Bab 42 - GEMPAKSTARZ

78 12 0
                                    


Hampir setiap hari Asya akan duduk dihadapan komputer dan melayari Internet. Banyak perkara baru dipelajarinya setiap hari. Dengan kemudahan Internet yang begitu luas, mudah sahaja bagi Asya untuk mencari sesuatu informasi yang diperlukan. Tambahan pula, Asya tidak perlu ke luar negara untuk melihat informasi bagi sesebuah negara. Semuanya berada dihujung jari Asya.

Namun apabila keyword 'Kampung Saka' cuba dicari Asya, tidak ada satu maklumat pun yang keluar. "Ini pelik!"

Kewujudan Kampung Saka seolah-olah tidak pernah ada di dalam Malaysia. Peta atau apa-apa informasi berkaitaan Kampung Saka tidak wujud. Apa yang ada cuma beberapa cerita paranormal berkaitaan Pantai Teluk Saka yang heboh dikatakan sebagai cerita palsu atau 'Haox'. Dan juga peta pada aplikasi 'waze'. Selain itu, tiada.


Asya menutup mata. Cuba berfikir sebentar, 'Apa Asya nak cari ya? Hurm... Ah, ha!' Asya membuka semula matanya dan mula menaip perkataan 'Gempakstarz'.

Sebuah laman web yang kelihatan menarik bagi Asya terpampang dihadapan matanya.

"Wah! Banyaknya komik!"

Asya mengerakkan tetikus ke kiri dan ke kanan untuk melihat senarai komik-komik yang ada didalam laman web itu. 'Eh? Boleh beli ke komik ni?'

Selepas beberapa minit Asya mengamati laman web itu, kini dia lebih paham dan lebih teruja!

Tanpa membuang masa, Asya terus memasukkan beberapa buah komik ke dalam bakul pembelian. Harga komik-komik itu berjumlah RM80. "Mahalnya! Tapi banyak komik yang Asya boleh dapat. Nak beli semua ni, tapi duit tak cukup. Terpaksa beli yang betul-betul nak je." Asya membuang beberapa komik dari dalam bakul pembelian dan kini hanya tinggal 3 buah komik.

Asya berdiri dan berjalan kearah bilik ibunya. "Ibu, nak pinjam kad bank boleh?"

Armuni yang sedang berbaring terkejut apabila terlihat Asya masuk kedalam biliknya secara tiba-tiba. "Opocot! Kenapa Asya masuk dalam bilik ibu tak bagi salam atau ketuk pintu?"

"Maafkan Asya ya ibu. Terlupa..."

"Kenapa kamu nak cari ibu?"

"Nak pinjam kad bank ibu."

"Kad bank? Untuk apa?"

"Nak beli komik Gempakstarz."

"Komik Gempakstarz?"

"Ya ibu."

"Kamu nak pergi pekan dengan siapa?"

"Bukan nak beli kat pekan. Asya nak beli komik melalui Internet."

"Pembelian Online? Ibu nak tengok dulu."

"Mari ikut Asya." Asya menarik lengan ibunya.


Armuni duduk di kerusi berhadapan dengan komputer, manakala Asya berdiri disebelah kiri sambil memberitahu ibunya apa yang perlu dibuat.

"Komik mana kamu nak beli?" soal Armuni.

"Tu... 3 komik yang ada dalam bakul tu."

"Roh Mata Satu jilid 1, Roh Mata Satu jilid 2 dan Sumpahan Kodok?"

"Ya ibu. Asya nak beli komik Sumpahan Anak Patung, tapi dah habis stok. Ruginya..."

"Hurm... kenapa kamu nak beli kat sini? Kamu tahu ke macam mana nak beli?"

"Tau! Asya tau macam mana nak beli. Asya dah baca maklumat yang ada dalam laman web tu. Cuma perlu dapatkan persetujuan ibu dan kad bank ibu."

"Kenapa tak beli kat kedai buku di pekan je?"

"Sebab Asya nak cuba beli dari laman web Gempakstarz. Lagipun ada banyak komik yang tiada di kedai buku dan harganya lebih murah."

"Baiklah Asya. Ibu belikan kamu komik-komik tu ya. Tapi kad bank ibu tu Asya tak boleh ambil dan buat main. Itu melanggar hak asasi ibu tau!"

"Tau ibu. Terima kasih ibu sebab belikan Asya komik-komik tu. Sayang ibu. Muah!"


Armuni pun membuat pembayaran melalui laman web Gempakstarz itu. Pada ruangan Optional Message Armuni menulis 'Pos Laju' dengan harapan pesanan komik itu akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan POSLAJU Malaysia. Sebuah syarikat courier yang diyakini dengan kepantasan penghantaran di seluruh Malaysia termasuk ke kawasan yang penuh misteri, Kampung Saka.

"Ini hadiah ibu untuk kamu."

"Hadiah apa ibu?"

"Hadiah sebab tidak berjaya menjumpai Internet."

"Haah? Tak berjaya pun dapat hadiah ke?"

"Mestilah. Sebab Asya dah mencuba sedaya upaya untuk mencari Internet. Ibu nak bagi kamu semangat, walaupun kamu tidak berjaya dalam sesuatu tugasan atau perkara dalam hidup. Kamu jangan sesekali berputus asa. Dalam kegagalan itu ada kejayaan. Kamu masih ada harapan... Ingat ya Asya!"

"Ingat ibu. Terima kasih lagi sekali dan sayang ibu..."


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now