masa, Maya terbang kearah anjing itu dan melakukan beberapa sepakan Ilusi tepat mengenai tubuh anjing itu dan ia terpelanting masuk kedalam sungai yang deras itu. Anjing yang malang itu hanyut dibawa arus sungai. "Heh! Selesai sudah masalah anjing-anjing ni, sekarang hanya tinggal tuan mereka sahaja."

Maya dan Bunian bersiap sedia untuk menyerang Hantu Garasi. Mereka berdua menggunakan serangan jarak jauh untuk menyerang dan menilai sejauh mana kekuatan Hantu Garasi itu. Teknik dihasilkan. Mantera dibacakan. Mereka kini bersedia. Maya dan Bunian menyusun langkah.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now