Bab 16 - KEBUN PAK ADAM

150 15 1
                                    


Malaysia sebuah negara yang dipenuhi dengan kepercayaan Mistik dan Tahyul. Kewujudan perkara Paranormal dan Hantu itu adalah perkara biasa bagi penduduk kampung Saka. Adakah ia betul-betul ada atau tidak? Sukar untuk dipastikan disebabkan kurang bahan bukti yang sahih. Tapi adakalanya ia lebih menyeronokkan berbanding menakutkan. Kerana itu adalah sebahagian dari kehidupan kita.

Takut itu Seram~~~

Manusia Bertuah! Anda percaya pada Hantu? Budak Kampung Saka tidak percaya akan kewujudan hantu. Kenapa? Sebab dia belum menemuinya. Apa perasaan kita sewaktu melihat Hantu? Takut! Kenapa perlu rasa takut? Sebab Hantu berwajah hodoh dan menakutkan? Anda pasti? Bukankah hantu itu cantik?


*****


Dalam perjalanan pulang kerumah, kereta Proton Saga Armuni berhenti di tengah jalan.

"Ibu. Kenapa kita berhenti dekat sini?" Ayu yang duduk bersebelahan ibunya bertanya.

"Kejap ya. Ibu nak keluar tengok sesuatu," Armuni menekan satu butang untuk membuka bahagian hadapan kereta untuk melihat keadaan enjin. Dia keluar sambil membawa sebuah lampu suluh.

"Ibu nak pergi mana tu Ayu?" soal Anis kepada Ayu.

"Entah, mungkin ibu nak pergi toilet kot?" Ayu membuat andaian.

"Eh? Kat dalam hutan ada toilet ke?" Anis Keliru dengan jawapan Ayu itu. Anis kemudian keluar dari kereta lalu berjalan mendekati ibunya.

"Kenapa kamu keluar ni Anis?" soal Armuni.

"Ibu nak pergi toilet ke? Anis nak ikut boleh?"

"Mana ada ibu nak pergi toilet. Ibu tengah periksa enjin kereta ni haah... Agaknya rosak kot?"

"Laaa... Periksa enjin ke? Ingatkan ibu nak pergi toilet. Ayu yang bagitau Anis ibu nak pergi toilet."

"Kamu nak pergi toilet ke? Tapi kita dalam hutan ni. Boleh kamu tahan sikit tak Anis?"

"Rasanya boleh lagi. Anis tunggu ibu kat dalam kereta ya. Diluar ni sejuk, nanti tak dapat tahan..."

Badan Anis mengigil kesejukan ditiup angin malam.

"Pergilah. Tengok-tengokkan adik kamu ya." Pesan Armuni.

"Ok ibu. Anis Masuk dulu." Anis sempat melihat keadaan hutan disekeliling. Ternyata agak menakutkan dan mungkin ada Penunggu Hutan.

Armuni terus melihat keadaan enjin kereta untuk mengenal pasti masalah. 'Rasanya semua dalam keadaan baik je. Tapi kenapa kereta boleh berhenti pula? Mungkin tayar kot masalah.' Armuni cuba melihat keadaan keempat-empat tayar pula. 'Angin tayar masih ok lagi. Apa masalah kereta ni sebenarnya?

Mungkin minyak kot?' Armuni membuka pintu kereta dan cuba melihat meter minyak. 'Hurm... penuh lagi. Kenapa agaknya?' Armuni menutup kembali penutup enjin dan terus masuk kedalam kereta semula. Kunci dipusing dan kereta masih belum dapat dihidupkan.

"Kenapa dengan kereta kita ibu? Rosak ke?" soal Anis.

"Entah la. Ibu dah tengok enjin dan tayar. Tapi nampak macam tiada masalah."

"Ayu tau. Mesti minyak habis kan ibu?" Ayu mengutarakan pendapatnya dengan penuh yakin.

"Minyak masih ada lagi. Ibu rasa kena panggil mekanik kereta datang sini la."

"Mekanik? Malam-malam ada lagi ke ibu?" soal Anis lagi.

"Mekanik Azman tu boleh datang je kalau ibu call. Kejap ya." Armuni mencapai telefon pintarnya dan mula mendail nombor yang tertera nama 'Azman The Mekanik'.


The sebuah rumah bengkel, 

Kring! Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon rumah berbunyi.

"Hello ini bengkel Azman, boleh kami bantu?" Kedengaran suara seorang perempuan.

"Ini Puan Armuni bercakap. Abang kamu Azman ada tak Lily?"

"Oh... Puan Armuni apa khabar. Lama tidak jumpa kan. Hehe..."

"Ya Lily. Nanti kita sembang lebih ya. Sekarang ni abang Azman kamu ada?" soal Armuni lagi.

"Abang Azman pergi surau la puan. Kenapa nak cari abang?"

"Sebenarnya... Kereta puan ni ada masalah sikit. Rasanya macam rosak je."

"Yeke? Sekarang puan ada dekat mana? Biar Lily datang tengok."

"Kamu boleh ke Lily? Tak menganggu ke malam-malam ni?"

"Malam? Kan masih petang lagi ni puan. Puan dekat mana ya?"

"Betul ke masih petang? Kenapa tempat ni gelap macam malam je. Kamu tunggu sekejap ya Lily."

"Baik puan." Lily berbisik sendiri, 'Agaknya Puan Armuni ni baru bangun tidur kot sampai tidak ingat masa.'

"Anis... Sekarang pukul berapa?" soal Armuni pada Anis.

"Pukul 5.20 petang ibu." Jawab Anis.

"5.20 petang? Kenapa gelap semacam je tempat ni?" Armuni mendapatkan telefon semula. "Hello Lily, kamu ada kat sana lagi ke?"

"Ada, Lily ada kat sini lagi."

"Rasanya puan sekarang ada dekat kawasan kebun Pak Adam."

"Kebun Pak Adam yang berhantu tu?" soal Lily terkejut.

"Berhantu?" soal Armuni hairan.

"Betul tu puan. Tempat tu memang keras. Banyak orang kampung dah kena ganggu dekat situ. Lily rasa baik puan tinggalkan je kereta kat situ dan cepat pergi dari kawasan kebun tu."

"Tapi Lily. Kalau balik rumah jalan kaki lagi seram. Kamu tidak dapat datang tengok kereta puan ni ke Lily?"

"Lily nak datang boleh, tapi kena tunggu abang Azman balik. Lily takut juga sebenarnya nak ke Kebun Pak Adam tu."

"Kalau macam tu, puan tunggu kat dalam kereta je. Nanti kamu dan abang Azman bawa trak untuk tarik kereta puan ni ye. Lagipun anak-anak puan ade kat sini. Diorang takut jalan dalam gelap ni."

"Kalau begitu, puan tunggu disana ya. Jangan keluar dari kereta. Lily dan abang Azman datang sana kejap lagi naik motor. Trak kami rosaklah puan."

"Baiklah Lily. Terima Kasih."

"Sama-sama Puan Armuni."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now