Bab 35 - PERTANDINGAN BERMULA

86 11 0
                                    


10 minit kemudian,

"Lama tunggu?"

"Apsal lambat sangat Asya? Kitorang baru je nak tinggalkan Asya tadi."

"Kenapa nak tinggalkan Asya?"

"Saja je." Ujar Dela.

"Tu jaket siapa?" soal Zura.

"Oh yang ni ke? Entah..."

"Entah? Takkan jaket tu muncul sendiri. Mana Asya jumpa?"

"Tadi ada budak lelaki. Sebab baju Asya basah..."

"Budak lelaki mana ni? Hensem ke?" soal Dela.

"Err... Entah. Boleh la kot."

"Boleh la je? Mesti budak lelaki yang tak hensem."

"Biarlah... Hensem tu pada rupa je bukan hati. Yang penting budak lelaki tu berhati baik."

"Berhati baik? Hahaha..." Dela ketawa sinis.

"Dah la tu. Jom kita gerak sekarang. Nanti lewat susah pula." kata Ying.

"Jom!" Ayu, Zura dan Mei Mei jawab hampir serentak.

Mereka berenam berjalan menyusuri kedai-kedai kecil yang tersusun agak rapat berdekatan dengan kawasan sekolah itu. Sepanjang perjalanan mereka, tidak seorang pun yang bersuara. Mereka lebih tertumpu pada persekitaran mereka yang agak ramai orang berbanding dengan hari-hari lain.

"Kenapa ramai sangat orang hari ni? Ada apa-apa ke?" soal Asya.

"Entah. Jom kita tengok kat depan tu." Kata Mei Mei.

Mereka berjalan menghampiri satu kedai yang dikerumuni oleh kebanyakan orang yang berada di kawasan itu.

"Tumpang lalu..." Ayu menolak sedikit orang-orang yang menghalang laluannya.

"Adik pun nak masuk juga ke?" soal salah seorang makcik yang berada disitu.

"Masuk apa makcik?" soal Ayu pelik.

"Masuk pertandingan makan tu." Makcik tu menunjuk kearah kedai Pak Pandir.

Di dalam kedai makan Pak Pandir kelihatan beberapa orang lelaki dan perempuan dari yang muda dan tua sedang duduk di hadapan sebuah meja besar. Mereka kelihatan begitu bersemangat sekali.

"Apa mereka buat tu Ayu? Nampak apa-apa tak?" soal Dela yang berada di belakang orang ramai kerana gagal mencari jalan masuk ke hadapan. Dela dihimpit-himpit oleh mereka.

"Ada pertandingan kat depan tu." Jawab Ayu sambil memandang peserta pertandingan itu.

"Pertandingan? Siapa boleh makan paling banyak ke?" soal Zura pula.

"Mungkin. Kejap eh, Ayu nak pergi depan lagi. Tak berapa nampak." Ayu berjalan kehadapan melalui celahan orang ramai yang mengerumuni tempat itu. Disebabkan saiz badannya yang paling kecil diantara mereka dia berjaya sampai ke depan dengan mudah.

"Hati-hati Ayu." Pesan Dela.


*****


"Ada siapa-siapa yang nak ikut serta pertandingan ini lagi? Ada satu lagi kekosongan. Sesiapa pun boleh. Tidak kira umur atau jantina. Mari! Mari!" Pak Pandir bercakap menggunakan pembesar suara untuk mencari peserta untuk pertandingan itu.

"Percuma ke pakcik?" soal Asya yang entah datang dari mana. Tiba-tiba sahaja dia muncul dari celahan orang ramai lalu berdiri disebelah Pak Pandir.

"Opocot! Dari mana kamu datang?" Terkejut Pak Pandir melihat kehadiran Asya yang tidak dijangka.

"Percuma ke makanan tu pakcik? Asya nak masuk pertandingan tu boleh?" Asya mengulang semula soalan yang ditujukan tadi.

"Ooo... Boleh-boleh. Nama kamu Asya ke? Duduk la disebelah lelaki tu." Pak Pandir menunjuk ke arah seorang lelaki berbadan gemuk dan mukanya agak menakutkan. Asya memandang lelaki gemuk itu. "Pak cik, Asya nak duduk sebelah akak tu boleh?" Asya menunjuk ke arah seorang perempuan yang lengkap berpakaian sekolah menengah.

"Kenapa tidak duduk sebelah lelaki tu sahaja?" soal Pak Pandir.

"Sebab... Asya tak boleh duduk sebelah lelaki yang tidak dikenali. Tak elok kata ibu."

Pak Pandir melihat Asya dengan pelbagai tanda tanya. Namun dia penuhi jua permintaan Asya untuk duduk disebelah budak perempuan berbaju sekolah itu. "Encik boleh pindah tempat duduk tak? Adik ni nak duduk sini."

"Boleh. Silakan." Lelaki yang lengkap berkot hitam itu bangun dari tempat duduk asalnya menuju ke sebelah lelaki gemuk itu.

"Terima kasih abang." Asya tunduk sebagai tanda terima kasih kepada lelaki berkot hitam itu.

"Sama-sama."

Kini kesemua peserta untuk pertandingan itu telah duduk ditempat masing-masing dan bersedia untuk memulakan acara.

"Anda semua sudah bersedia? Sekarang... Mari kita mulakan!" Suara Pak Pandir bergema.

'YEAH!' Orang ramai mula bersorak.


ASYA - BUDAK KAMPUNG SAKA 01 ✔️Where stories live. Discover now