Bab 39 - BERSYUKUR

91 9 0
                                    


Hidup penuh dengan warna warni. Hidup ini juga penuh dengan suka dan duka. Hidup takkan sempurna tanpa ada masalah dan penyelesaian. Hidup takkan berakhir sekiranya tiada kematian. Hargai setiap saat kita hidup di dunia ini dengan berbuat sesuatu yang mampu mengembirakan dan memudahkan kita dan orang disekeliling kita tanpa mengira bangsa, agama, pegangan, cita-cita, jantina dan lain-lain. Ini baru dinamakan hidup bahagia. Kita bahagia dengan melihat kebahagian orang lain. Jangan pentingkan diri!

Motivasi mengajar kita tentang Misteri kehidupan~~~

Manusia Bertuah! Anda sangat beruntung apabila berjaya mengikuti perjalanan hidup Budak Kampung Saka sampai ke tahap ini. Ia belum lagi berakhir dan mungkin tidak akan berakhir selagi masih ada yang mampu menyambung wasiat ini. Setiap pengajaran ada gurunya. Setiap guru ada ilmunya. Setiap ilmu ada rahsianya. Hidup ini amat mudah, namun sukar bagi kita yang masih kurang ilmu. Ilmu kehidupan. Kanak-kanak perlukan ilmu bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang mencabar sewaktu dewasa yang penuh berliku-liku. Asya adalah guru yang mengajar mencorak kehidupan anda. Ambil yang baik sahaja.


*****


"Ibu, Asya tak suka makan ikan la... Nak ayam." Asya memandang ikan goreng dihadapannya lalu ditutup semula menggunakan tudung saji.

"Kamu makan je la ikan goreng tu Asya. Jangan minta yang bukan-bukan."

"Asya bukan nak yang bukan-bukan la ibu. Asya cuma nak makan ayam. Lama dah tak makan.
Mengidam pula tekak Asya."

"Apa kamu cakap ni Asya? Kamu nak makan ke tidak ikan goreng tu? Kalau tak ibu bagi jiran
sebelah."

"Ikan goreng tak berapa sedap la ibu."

"Kamu makan la ikan goreng tu. Ibu penat nak masak ayam goreng harini."

"Asya tak nak makan ikan goreng! Asya nak ayam goreng!" Asya meninggikan suaranya.

"Asya... Kamu nak dengar satu cerita tak?" Armuni duduk disebelah Asya.

Asya cuba menenangkan diri sebelum mula bercakap. "Cerita apa ibu? Cerita pasal ayam ke?"

Armuni tersenyum sambil mengusap lembut rambut anaknya itu. "Hahaha... Ya Asya, ini cerita
pasal ayam. Tapi bukan ayam goreng tapi sup ayam. Ceritanya begini..."


***** Sup Ayam *****


Di sebuah bandar, tinggal seorang budak lelaki bersama seorang ayahnya yang bekerja sebagai
seorang Inspektor Polis yang bermasalah.

Kehidupan mereka boleh dikatakan mewah dengan harta benda. Namun jauh disudut hati budak lelaki bersama Sudir itu teramat kosong bagaikan tiada jiwa.

Maka pada suatu hari sewaktu berjalan-jalan di taman berdekatan rumahnya, Sudir ternampak
ayahnya sedang mengejar suspek yang dikehendai polis kerana mencuri dan merompak.

Tidak berapa lama kemudian, suspek itu berjaya ditangkap kerana terhalang oleh lorong yang
mempunyai tembok tinggi. Suspek itu meminta maaf dan merayu agar dilepaskan sambil memberikan alasan dia mencuri adalah untuk memenuhi kehendak anaknya. Anak lelakinya merupakan budak nakal di sekolah. Manakala bapanya pula tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan. Ibunya sudah lama meninggal dunia sebab kemalangan. Mereka hidup susah dan bertambah susah kerana perangai anaknya yang tidak menghormati bapanya. Hubungan mereka juga semakin rengang. Kerana hendak mengembirakan dan merapatkan hubungan mereka dua beranak semula, bapa budak lelaki itu bersetuju untuk menunaikan permintaan anaknya untuk memakan sup ayam sempena dengan hari jadinya pada esok
hari.

Bapa budak lelaki itu berjalan mengelilingi kawasan bandar untuk mencari sup ayam yang murah, namun setelah berjalan selama beberapa jam dia tetap tidak menemuinya. Maka dia seperti telah dikuasai rasa bersalah terhadap anaknya sekiranya dia gagal menemui sup ayam. Dia nekad untuk melakukan apa sahaja. Termasuklah... Perkara yang dilarang!

