Bab 34 - TANDAS

85 10 0
                                    


Di dalam tandas perempuan itu kelihatan Asya sedang asyik bermain air yang terpancut dari paip yang pecah itu. Habis seluruh pakaiannya basah lencun. Keseronokan bermain air tidak dapat dibayangkan oleh mereka yang tidak pernah merasainya. Seolah-olah berada di kawasan air terjun yang begitu mendamaikan. Semburan air begitu mendamaikan. Oh! Seronoknya bermain air...

Ying, Mei Mei, Zura, Dela dan Ayu hanya memerhatikan gelagat Asya yang sedang mandi itu.

Meraka hanya mampu memandang. Bukan mereka tidak tahu akan perangai Asya yang keanak-anakan dan sedikit pelik itu.

"Kak Asya. Lama lagi ke nak mandi tu? Kan kita nak pergi makan kat luar." soal Ayu.

"Betul tu Asya. Kalau lambat nanti tidak sempat pula." Ujar Mei Mei.

"Biarkan je la Asya main air tu. Kita pergi makan jom," ajak Dela.

"Tapi... Ying nak ajak Asya buat cabaran. Kamera pun dah bawa." Kata Ying.

"Cabaran apa? Kamera siapa pula tu?" soal Dela lagi.

"Asya tidak beritahu kamu ka? Kan kita makan ini sambil buat cabaran." Kata Ying lagi.

"Cabaran siapa makan paling banyak kan?" Jawab Zura.

"Bukanlah... Ini Cabaran istimewa untuk Asya. Sebab Ying tahu Asya boleh menang."

"Cabaran istimewa untuk Asya? Cabaran apa tu?" soal Dela.

"Itu rahsia. Nak tahu kena ikut Ying," kata Ying.

Mereka berlalu keluar dari tandas itu meninggalkan Asya seorang diri.

"Eh? Mana mereka pergi? Tadi ada. Tak boleh jadi ni." Asya segera keluar dari tandas selepas menyedari kawan-kawannya sudah tiada didalam tandas itu bersamanya.


*****


"Hei awak! Kenapa baju awak basah? Hujan?" Seorang budak lelaki menghampiri Asya sambil membuka jaket yang dipakainya itu. Lalu diberikan kepada Asya.

"Awak ni... Siapa? Ada apa dengan jaket ni?" soal Asya.

"Awak pakai la. Sebab baju awak basah."

"Tapi, ini jaket awak."

"Ambil je la..."

"Tapi..."

"Tutup badan awak yang agak terdedah sebab basah tu." Kata budak lelaki itu sedikit malu. Muka Asya berubah menjadi merah padam kerana malu. Dia segera memakai jaket itu. "Siapa nama awak?"

"Saya bukan sesiapa yang penting bagi awak pun."

"Err... Bukan itu yang saya tanya. Saya nak tahu nama awak je."

"Kalau ada jodoh kita pasti bertemu lagi."

"Eh! Apa awak cakap?"

"Tiada apa. Selamat tinggal dan jaga diri."

"Awak tunggu! Siapa nama awak?"

Budak lelaki itu pergi meninggalkan Asya yang sedang keliru. Dia tidak memahami langsung apa yang dicakapkan oleh budak lelaki itu.

"Kalau tak silap... Dia tu kan budak tahun 6. Siapa nama dia eh? Kenapa dia tolong Asya? Hurm... Takpelah. Mungkin dia ikhlas nak tolong." Asya hanya mampu melihat bahagian belakang budak lelaki itu berlalu pergi. "Terima Kasih awak!"


*****


Dihadapan perhentian bas Sekolah Rendah Kebangsaan Saka, Ying dan kawan-kawannya sedang duduk berbincang mengenai rancangan makan mereka.

"Betul ke kita nak tinggalkan Asya? Nanti dia merajuk bagaimana?" Mei Mei bertanya sambil memandang kedalam sekolah melalui sebuah lubang didalam dinding berhampiran perhentian bas itu.

"Asya bukan kuat merajuk macam Zura la. Dia kan lebih kuat dan tabah. Kita tinggalkan je dia. Hahaha..." Dela ketawa sambil memandang Zura.

"Apa pula Zura ni? Mana ada Zura kuat merajuk!" Zura mencubit lengan Dela.

"Kalau macam tu, Ayu tak boleh ikut sekali la. Sebab ibu cakap nak ikut makan kena ada kak Asya sekali, kalau tak ibu pesan makan kat rumah je." Ayu tertunduk melihat kebawah.

"Kitorang bukan budak nakal yang ada niat jahat lah Ayu. Ikutlah kami..." Pujuk Ying.

"Kalau macam tu tunggu kak Asya ya?"

"Hurm... Baiklah tuan puteri Ayu."

"Puteri Ayu?" soal Ayu.

"Kan kamu anak ikan cikgu-cikgu dekat sekolah ini." Tambah Ying lagi.

"Anak ikan? Ayu ni bukan ikanlah. Ayu manusia macam yang lain. Ke Ayu ini ikan duyung yang cantik? Mesti ibu jumpa Ayu masa kecil dekat Tasik Saka tu kan?" Ayu memandang Tasik Saka sambil tersengih.

"Apa kamu cakap ini Ayu? Kenapa rasa macam tengah cakap dengan Asya je?" soal Ying.

"Jangan layan sangat Ayu tu. Dia dua kali lima je dengan Asya. Suka perasaan lebih." Jawab Dela.

"Apa maksud Kak Ying? Kak Dela pula kenapa tak nak layan Ayu?" soal Ayu.

"Sebab Ayu budak cengeng. Hahaha..." Mereka semua gelak bersama.

Ayu memandang mereka semua sambil memuncungkan bibir seperti itik. 'Apa yang mereka cakap pun Ayu tak paham. Mungkin sebab Ayu masih budak kecil yang comel kot?'


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now