Bab 12 - KUCING PUTIH

152 17 2
                                    


Kucing Putih itu memandang mereka sambil bergerak menghampiri pondok tempat mereka berada. Kucing yang berbulu putih lebat itu seolah-olah sedang cuba untuk memberi tahu akan sesuatu. Namun komunikasi antara manusia dan haiwan itu terbatas. Apa yang berlaku pada tangan Asya tadi adalah sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Kesan cakaran dari Kucing Putih yang berdarah itu hilang dengan serta merta selepas disimbah dengan air. Mana perginya darah itu?

Sementara Asya, Anis dan Ayu berlari menghampiri kereta Proton Saga mereka, Armuni sedang mencuba untuk berkomunikasi dengan Kucing Putih itu.

"Siapa kau? Kau bukan sekadar kucing putih biasa kan?" 

Kucing itu hanya memandang tepat ke arah Armuni.

"Apa kau dah buat dekat anak aku? Aku mahukan jawapan!" Sambung Armuni sambil menghayunkan kayu ditangannya.

Meow! Meow! Meow!

Kucing Putih itu berjalan mendekati Armuni.

"Jangan dekat! Kalau tidak aku tidak akan teragak-agak untuk memukul engkau." Armuni bersiap sedia untuk segala kemungkinan. Dia sebenarnya tidak sampai hati untuk memukul Kucing Putih itu. Namun untuk melindungi anak-anaknya, dia perlu melakukan perkara kejam itu.

Asya berlari ke arah Armuni selepas mendengar kata-kata ibunya untuk memukul Kucing Putih itu.

"Ibu... Jangan pukul kucing yang tidak bersalah itu. Tidak baik kita berlaku kejam ke atas haiwan." Asya memegang tangan ibunya.

"Tapi Asya... Ibu... Ibu cuma nak lindungi kamu sahaja."

"Ibu... Kucing itu cuma nak makan ayam goreng Asya je. Sebab dia lapar." Asya membuat muka kesian sambil memandang Kucing Putih itu

"Itu bukan kucing biasa Aysa. Itu mungkin Kucing Hantu."

"Kucing Hantu? Apa ibu cakap ni?"

"Cuba kamu tengok tangan kamu. Darah yang mengalir banyak tu dah hilang secara tiba-tiba."

"Itu kan sebab ibu dah siram dengan air. Memanglah darah tu hilang"

"Asya, dengar cakap ibu. Itu Kucing Hantu!"

"Kenapa ibu asyik panggil Kucing Hantu je? Itu kan Kucing Putih biasa dan comel."

Kucing Putih itu berlari laju menuju ke arah mereka.

"Mari sini kucing comel. Minta maaf dekat Asya ya. Nanti Asya bagi makanan mau?" Asya duduk mencangkung sambil mengeluarkan roti dari poketnya.

Kucing Putih itu berhenti sekejap memandang Armuni dan Asya sebelum meneruskan lariannya.

"Apa kamu buat ni Asya? Kan ibu dah suruh kamu tunggu dalam kereta?"

"Tapi... Asya tak nak ibu pukul kucing tu. Dosa tau..."

"Baiklah Asya. Ibu janji tidak akan pukul kucing itu. Tapi kamu kena masuk dalam kereta sekarang! Kucing itu bahaya!"

Kucing Putih itu berhenti dari berlari dan berjalan perlahan-lahan ke arah Asya dan Armuni.

"Mari-mari makan roti ni. Sedap tau. Roti ikan bilis ni pedas sikit."

"Kucing makan roti ke Asya?"

"Mestilah dia makan ibu. Roti ni kan sedap."

Ayu dan Anis yang berada didalam kereta mula keluar apabila melihat Asya mengeluarkan roti. Mereka berjalan ke arah Asya dan Armuni. Sampai sahaja di situ, Ayu terdengar sesuatu yang agak pelik baginya. "Makan ibu? Siapa nak makan ibu?" Ayu bertanya kepada Asya dan Armuni.

Asya dan Armuni menoleh ke arah belakang mereka.

"Ayu? Anis? Apa kamu berdua buat disini? Kan ibu dah pesan tunggu didalam kereta!" Marah Armuni.

"Memanglah tadi Ayu dan Anis dalam kereta. Tapi Ayu nak keluar bila dia ternampak roti ditangan Asya tu." Anis menunjuk ke arah roti yang dipegang Asya.

"Hehe... Ayu dah lapar balik la ibu." Ayu duduk mencangkung sebelah Asya lalu meminta sedikit roti itu.

"Haih... Kamu bertiga ini memang selalu tak dengar cakap ibu kan." Armuni mengeluh.

"Ibu... Ayu... Tolong senyap. Mata kucing ni nampak pelik la."

"Kenapa dengan mata kucing tu?" soal Armuni.

"Mata kucing? Buah yang kita makan bulan lepas itu ke kak Asya?" soal Ayu pula.

"Buah mata kucing? Ke mata Kucing Putih tu?" soal Anis lagi.

"Bukan buah mata kucing la Ayu. Tu... tengok kat Kucing Putih tu. Mata dia nampak pelik dan berwarna lain." Asya menunjuk ke arah Kucing Putih tadi.

"Itulah... Nampak lain dan warna mata tu... kuning?" Ayu turut merasa hairan.

"Mata kuning?" soal Anis.

"Mata kucing memang warna kuning la Ayu." Kata Armuni.

"Bukan warna kuning.... Warna merah!"


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now