Bab 37 - BAHASA CINA

80 9 0
                                    


"Akhirnya pemenang yang ditunggu muncul jua. Tahniah diucapkan!" Suara Pak Pandir mengumumkan pemenang pertandingan makan Korean Hot and Spicy Ramen Challenge.

"Siapa menang?" soal salah seorang makcik yang berada dibelakang.

"Siapa lagi kalau bukan budak Asya tu. Kan makanan pedas memang kegemaran dia." Makcik yang berada dihadapan bersuara.

"Oh yeke? Patutlah boleh memang. Tak sia-sia Armuni dapat anak bertuah macam tu kan." Makcik yang dibelakang bersuara lagi.

Pak Pandir menghampiri Asya dan cuba bersalam tangan dengan Asya untuk diberikan penghargaan dan hadiah. "Tahniah!"

"Tak boleh salam la pakcik. Saya perempuan."

Pak Pandir menjadi serba salah dengan tingkah laku Asya, namun dia masih mampu memberikan senyuman. "Macam tu ke? Kalau begitu, terima la hadiah bernilai RM100 ini."

"Waa... Asya menang duit RM100. Terima kasih Pak Pandir." Asya tersenyum gembira sambil mengambil sampul surat yang berisi dengan duit itu. "Tapi pakcik..."

"Ada apa Asya?"

"Kalau Asya nak Mee Korea tu lagi boleh? Nak bagi ibu, kak Anis, Ayu dan kawan-kawan Asya yang lain makan. Mesti diorang pun nak rasa juga. Ada lagi tak Mee Korea tu?"

"Hahaha... Kamu nak ke? Pakcik ada banyak lagi stok Mee Korea tu. Berapa kamu nak? Pakcik bagi percuma untuk kamu hari ini sahaja."

"Percuma? Hurm... Mana boleh macam tu pakcik."

"Kenapa tak boleh pula? Kan kamu pemenang hari ni. Pakcik nak bagi hadiah pada kamu."

"Tapi... Pakcik dah bagi duit RM100 ni, takkan nak bagi lagi. Asya rasa serba salah pula." Asya memandang ke bawah sambil membentuk satu bulatan pada lantai menggunakan kaki kanannya.

"Kamu jangan risau Asya. Pakcik ikhlas ni. Pakcik bagi kamu satu kotak Mee Korea ni ya. Nanti kamu boleh kongsi dengan keluarga, kawan dan juga orang Kampung Saka."

Asya terkejut dengan pemberian Pak Pandir itu, "Betul ke ni pakcik? Berapa Mee Korea dalam kotak tu?"

"Betul! Dalam 1 kotak ada 100 paket Mee Korea. Pakcik bagi secara percuma kepada kamu Asya. Terimalah dengan hati terbuka. Pakcik memang ikhlas."

"Banyaknya! Apa Asya nak buat dengan 100 Mee Korea tu? Nak makan semua tak mampu." 

Sepasang suami isteri berdiri mendekati Asya dan Pak Pandir. "Asya, boleh bagi dekat kami sedikit. Makcik dan pakcik pun nak cuba juga rasa Mee Korea tu. Boleh la..." Rayu makcik itu.

Asya memandang pakcik dan makcik itu lalu mengangguk kepalanya tanda setuju. Asya mengeluarkan sebanyak 80 paket Mee Korea dari kotak itu sambil dibantu oleh Pak Pandir untuk diberikan kepada beberapa penduduk kampung yang berada di kawasan kedai makan itu. Kesemua penduduk kampung sempat mengucapkan terima kasih atas pemberian itu sebelum mula beransur pergi meninggalkan kawasan restoran Pak Pandir. Mereka kelihatan begitu gembira. Asya turut merasa sedemikian.

Baki 20 paket Mee korea yang masih ada itu dibawa pulang oleh Asya untuk diberikan pada keluarga dan kawan-kawannya. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Pak Pandir, Asya dan kawan-kawannya beredar dari situ menuju ke rumah Asya.


"Ying, tolong Asya bawa kotak Mee Korea ni boleh? Asya nak pergi singgah kedai runcit kejap, nak beli susu."

"Baiklah." Ying mengambil kotak itu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke bawah pokok untuk berteduh dari cahaya matahari yang panas sementara menunggu Asya.

Asya berlari menuju ke arah kedai runcit yang berhampiran. Sampai sahaja di kedai runcit itu, Asya mengambil beberapa kotak susu soya dan 2 tin air cincau sebelum membawanya ke kaunter untuk membayarnya. Selesai membayar, Asya meninggalkan kedai runcit itu. Namun secara tiba-tiba ada seorang lelaki cina menghalang laluanya.

"Ni hao. Wo de ming zi shi Xuan Fung." (Hai. Nama saya ialah Xuan Fung)

"Err... I don't speak chinese." Jawab Asya dalam bahasa English.

"Xi shou jian za na li?" (Tandas ada dekat mana?)

"Sorry, i don't understand." Asya memandang lelaki cina itu sambil berfikir. 'Ying selalu cakap Zai Jian (Bye) pada Asya waktu balik sekolah. Mungkin lelaki cina ni paham kot.' Asya cuba mengingati bahasa cina yang pernah diajar oleh Ying sebelum ini.

"Ke yi gei wo ni de dian hua hao ma ma?" (Boleh bagi saya nombor telefon awak?)

"Mama? I'm not your mama. Zai Jian." (Bye) Asya berlari meninggalkan lelaki cina itu.

"Xie xie." (Terima Kasih) Lelaki cina itu memandang Asya sambil mengeluh.

Lelaki cina itu cuba bertanya kepada orang lain yang kebetulan berada disitu. Namun mereka semua menunjukkan reaksi yang hampir serupa dengan Asya. Mereka semua tidak paham akan apa yang lelaki cina itu cuba sampaikan. Ada yang paham tapi cuma mengabaikannya, kerana mereka tahu lelaki itu sebenarnya seorang yang gila. Entah datang dari mana pun tiada siapa tahu.


Asya menghampiri kawan-kawannya yang sedang menunggunya dibawah sebuah pokok rambutan.

Mereka meneruskan perjalanan mereka ke rumah Asya untuk mencuba Mee Korea yang pedas itu sambil merakamkan adegan makan itu menggunakan kamera Ying.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now