Bapa budak lelaki itu berjalan menghampiri seorang perempuan tua lalu mengambil duit yang baru sahaja dikeluarkan dari mesin ATM berhampiran dan terus melarikan diri. Bukan itu sahaja, bahkan juga dia sanggup mengambil dompet milik budak kecil yang sedang membayar gula-gula kepada seorang pekedai. Namun setiap kali melakukan perkara itu, terdetik dihatinya untuk berhenti berbuat demikian. Tapi dia enggan berhenti apabila memikirkan apa akan terjadi sekiranya anak lelakinya balik dari sekolah pada waktu petang nanti tidak dapat menikmati sup ayam yang diminta. Dia tidak mahu anaknya berkecil hati lagi. Dia ingin mengembirakan anaknya walau dengan cara apa sekalipun.

Penat berlari bapa budak lelaki itu berhenti rehat dibawah sepohon pokok. Tidak lama kemudian, datang beberapa makcik tua menghampiri bapa budak lelaki itu dan terus memukulnya dengan penyapu dan beg tangan. Rupa-rupanya mereka adalah kawan-kawan perempuan tua yang dirompak di depan mesin ATM tadi. Setelah penat memukul bapa budak lelaki itu dan mengambil semula duit yang dirompak, mereka bersepakat untuk membawa dia ke balai polis berhampiran. Mendengar akan perkara itu, bapa budak lelaki itu terus melarikan diri ke tempat yang agak tersorok.

Beberapa jam kemudian, bapa budak lelaki itu keluar dari tempat dia bersembunyi dan berjalan
menuju ke kedai menjual sup ayam berdekatan. Dia memesan sup ayam bersaiz kecil untuk dibawa pulang.

Sementara menunggu, dia melihat kedalam poket seluarnya yang kini telah kosong. Kesemua duit yang dimilikinya tadi telah tiada termasuk juga dompet budak kecil yang dicurinya tadi. Dia merasa sedih dan hampa. Bagaimana dia hendak membayar sup ayam itu nanti.

Apabila tiba saat yang ditunggu, sup ayam yang dipesan tadi telah siap dibungkus dalam sebuah plastik. Penjual tersebut menghulurkan plastik itu kepada bapa budak lelaki itu sambil tersenyum.


Dicapainya bungkusan plastik itu dan dia terus melarikan diri. Penjual itu terkejut lalu berteriak, "Pencuri! Pencuri!" 

Kebetulan pula lalu seorang pegawai polis di kawasan itu. Lalu berlaku adegan kejar-mengejar diantara mereka berdua. Sampai di satu lorong yang agak kecil, bapa budak lelaki itu berhenti berlari.

Dihadapannya kini ada dinding tinggi yang menghalang laluannya. Kini dia terperangkap dan pegawai polis itu terus menolak badan bapa budak lelaki itu kearah dinding sebelum mengari kedua belah tangannya.

Bapa budak lelaki itu menangis sambil merayu untuk dilepaskan. Dia menceritakan hal yang berlaku...


*****


"Asya tak paham la cerita ibu ni..."

"Apa yang kamu tak paham?"

"Siapa Sudir? Apa kaitan dia dengan sup ayam? Apa jadi dengan bapa budak lelaki tu?"

"Itu semua tidak berapa penting sebenarnya. Watak itu cuma Ilusi, apa yang kamu perlu tahu dalam cerita itu ialah message atau pesanan yang ingin disampaikan. Seperti, kerana sesuatu, seseorang itu sanggup buat apa sahaja. Bersyukur dan hargailah apa yang kita miliki. Kuasai nafsu dan kata-kata. Berfikirlah... Anda tahu apa yang berlaku."

"Hah?"

"Cerita tu cuma untuk menunjukkan apa yang berlaku. Didalam cerita itu ada tersimpan sesuatu yang jauh lebih menarik dan berharga daripada cerita itu sendiri."

"Apa maksud ibu?"

"Berdasarkan cerita ibu tadi, bapa budak lelaki itu sanggup buat sesuatu yang salah untuk buat anak lelakinya gembira. Ada banyak sudut yang kita boleh nampak melalui cerita ini. Contohnya, anaknya mungkin menjadi lebih rapat dengan bapanya selepas mendapat sup ayam. Tapi orang lain susah kerana perbuatan salah itu.

"Apa kaitan dengan Sudir dan sup ayam?"

"Sudir ternampak bapa budak lelaki itu ditangkap kerana mencuri sup ayam. Kamu nak ibu buat jahat ke semata-mata nak masakkan kamu ayam goreng? Asya cuba kamu fikirkan... Semoga kamu sedar!"

ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now