Bab 22 - LUKISAN

117 13 0
                                    


"Apa kamu kata Lily?" soal Azman lagi untuk mendapatkan kepastian.

Lily terkejut dengan perangai Azman yang tiba-tiba berubah. "Abang..."

"Ulang apa kamu cakap tadi Lily!" Azman mengerakkan bahu Lily.

"Kenapa abang marah Lily?" Lily hampir menangis kerana desakan abangnya itu.

Melihat keadaan Lily, Azman segera memeluk adiknya itu. "Abang bukan marah Lily, cuma abang nak Lily ulang semula apa yang Lily cakap tadi. Abang nak kepastian."

"Kepastian?" Lily bertanya lagi.

"Ya Lily. Apa sebenarnya terjadi pada Puan Armuni dan anak-anaknya?"

"Tadi Lily cakap Puan Armuni dan anak-anaknya sekarang ada dekat kebun Pak Adam."

"Mereka dalam bahaya! Kita kena segera ke sana. Lily cepat siapkan barang-barang memburu abang." Arah Azman.

"Barang-barang memburu? Nak buat apa? Lily nak ikut ya bang?" Pinta Lily.

"Tak boleh! Kamu kena tunggu kat rumah. Selepas abang keluar, tutup dan kunci semua pintu dan tingkap. Abang kena pergi selamatkan mereka sekeluarga."

"Tapi abang... Kenapa Lily tak boleh ikut? Lily nak tolong abang je"

"Tempat itu bahaya Lily. Tempat it keras!"

"Keras? Ada hantu ke bang? Pontianak yang orang kampung cerita tu ke?"

"Bukan."

"Bukan pontioanak? Habis tu hantu apa bang? Nenek Kebayan ke atau Langsuir? Atau Vampire."

"Tempat tu keras bukan sebab hantu. Tapi sebab anak dara Pak Adam yang mati dibunuh di situ 13 tahun lepas. Ada bahaya dekat situ. Sesiapa yang pergi pasti ditimpa malang. Malang yang tidak berbau."

"Anak Pak Adam? Maksud abang kak Fiona ke?"

"Ya Fiona, anak dara Pak Adam."

"Tapi... kak Fiona masih hidup la bang. Dia kan dah pindah ke bandar lepas berita palsu dia mati dibunuh itu mula tersebar. Nak mulakan hidup baru katanya."

"Itu abang tahu. Tapi, semenjak kejadian tu banyak orang kampung diganggu sehingga mereka disahkan mengalami sakit mental."

"Lily pernah dengar pasal cerita tu. Pasal pelukis Junji Ito Malaysia tu kan?

"Betul tu Lily. Junji Ito Malaysia! Dia puncanya kebun Pak Adam tu keras dan berpuaka."


*****


13 tahun lepas di sebuah kebun milik seorang penduduk Kampung Saka bernama Pak Adam. Sebuah kebun buah yang dikelilingi oleh pokok pisang yang berbagai jenis, ada Pisang Tanduk, Pisang Emas dan lain-lain. Keadaan di kebun itu seperti biasa. Namun kemunculan seorang pelukis telah mengubah segala-galanya.

Junji Ito adalah seorang mangaka atau pelukis dari Jepun yang memang terkenal dengan hasil lukisan komik yang menakutkan dan agak pelik. Namun di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Ini kerana telah muncul seorang pelukis yang mampu bersaing dengan karya seram dan pelik dari Junji Ito. Siapa orangnya itu? Dialah orang yang bertanggunjawab atas segala perkara pelik yang bakal berlaku di Kampung Saka, terutama sekali di kebun Pak Adam.

Satu lukisan komik telah dijumpai di dalam sebuah beg milik seorang lelaki berusia awal 20an yang ditemui mati dalam keadaan yang amat menakutkan dan pelik. Lelaki itu telah dijadikan mangsa korban oleh Pak Adam. Berdasarkan hasil siasatan pihak polis, cara kematian lelaki itu adalah sama dengan lukisan yang dijumpai didalam begnya itu. Mereka membuat andaian yang Pak Adam terlalu taksub dengan lukisan komik itu sehingga sanggup melakukan pembunuhan kejam sedemikian. Sehingga kini lukisan itu telah disimpan didalam rumah milik penduduk Kampung Saka atau mungkin pihak polis. Tiada siapa tahu.

Anak Pak Adam, Fiona telah dimasukkan kedalam hospital akibat pendarahan teruk. Pada mulanya orang kampung menganggap Fiona telah mati dibunuh, namun seminggu kemudian Fiona telah kembali sedar dari koma. Lukisan komik yang pelik dan menakutkan juga dijumpai dalan mulut Fiona sewaktu dibawa ke hospital.

Akhirnya Fiona berpindah ke bandar setelah kehilangan Pak Adam. Kes tu masih dipenuhi misteri.


*****


"Siapa sambil lukisan itu bang?" soal Lily.

"Abang pun tak tau. Mungkin lukisan tu ada dalam simpanan pihak polis."

"Hurm... Tapi, apa kaitaan lukisan dan pembunuhan tu dengan kebun Pak Adam?"

"Abang dapat rasa sesuatu yang menakutkan berlaku selepas kejadian itu. Kemunculan pelbagai makhluk aneh di kawasan itu juga mungkin satu petunjuk yang tempat itu memang keras dan berpuaka."

"Pontianak? Pocong? Penanggal?"

"Mungkin. Tapi ia lebih dari itu." Azman berdiri lalu berjalan menuju ke arah tingkap biliknya.

"Abang rasa... Kita kena pergi selamatkan Puan Armuni sekarang sebelum terjadi apa-apa."

Lily melihat Azman dengan pelbagai tanda tanya. Dia sebenarnya ingin tahu lebih lagi mengenai cerita misteri kebun Pak Adam itu, tapi dia bimbang abangnya itu akan memarahinya apabila dia terlalu taksub dengan hal itu. Lily membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja dan membiarkan kisah kebun Pak Adam itu terus misteri bagi dirinya. "Bila kita nak pergi bang?"

"Kamu nak ikut kan? Cepatlah pergi bersiap. Kalau lambat abang tinggalkan je Lily kat rumah seorang diri. Nak ikut ke tak?"

"Lily nak ikut!" Lily segera bangun dan menuju ke arah biliknya. Dibilik Lily, Lily memakai sweater hitam berlogo 'Penyiasat Muda Kampung Saka' dan dipadankan dengan topi yang baru dibelinya dari kedai online 'Printcious' yang mempunyai logo sama dengan sweater hitamnya itu. Lily turut mencapai beg galas hitam yang turut mempunyai logo yang sama. Lily kini lebih bersedia!

Sambil memandang cermin dibiliknya Lily mengengam erat penumbuk tangan kananya sambil bercakap didalam hati,

'Penyiasat Muda Kampung Saka Pantang Menyerah Kalah Sebelum Mencuba, Gagal Tidak Bermakna Berputus Asa. Usaha Kami Pasti Berbaloi!'


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now