Bab 24 - BAJANG

111 12 0
                                    


Di dalam kereta Proton Saga,

Kelihatan Armuni dan anak-anaknya sedang tertidur sambil menunggu kedatangan Lily dan Azman. Disebabkan masa yang diambil terlalu lama dan mereka juga agak penat berjalan seharian, mereka mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sahaja di situ. Walaupun dalam keadaan takut, mereka yakin mereka akan dilindungi dan selamat dari bahaya.


Sementara itu di luar kereta Proton Saga itu pula kelihatan Anastasia dan Pontianak itu masih menunggu di kawasan berdekatan.

"Awak. Kenapa tak pergi dari sini lagi? Tadi kan cakap nak tinggalkan sahaja manusia tu?" soal Pontianak.

"Aku dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi sekiranya aku tinggal kan mereka disini." Anastasia memandang kawasan sekitar kebun itu. Kemudian dia mengalihkan pula pandangannya ke arah Pontianak. "Cik Pontianak bukan manusia juga ke?"

"Err... Betul juga kan. Hehe..."

"Cik Pontianak tak nak bagi nama dekat diri sendiri ke? Takkan nak panggil Cik Pontianak je."

"Err... Nak bagi nama apa ya? Hurm... Maya!"

"Maya? Sebab apa?"

"Laaa... kena bagitau sebab ke?"

"Mestilah. Sebab aku yang selamatkan Cik Pontianak."

"Ok. ok. Maya sempena dengan nama pelakon Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin."

"Puhh, hahaha..." Anastasia ketawa sambil menutup mulutnya.

"Apsal gelak? Lawak sangat ke nama Maya tu?"

"Takla. Saja je. Ingatkan pakai nama Maya sebab sedap didengar, rupa-rupanya sebab Pontianak Harum Sundal Malam. Hahaha..." Anastasia terus ketawa.

"Huh! Apa-apa je la. Yang penting sekarang nama Pontianak dah menjadi Maya." Kata Maya sambil memandang ke arah pokok yang gelap itu. "Awak, cuba tengok kat sebelah pokok besar tu...

Nampak macam ada orang je." Maya menunjuk kearah pokok besar itu.

"Orang? Mana?" Anastasia cuba memandang ke arah yang ditunjuk oleh Maya itu. "Itu... Itu bukan orang biasa, itu makhluk yang tidak berwajah seperti kita."

Belum sempat Anastasia mampu berbuat sesuatu, tiba-tiba makhluk itu menerkam Anastasia dengan kelajuan yang agak pantas dan kini makhluk itu cuba mencekik Anastasia dengan tangannya yang berkuku tajam itu. Anastasia terkejut melihat makhluk seperti musang hitam itu sedang mencekik dirinya dengan begitu kuat sekali. "Bajang!"

Anastasia cuba melepaskan diri dari cengkaman musang itu, namun walau sekuat manapun, ia terlalu kuat bagi Anastasia. "Tolonglah aku Maya..." Anastasia semakin lemah.

"Macam mana aku nak tolong? Sekarang aku cuma manusia biasa yang lemah." Maya berdiri ketakutan di situ sambil memandang makhluk musang itu sedang dalam proses membunuh Anastasia.

"Maya... Tekan butang hijau pada rantai tu." Anastasia masih cuba melepaskan dirinya dari cengkaman musang itu.

"Butang hijau? Yang ni ke?" Maya menekan butang berwarna hijau itu, dengan serta merta Maya berubah semula menjadi Pontianak yang berambut panjang mengerbang dan bergigi taring. Kali ini bukan lagi Pontianak budak tetapi Pontianak gadis yang agak cantik namun menakutkan. "Hehehehe... Aku sudah kembali!" Maya mula mengilai dan melompat dari pokok ke pokok yang lain.

"Apa kau buat tu? Cepatlah tolong aku." Pinta Anastasia.

"Tolong kau? Hah! Jangan harap. Aku hanya mempergunakan kau sahaja untuk kembali menjadi Pontianak." Maya yang telah berubah kembali menjadi Pontianak itu mula bersikap biadap terhadap Anastasia yang telah membantunya sebentar tadi. Dia mula meninggalkan tempat itu.

Namun sebelum sempat dia hendak berbuat demikian, satu Lubang Hitam muncul dari belakangnya. Lubang Hitam itu mengeluarkan satu daya tarikan yang cukup kuat untuk menarik Pontianak itu masuk kedalamnya.

"Tolong aku Anastasia! Lubang Hitam itu muncul semula." Pontianak itu mula panik dan berusaha untuk melepaskan dirinya dari situ.

"Lu... Lubang Hitam itu akan sentiasa muncul apabila kau melanggar janji kita Maya. Segeralah berubah sekiranya kau hendak selamat."

"Macam tu ke? Ba... Baiklah. Aku akan belajar untuk berubah. Sekarang hilangkan lah Lubang Hitam itu." Maya merayu sambil mengalirkan air mata.

Tiba-tiba sahaja Lubang Hitam itu hilang. Kemudian Maya berubah menjadi jahat semula dan Lubang Hitam itu muncul lagi. Entah berapa kali ia berlarutan sehingga Maya akhirnya membuat keputusan untuk berubah menjadi Pontianak baik untuk menyelamatkan dirinya dari disedut Lubang Hitam puaka itu.

Maya berdiri dan memandang kearah Anastasia yang masih bergelut dengan makhluk musang yang dikenali sebagai Bajang. 'Kenapa kuat sangat bajang itu? Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Mustahil Anastasia yang mampu kalahkan aku dengan mudah begitu lemah berhadapan dengan seakor Bajang?'

Maya cuba menganalisa keadaan sebelum bertindak melulu lagi...

"Ini bukan Bajang biasa! Ia telah bersatu dengan Badang! Cari punca kekuatan dia. Cari Hantu Air. Pasti dia ada dekat kawasan ini." Anastasia menjerit sambil memandang maya.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now